1:K E R A J A A N K E M B O J A

276 14 0
                                    

Kerabat diraja diarah agar menaiki kereta kuda utama. Kesemua penghuni istana seperti dayang-dayang dan juga pembantu dapur ditugaskan agar mengikut mengosongkan istana.

"Kemanakah kau mahu membawa kami?" Soal puteri Aurora dalam suara yang lembut. Wajah komander pengawal itu dipandang dalam.

Komander itu menjawab dengan wajah yang menunduk.

"Patik ditugaskan agar membawa tuan puteri bertujuh ke bukit pelangi. Di sana terdapat sebuah gua yang akan menjadi tempat tinggal puteri bertujuh buat sementara."

"Kemudian?"

"Akan ada seorang puteri yang akan datang dan membawa tuan puteri bertujuh ke istana baginda. Baginda bertujuh akan selamat tinggal di sana."

"Arahan siapa?"

"Ini semua titah dari Raja Xavier. Patik hanya menjalankan tugas." Sepucuk surat yang digulung elok diperlihatkan kepada puteri Aurora. Baginda mengangguk tanda memahami.

"Baiklah. Dayang, serahkan adinda kepada beta."

Dayang menundukkan kepalanya serentak memakukan puteri di dukungan puteri Aurora.

"Mutiara, adinda beta." Puteri Aurora mengucup lembut dahi kemerahan milik Puteri Mutiara.

Kereta kuda itu bergerak melewati kawasan kolam. Disana merupakan tempat bersemayamnya baginda permaisuri.

Setelah berlakunya ribut malam tadi, tahulah mereka bahawa bala semakin hampir. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa berangkat bagi meninggalkan istana secepat mungkin.

Kelopak bunga Kemboja yang utuh selama berabad lamanya gugur menghentam bumi. Tanda-tanda malapetaka akan tiba.

Rakyat-rakyat jelata sudah lesap ditelan angin. Semuanya sudah diarah ke kerajaan lain. Kerajaan Kemboja sudah sepenuhnya kosong buat sementara.

Sampailah musim bunga selepas seribu abad tiba, akan mekar lah sekuntum bunga baru dan itu akan menjadi senjata penting bagi menyelamatkan semula kerajaan kemboja dari serangan si pengkhianat.

Sedang asyik melihat puteri Mutiara didodoi lembut oleh puteri Aurora, puteri Flora berasa tidak sedap hati. Baginda bangkit lalu bergerak ke jendela.

Puteri Salju menghampiri puteri Flora, kemudian mereka berpandangan sesama sendiri. Puteri Salju juga terasa hal yang sama. Jantungnya mula berdegup kencang.

Puteri Flora menyelak kain langsir yang menutupi jendela. Serentak itu, matanya membulat apabila melihat tumbuh-tumbuhan dipersekitaran mula layu dan gugur.

Puteri Salju menekup mulutnya. Keadaan langit sudah tidak seperti sebelumnya. Warna-warni yang menghiasi seluruh kerajaan tersebut semakin memudar.

"Kita harus melakukan sesuatu!" Puteri Fauna bersuara resah. Rama-rama yang setia bersama baginda mendarat di bahu lalu mengepak perlahan.

"Jika tidak, hancurlah warna pelangi di setiap penjuru!"

"Benar kata Fauna, namun kita tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ini hanyalah bertenang." Puteri Amber memegang tangan puteri Fauna lalu diramas lembut.

"Tetapi.." Puteri Amber menggeleng perlahan. Senyuman tipis dihadiahkan kepada puteri Fauna.

"Izinkan adinda." Puteri Kaseh berdiri. Dia memandang ke arah puteri Aurora yang raut wajahnya terlihat sedikit mendung.

"Kakanda izinkan." Puteri Aurora tersenyum kecil.

Puteri Kaseh memejamkan matanya. Kedua belah tangan di angkat ke udara. Serentak mata dibuka, cahaya biru muda menerangi isi kereta terbabit. Perlahan cahaya itu memalap.

"Terima kasih adinda. Kakanda berlima sudah berasa tenang sekarang." Puteri Kaseh menundukkan sedikit kepalanya.

Puteri Kaseh duduk di tempatnya kembali apabila menangkap raut tenang pada wajah kakanda-kakandanya.

"Biar kakanda yang melihat apa yang terjadi. Flora, bantu kakanda memangku mutiara."

"Baiklah kakanda. Hati-hati."

Pintu dibahagian belakang kereta kuda dibuka. Puteri Aurora melompat keluar dari ruangan yang masih bergerak itu.

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now