15:I L M U S I H I R

138 12 1
                                    

media: Putera Onyx

Permaisuri Sherl melangkah megah ke takhta miliknya diikuti oleh Ainaure di belakangnya.

Permaisuri Sherl melangkah megah ke takhta miliknya diikuti oleh Ainaure di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Persekitaran yang begitu asing baginya cukup membuatkan dia menggeletar ketakutan. Beberapa makhluk yang berkeliaran asyik memandang sinis kearahnya.

"Ainaure, sudah lama aku tidak nampak kau disini. Apa yang sudah terjadi?" Kedengaran suara garau bagai petir berdentum kuat menyoal Ainaure yang baru sahaja menginjakkan kakinya ke dalam sebuah istana.

 Apa yang sudah terjadi?" Kedengaran suara garau bagai petir berdentum kuat menyoal Ainaure yang baru sahaja menginjakkan kakinya ke dalam sebuah istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ainaure tertunduk ketakutan.

"Aku dikunci menjadi batu oleh Permaisuri Tanzanite, Raja Onyx."

"Oh, aku ada mendengar tentang kerajaan itu, Tanzanite ya? Berkuasa sangat kah dia sehingga kau yang aku sendiri latih boleh kalah ditangannya?"

Ainaure gugup mahu membalas pertanyaan Onyx. Pandangan mata helang dari kedua adik-beradik itu membuatkan tubuhnya menjadi panas bagai dibakar.

"A-aku tidak pasti. Yang aku tahu, kuasa yang aku miliki tidak setanding dirinya."

"Dasar ahli sihir lemah. Memalukan nama kerabat Andralite." Kedengaran sipi-sipi suara mengutuknya diikuti dengan hilaian tawa beberapa makhluk di situ.

Onyx memandang Sherl. Sherl hanya tersengih menunjukkan taringnya yang mula kelihatan.

"Kau sudah fikir apa yang aku beritahu kau dulu?"

Ainaure menelan liur kesat. Patutkah dia menerima tawaran si Raja kegelapan itu, jika ya sudah pasti dia tidak boleh untuk pulang ke pangkuan kerabat asalnya semula.

Jika difikirkan, kerabat asalnya sendiri sudah tidak memerlukan sehingga sanggup membiarkan dirinya terbiar di gua lama itu.

"A-aku.."

"Aku akan mengajar kau kuasa Morion, Ainaure."

"Kau akan disegani oleh seluruh pelusuk kerajaan-kerajaan di dunia permata dan kau, dengan mudahnya boleh takluki mereka dengan semahunya,

Kau juga boleh memusnahkan mereka dengan sekelip mata!" Onyx kekal memprovok. Dia bernafas kencang cuba menahan rasa teruja yang membuak-buak.

"Bukan itu tawaran yang menarik?"

"Kau boleh keluar masuk dari kerajaan ini selagi kau masih memakai loket yang ku curi dari dewa langit ini!"

"Akan ku berikannya kepada engkau jika kau menerima tawaranku."

Ainaure serba salah. Dia memejam matanya cuba menenangkan fikirannya yang seakan memaksanya untuk menerima tawaran Onyx.

"A- apa, apa syaratnya."

"Cukup mudah, Ainaure." Mereka berpandangan seraya tersengih.

"Berikan separuh jiwa kau kepadaku."

Ainaure mengangkat wajahnya. Riaknya jelas kelihatan terkejut.
"Jiwa? Habis, aku bagaimana nanti? Gila!"

"Kau masih diri kau. Aku hanya mengambil separuh darinya. Aku tidaklah terlalu kejam terhadap anakanda adindaku sendiri." Terlepas tawa manja dari Sherl. Dia menjeling halus wajah Ainaure yang masih keliru.

"Lihat mereka disana, mereka adalah golongan kerabat dari beberapa kerajaan lain yang sanggup memberi seluruh jiwa mereka kepadaku, dan kini mereka bahagia! Tidak perlu bersusah payah memikirkan sesuatu yang menyesakkan kepala."

Ainaure berpaling ke suatu arah. Kelibat beberapa makhluk kelihatan tenang setiap pelusuk.

"Bagi aku masa- sehingga esok hari."

"Baik, kau boleh pergi. Akan ku nanti jawapan darimu." Onyx ketawa terbahak-bahak. Dengan sekali petikan dijari, tubuhnya bertukar menjadi kelawar kecil dan terbang ke tingkat atas istana melalui lubang-lubang kecil yang terhasil dari runtuhan dan retakan.

"Apa yang harus aku lakukan?"

Kaki membawa dirinya ke dalam hutan. Beberapa makhluk kelihatan tidak berperasaan memandang kosong wajah Ainaure.

 Beberapa makhluk kelihatan tidak berperasaan memandang kosong wajah Ainaure

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cukup jelas, mereka telah memberikan seluruh jiwa mereka kepada Onyx.

Kaki kekal melangkah sehingga jauh ke dalam hutan.

Kaki kekal melangkah sehingga jauh ke dalam hutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kelibat seseorang menarik perhatiannya. Puteri Citrine.













Kemain banyak images bab yang ni😂 Ni pun rasa macam nak tambah sebab banyak jumpa yang kena dengan situasi dengan "makhluk" tu. Sabar jela

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now