5:J A I D E

203 10 0
                                    


"Betul ke apa yang aku dengar?"

Serta-merta mata kami terpaku ke arah Jaide yang elok bersandar pada sebatang pokok.

Dia melangkah menghampiri kami kemudian berdiri betul-betul di hadapanku.

Kepalanya ditunduk sedikit memberi hormat. Kening kanannya terangkat sedikit menandakan dia masih menunggu jawapan bagi soalannya sebentar tadi.

"Ya?"

"Mutiara? Dia sudah dilahirkan." Nada suara Jaide seperti memberi pernyataan.

"Ya benar. Dua hari yang lepas di istana milik kerabatnya." Zierve menjawab.

Jaide mengangguk. Bangku dari cendawan gergasi diduduk.

"Jadi apa tindakan kau yang seterusnya?"

"Krystal sedang membawa mereka kemari. Jadi kita hanya perlu tunggu. Kemudian, baru kita boleh rangkakan tindakan selanjutnya." Jawab Zierve lagi.

"Mengapa tidak sekarang? Bukankah sediakan payung sebelum hujan lebih baik?"

"Mel bukan sengaja mahu melengahkan perkara besar seperti ini, seperti yang kita sudah ketahui, ketujuh-tujuh puteri Kemboja itu masing-masing pasti memiliki kekuatan tersendiri." Aku akhirnya bersuara. Wajah Jaide aku tatap sekejap.

Jaide memandangku sekilas sebelum terpaku kearah Zierve.

"Seperti yang telah kau lihat bukan, Zierve?"

"Ya, aku baru merasai kuasa dari Aurora dan Fauna sahaja. Oh ya juga sedikit kekuatan yang agak luar biasa dan aku jangkakan itu datangnya dari Mutiara."

"Kau pasti dari bayi kecil itu?" Tanya Jaide sedikit curiga.

"Mungkin kerana aku merasa kuasanya masih segar dan tidak sekuat mana namun cukup untuk menghentikan batuan besar yang berkelajuan cahaya."

Aku sedikit kagum. Hebat!

"Itu memang benar luar biasa. Kanda tak rasa Mutiara itu bukan calang-calang puteri?" Jaide diam seketika. Kemudian dia berdiri.

"Aku tak mahu berikan kata putus. Bawa mereka kemari dan biar aku sendiri menguji mereka."

"Cadangan yang bernas. Jejak sahaja mereka disini, Mel sendiri yang akan uruskan segalanya!" Aku sudah mula membayangkan tika bertemu dengan ketujuh-tujuh puteri Kemboja yang luar biasa itu.

"Terima kasih Permaisuri."

Wajahku terasa panas. Entah mengapa tiba-tiba sahaja aku berasa segan.

Jaide yang terperasan akan hal itu tersengih sebelum berlalu. Zierve yang memerhati menahan ketawa.

Aku menoleh ke arah Zierve apabila mendengar bunyi pelik. Mataku membulat apabila melihat Zierve yang ketawa namun menutup mulutnya serapat yang boleh.

"Hoi! Kau kenapa?"

Akhirnya dia melepaskan tekupan tangannya lalu meleraikan tawanya dengan kuat.

"Kau yang kenapa? Macam tomato sudah aku lihat!"

Aku memegang pipi. Aduh! Jelas sangatkah?

Nasib sahaja Jaide sudah berlalu.

"Kau ini masih malu lagi terhadap Jaide walaupun Krystal sudah meningkat dewasa. Jaide itu kanda kau tahu? Bukannya sepupu kau seperti aku yang patut kau malu tapi ini sebaliknya pula!"

Malu? Ya sedikit. Bukan salahnya jika masih ada perasaan malu terhadap Jaide. Ini kerana Jaide bukannya seperti kanda-kanda lain, yang melayan adindanya secara lemah lembut dan ada nakalnya. Jaide? Jangankan bergurau, ketawa bersama pun kurang. Tapi tidak bermakna Jaide tidak menjaganya.

Jaide sejenis abang yang lebih banyak berdiam diri namun pada masa yang sama mengambil berat tentangnya.

Tapi aku tidak terasa, malah lebih selesa dengan perwatakan Jaide yang ini. Tidaklah berasa janggal. Bibirku menguntum senyuman kecil.

Mataku dipaku ke wajah Zierve. Zierve yang masih tidak surut ketawa kupandang bosan.

"Kau, sudah tiada kerja lain kah?"

Zierve berhenti ketawa. Dahinya berkerut seakan memikirkan sesuatu.

"Oh! Tidak. Aku tiada kerja sekarang. Mengapa?"

Aku mengangguk faham.

"Bolehkah kau membantuku?"

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now