10:K A G U M

152 10 0
                                    


"Berpegangan tangan!" Mereka mengangguk seraya membentuk bulatan.

Terasa getaran ditubuh mereka disaat satu cahaya putih terang mula menghiasi dinding gua.

Dum!

Mereka tersentak. Mereka berpandangan cemas apabila isi gua mula bergoncangan.

"Apa yang sudah terjadi?!"

Krystal menelan air liur. Apa yang sudah terjadi?

"Teruskan! Jangan lepaskan tanganmu walau apa pun yang terjadi!"

Krystal melepaskan pegangan tangannya kemudian terus berlari ke pintu masuk.

"Tuan hamba!" Kaseh cuba untuk mengejar Krystal tetapi dihalang oleh Aurora.

"Kaseh! Tidak mengapa, biarkan." Kaseh merenung mata Aurora sedalamnya cuba menyampaikan perasaannya tika itu.

Aurora terlihat anak mata Kaseh yang berubah warna kepada hijau muda.

"M-maaf, adinda tak sengaja. Adinda cuma terasa akan ada suatu yang buruk akan terjadi! Adinda cemas, ad-"

Salju disebelah Kaseh memeluk tubuh Kaseh erat cuba menenangkannya.

"Kakanda rasa, Krystal tidak akan apa-apa kah?" Aurora mengangguk kecil. Seakan yakin dan tidak akan jawapannya.

"Sekarang, kita hanya perlu mengikut apa yang diperintahkannya. Ia demi keselamatan kita bersama."

"Bagaimana dengan keselamatan Krystal? Kita tak boleh mempergunakan nyawanya hanya mahu menyelamatkan diri kita," Aurora terdiam.

"Adinda mahu ke sana, bagaimana dengan adinda semua?"

Aurora memandang satu persatu adindanya dan portal yang masih menyala itu.

Dia tidaklah zalim, dia cuma risau akan keselamatan adindanya sahaja. Dia menarik nafas panjang.

"Baiklah, Kaseh perlu tinggal disini dan jagakan Mutiara untuk kami. Mari semua."

Kaseh mengangguk patuh. Tubuh kecil Mutiara dipeluk rapat ketubuhnya. Jantungnya yang menggila cuba ditenangkan sebaik mungkin.

Mata hanya mengekori langkah kakandanya sebelum hilang disebalik dinding gua.

"Jagakan keselamatan kakanda beta, dewi perasaan."

---

Puteri Kemboja berlari keluar ke pintu gua. Mereka melihat tubuh Krystal hanya kaku sambil mendongak ke atas.

Meteor!

"P-puteri! Kenapa keluar?!" Krystal terkejut melihat kelibat Kemboja di belakangnya.

Kata mantera yang hampir habis dibatalkan ketika itu juga. Tidak-

"Kami tak boleh biarkan kamu mempertaruhkan nyawa untuk kami sendirian!"

Krystal mendengus. Kalau begini, dia langsung tak boleh gunakan kuasa miliknya di hadapan mereka. Ia sungguh berbahaya.

Dia berdiam cuba mencari akal.

"Puteri, berundur. Biar saya halang batu itu."

"Biar kami tolong!"

"Tidak perlu!"

Kata-kata dari Krystal tidak diendahkan. Krystal pandang tidak percaya. Tanpa sempat dihalang, puteri Kemboja berlari ke hadapan beberapa langkah.

Salju mendongak kemudian mengangkat tangan. Awan kelabu tebal mula berarak ke beberapa penjuru.

Tubuh Aurora terapung. Sebelah tangan ditadah kemudian diputar 45°, beberapa lubang kecil kelihatan diruangan angkasa. Kelihatan langit seperti mengalami kebocoran.

Flora pula menghentakkan kakinya ke lantai bumi. Dengan sepantas angin, berpuluh akar tumbuh menjalar ke langit tinggi.

Batu-batu itu makin hampir menghentam bumi. Di antaranya dapat dihentikan dengan kehadiran awan tebal Salju. Lubang yang dihasilkan Aurora pula berjaya menyedut batuan itu kembali ke angkasa lepas. Manakala akar Flora dapat menangkap ketulan batu itu dengan banyak.

Krystal mengagumi kuasa yang ada pada mereka dalam diam. Dia melihat masih banyak batuan yang sedang menjunam jatuh kemudian ke arah Flora, Aurora dan Salju. Krystal menggeleng kecil. Dia melirik ke arah Amber dan Fauna yang setia di sisinya.

"Apa kuasa kalian?"

Amber dan Fauna berpandangan.

"Kami tidak berguna sekarang."

Krystal meneliti mereka berdua atas bawah.

"Puteri pasti?"

Tiba-tiba Krystal mendapat idea. Sengihan tersumbing di bibirnya.

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now