4:A K A R E L T O N

211 16 0
                                    


Puteri Fauna termenung melihat ke luar jendela. Riaknya sedikit mendung.

"Sudahlah adinda, kakanda pasti, Dousky baik-baik sahaja." Amber cuba menenangkan Fauna.

"Tapi Fauna sudah tidak dapat merasa keberadaannya. Fauna juga berharap dia berada dalam keadaan yang selamat."

"Sudah pasti."

"Ah Kaseh, adinda buat kakanda berasa nyaman."

Kaseh ketawa kecil, cahaya kuning yang dilekap pada belakang Fauna itu dijarakkan lalu lesap.

"Tidak perlu bersedih lagi, adinda berani bersumpah. Adinda merasakan aura gembira dari Dousky sebelum jejaknya hilang."

"Benar? Baiklah." Fauna ketawa kecil. Rama-rama yang hinggap di bahunya mula mengipaskan kepaknya kembali.

Tiba-tiba, kereta kuda itu terasa bagai dihentam sesuatu. Isi kereta itu bergoyang kuat sehingga menyebabkan beberapa kotak jatuh menimpa lantai kayu.

"Apa yang sudah terjadi?"

"Flora! Adinda mahu kemana?"

Mereka terarah kepada Flora yang berlari laju ke pintu kereta sebelum dibuka kuncinya. Pintu terbuka luas.

Lantas dia melompat kemudian berlari ke hadapan. Puteri yang lain yang berasa risau berpandangan sebelum mencapai kata sepakat mngikuti Flora.

Aurora mengarahkan para dayang untuk tinggal dalam kereta tanpa berniat meninggalkan Mutiara bersama mereka.

Tubuh kecil adiknya diangkat lalu dibaringkan dibahu manakala tangannya bertindak memegang kepala yang berambut nipis itu.

Bibir diketap rapat sebelum tubuh beraksi melompat turun dari kereta kuda yang masih bergerak. Wajah mutiara dilihat setelah dia berjaya mendarat.

Mutiara hanya diam bersama matanya yang membulat. Aurora mengeluh lega.

Kaki dibawa pantas ke hadapan. Tubuh belakang adinda-adindanya menjadi sapaan mata. Mereka masing-masing terkaku ditempat mereka berdiri.

Jalan yang sepatutnya kosong kini dipenuhi dengan akar-akar liar melingkar sebesar pohon kelapa.

"A- apa yang sudah terjadi?"

"Adinda tak pasti, adinda cuma dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena."

Flora berkerut wajah. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri akar bersaiz raksasa itu. Tangannya diangkat seraya mengusap lembut permukaan akar itu. Matanya membulat.

"Ini.. Elton!"

"Uh?"

"Elton! Kakanda ingat ketika Flora ke hutan Des Fleurs bersama ayahanda?"

"Er.. kira-kira 10 tahun lepas?"

"Ya!"

"Tapi bagaimana Elton boleh berada di sini? Bukankah hutan Des Fleurs berada 5 negeri dari sini?"

"Kakanda, akar ini berasa resah." Kaseh bersuara perlahan. Mata tertancap pada bahagian akar yang sedikit besar dan bertimpa.

"Warnanya juga kelihatan pucat. Bukankah pohon sejenis ini bewarna merah?" Amber menilik warna kulit akar tersebut. Warna yang seakan magenta itu direnung tidak putus.

Flora bingung. Tangan mula mengusap lembut kulit akar yang sudah berubah warna. Benar kata Amber. Sebelum ini warnanya tidak sepucat ini.

"Elton. Ini beta, Puteri Flora."

Zzap!

"Kakanda!"

"Ergh.." Flora cuba merungkaikan akar yang tiba-tiba melilit tubuhnya. Namun makin dicuba makin terasa lemah seluruh tubuhnya.

"Argh!" Amber yang cuba mengeluarkan kuasanya tiba-tiba terkulai lemah. Nafasnya mula sesak.

Serentak itu Flora teringatkan sesuatu.

"Tidak Amber! Jangan memaksa dirimu. Jika tidak habis kuasa kita disedut olehnya."

"Siapa yang berniat ingin mencerobohi kawasanku?"

Suara garau kedengaran berdentum kuat seperti guruh. Akar yang ditatap oleh Kaseh sebentar tadi mula bergerak.

Akar itu mula membentuk ke rupa yang mengerikan.

Puteri Aurora menyuruh Fauna dan Salju berundur. Wajahnya serius menatap makhluk yang mula menunjukkan rupa.

"Siapa kau semua?" Wajah yang seakan tengkorak itu bersuara keras.

"Kami puteri Kemboja. Kau siapa?"

"Aku Elton. Penjaga jalan cabang tujuh."

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now