17:A M E T H Y S T

132 11 5
                                    


"Argh!"

"Urgh.. huh.. huh.. huh.."

"S- sakit!"

"S- Argh!"

Ainaure bernafas kencang. Sekali lagi, dadanya terbelah tragis. Tanpa ada belas Onyx mencungkil dadanya rakus.

Darah membuak-buak keluar mengalir deras menuruni tubuhnya yang diikat dengan rantai besi.

Isi dagingnya terkopak luas sehingga menampakkan organ dalam dadanya. Nafasnya semakin sesak. Perit yang tidak terkata membuatkan dirinya seperti diambang maut.

Sipi-sipi dia terdengar suara tawaan halus. Matanya dibuka payah. Matanya membalas pandangan tajam Onyx yang sungguh sinis.

"Ainaure.. kau tahu kenapa aku mahukan jiwa kau?"

Ainaure tidak menjawab, bibirnya terketar-ketar menahan perit.

"Sebab kau keturunan Amethyst.."

"Jiwa kau.. punyai suatu kekuatan yang sukar ditemukan oleh mana-mana kerabat di seluruh alam ini."

"Aku tahu kau keliru.. kau rasa diri kau tidak berguna dan lemah."

"Tapi kau tidak tahu, jiwa kau juga terdapat permata Amethyst.."

"Jika kanda kau mati, kau yang akan memerintah kerajaan itu, kau tahu?"

"J- Jaide yan-g akan ambil a-lih, b-buk-an aku.."

"Jaide? Kau tidak tahu? Anak buah kau itu langsung tiada permata dalam jiwanya, dia cuma putera biasa yang mempunyai kuasa keturunan dan bukannya kuasa permata itu!"

"Dan aku.. akan tolong kau simpan permata berharga ini.. untuk merampas permata milik Melissa pula!"

Onyx membaca mantera. Tangannya dilekapkan ke organ Ainaure yang terpampang di hadapan mata atau lebih tepat ke hatinya.

Cahaya ungu keluar dari dalam tubuhnya seperti air yang mengalir.

Matanya terbeliak luas. Dengan satu rentapan kecil, habis kesemua kuasa Amethyst yang tertanam dalam dirinya disedut keluar.

"Argh!" Tubuh Ainaure melembik. Badannya tergantung dengan kedua tangannya masih terikat di atas.

Onyx tersengih. Ditiup gabungan debu berjumlah kecil yang bewarna hitam dan ungu ke dalam tubuh Ainaure yang sudah kaku.

"Jahit dadanya dan bawa dia ke gudang."

---

Melissa melontarkan pandangannya ke arah gua yang menempatkan Ainaure.

Entah mengapa hatinya berasa tidak sedap sejak tadi. Kenangan lama di dunia manusia terimbas kembali satu persatu.

Layanan Ainaure dan ayah angkat manusia ketika dia masih kecil membuatkan Melissa rindu. Walaupun sekarang dia tahu bahawa itu semua hanyalah lakonan tetapi-

Melissa mengeluh.

Dia memeluk tubuh. Sayap dikeluarkan lalu dikepak laju.

Tubuhnya dibawa terus ke pintu gua.

Melissa berkerut kening. Terasa bagai ada sesuatu yang telah terjadi dalam gua tanpa disedari.

Kaki ingin melangkah ke dalam gua namun terbantut apabila mengesan satu magis di dalamnya.

Kelibat hitam juga mundar-mandir tanpa arah.

Melissa mengangkat sebelah tangannya.

Sebuah bola kecil terbentuk kemudian terapung masuk ke dalam. Melissa memejamkan matanya.

Melalui bola yang memasuki gua itu, dia terlihat kelibat dua ekor makhluk yang sedang menyelongkar kawasan dalam gua tersebut.

Bola itu diputarkan ke arah kanan. Melissa menghembus nafas lega. Masih terlihat utuh magis yang dibuat olehnya berpuluh tahun dahulu di air terjun suci yang mengalirkan air biru.

Bola itu diputarkan pula ke bahagian kiri, bola itu digerakkan ke hadapan mahu melihat keberadaan Ainaure di sebalik dinding itu.

Belum sempat dia dapat melihat, kelibat makhluk itu muncul dihadapan bola itu. Wajah hodoh makhluk itu diabaikan Melissa.

Nampaknya dia terpaksa melupakan hasratnya untuk melawat Ainaure buat masa ini.

Bola itu dijatuhkan ke lantai gua. Dengan sekali petikkan dijari, dia muncul di ruang pengawal. Pengawal yang berada disitu terkejut.

"Tuanku permais-"

"Uruskan makhluk di gua lama itu, kurung mereka di underhell."

Para pengawal istana mengangguk patuh.

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now