7:G U A J A L U R L I M A

169 11 0
                                    


Dari bahagian tebing sebuah gunung awan yang tinggi, kelihatan seseorang berjubah yang menutupi separuh wajahnya berdiri tegak memerhati ke arah 7 jalan cabang pelangi.

Jubahnya yang bewarna putih suci itu mengerbang ditiup angin. Sesekali rambutnya yang terkeluar diselit masuk ke dalam penutup kepala.

Wajahnya tegang tanpa secalit senyuman. Dia mendongak lalu mendepakan tangannya ke atas.

Bahagian belakang tubuhnya mula ditumbuhi sebuah sayap putih yang besar dan cantik.

Sayapnya mula mengepak. Perlahan-lahan kakinya terapung ke udara. Dengan sekali libasan kuat, tubuhnya meloncat tinggi ke angkasa.

Bekas libasan sayapnya tadi, berterbangan debu-debu serta daun-daun yang gugur. Namun, sepantas angin rumput mula tumbuh dan kelihatan pokok kecil seperti baru bercambah dari benih.

Tubuhnya menuju ke suatu tempat yang akan terlaksana amanah dan tanggungjawabnya.

Gua Jalur Lima.

---

Jalan yang lurus itu disusuri dengan tenang oleh kereta kuda yang ditumpangi oleh seluruh penghuni istana.

Rambut Mutiara yang mula tumbuh memanjang disisir lembut. Tubuh Mutiara juga sudah mula membesar dari tubuhnya 2 tahun yang lalu.

Anak kecil itu tertidur pulas selepas penat bermain bersama kakandanya.

Sepanjang perjalanan di jalan cabang ke lima ini, tiada sedikit pun halangan sejak Elton berjaya ditumpaskan.

Makhluk kerdil yang pada mulanya kebingungan itu kemudiannya menceritakan apa yang terjadi kepadanya.

Pada mulanya dia hanya mahu berhijrah dari tempat asalnya, Des Fleurs kerana ingin mencari mata air di pergunungan Singa yang mampu dijadikan ubat sakti.

Namun lain pula jadinya apabila tiba-tiba sahaja dia berada di kerajaan Kemboja dengan rasa tidak kena.

Selama berbulan dia di situ sebelum puteri Kemboja ingin melintasi jalan cabang pelangi. Ketika itu dia tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan oleh Kaseh yang menyelamatkannya dari sumpahan sihir Morion.

Morion ialah kuasa yang dimiliki oleh kerajaan Carbonado yang dikunci dan ditempatkan di lohong hitam. Tiada siapa yang mampu keluar mahupun masuk ke kerajaan itu kerana kerajaan itu telah disumpah dan dikunci oleh sebuah mantera yang mampu meleburkan tubuh badan sesiapa sahaja yang menyentuhnya.

Namun setelah mendengar cerita Elton, sedikit sebanyak merisaukan hati puteri Kemboja. Kerajaan mana yang tidak mengenali penduduk Carbonado, kerajaan yang dipenuhi dengan ahli sihir yang menggunakan mantera terlarang.

Lagi-lagi apabila mengetahui ada dari mereka yang terlepas dan sudah menjejakkan kaki ke sini!

Mereka sedikit tersentak apabila mendengar kicauan Columbidae. Columbidae terbang masuk sebelum hinggap dijari telunjuk Fauna.

"Bagaimana Fauna? Dapat menjejaki dia di sekitar sini?"

"Tidak, cuma Fauna ada berita baik dan buruk."

Mereka pada awalnya menghembus nafas lega berkerut wajah.

"Katakan Fauna,"

"Ya! Katakan yang buruk dahulu. Kerana pelangi hadir selepas hujan."

Fauna membiarkan Columbidae terbang pergi kemudian duduk merapat.

"Berita buruknya, terdapat beberapa objek dari angkasa yang menjunam jatuh ke bumi."

"Berita baiknya?"

"Kita sudah hampir sampai ke gua Jalur Lima."

"Kesimpulannya, ini khabar yang bagus!"

"Tidak, masih buruk."

"Apa maksud kakanda?"

"Kita masih tidak mengetahui kalau-kalau kita sempat ke gua itu ataupun objek itu.. memandangkan seluruh kerajaan sudah pudar warnanya. Betulkan, Amber?"

Amber hanya menunduk lesu. Beberapa butir air jatuh menuruni pipinya. Tubuhnya terasa lemah dan tidak bermaya.







~Tak silap, saya ada cakap pasal umur diorang ni dengan umur dekat dunia manusia, lain. (Dalam buku Melissa)

Contoh;

1tahun; 5 tahun(dunia manusia)

Sebab tulah Mutiara ni cepat besar.

Janganlah ada yang pelik. Ni kan cerita rekaan je. HAHAHAHA

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ