6:M A K H L U K K E R D I L

193 14 3
                                    

"Bolehkah kau membantuku?"

"Eh apa pula tak boleh. Lagi-lagi titah dari tuanku Permaisuri Kerajaan Tanzanite yang gah lagi hebat ini!" Melissa membuat muka. Melebih betul!

"Ada-ada saja kau. Ini, aku mahu kau sampaikan risalah yang bakal aku coret sebentar lagi kepada kerajaan yang lainnya. Boleh?"

"Boleh. Kerajaan yang berada di dimensi permata kah?"

"Ya. Aku mahu menjemput putera puteri mereka kemari bagi menyambut kedatangan Puteri Kemboja."

"Aku? Tidak terkecuali bukan?"

"Sudah tentu! Kaukan putera Kerajaan Ruby. Takkanlah aku mahu meminggirkan kau pula?" Melissa ketawa kecil. Geli hatinya melihat wajah Zierve yang seakan mahu mendung.

"Manalah tahu."

"Mari ikut aku kedalam istana. Aku mahu mula menulis."

"Baiklah tuanku yang b-- Aduh!" Zierve menggosok kepalanya yang baru diketuk oleh Melissa.

"Main-main lagi!"

Zierve mencebik. Namun cepat-cepat dikawal reaksi wajahnya setelah memasuki ruang istana.

---

"Aku Elton. Penjaga jalan cabang tujuh."

Puteri Kemboja berpandangan sesama sendiri.

"Penjaga cabang tujuh?"

"Ya! Dan sesiapa yang berani untuk menceroboh akanku kurung tubuhnya sehingga nyawa terputus dari jasad dengan sendiri."

Habis sahaja ucapannya, akar-akar mula berdiri menegak dan membentuk seperti sangkar pada hujungnya sebelum menjunam jatuh dengan laju memerangkap mangsa!

"Lari!"

Puteri Kemboja sedaya upaya mengelakkan diri. Aurora yang mendukung Mutiara mengetap giginya perlahan.

Dengan terpaksa dia menjauh dari tempat itu. Dilihat adinda-adindanya sedaya upaya mengelak dari terperangkap dalam sangkar tersebut.

"Ahh!" Suara jeritan Amber dan Flora tiba-tiba kedengaran. Akar yang melilit tubuh mereka mula mengerat dan menyebabkan mereka berasa senak.

"Ah aku sudah tidak mampu bertahan lagi!" Tubuh Salju mulai terapung ke angkasa. Tangannya didepakan keatas.

Serentak itu, angin kencang yang sungguh dingin mula bertiup. Awan berarak perlahan meliputi langit di atas Salju.

Shuu--

Salji mula turun dengan lebatnya. Suhu menurun secara mendadak membuatkan lopak air terus membeku.

Sebelah tangannya lagi digoyangkan bersama bibir yang menyebut mantera yang tidak difahami.

Sebiji bola yang bercahaya jingga terang muncul ditelapak tangannya. Bola itu mula terpecah kepada enam bahagian.

Bola itu terus menuju ke setiap seorang Puteri Kemboja.

Bola yang bercahaya itu meengeluarkan haba yang cukup untuk menghangatkan Puteri Kemboja sehinggakan ais dibawah mencair setiap haluan bola itu terarah.

"A-apa ini?"

"Tenanglah Elton. Kami bukan musuhmu." Kaseh bersuara bersama langkah maju kehadapan.

Memandangkan tubuh Elton yang mula mengeras menjadikan Kaseh berani untuk menapak mendekatinya.

"Apa yang kau mahu lakukan terhadapku!"

"Bertenang,"

Kaseh menghampiri kawasan yang sering diperhatikannya. Dia melekapkan tangannya di akar yang terlihat kurang beku kerana kehadiran bola haba yang mengikutinya.

Benar jangkaannya. Patutlah Kaseh begitu kuat merasakan perasaan di situ. Akar yang menutupinya bergerak keluar dan kedalam perlahan.

Hati.

Hati Elton berada betul-betul di hadapannya.

Tanpa membuang masa, matanya ditutup dan bibir mula menggumam mantera.

Cahaya putih mula hadir. Kaseh menekan cahaya itu kedalam hati Elton.

"Ugh!"

Beberapa detik kemudian, cahaya bewarna putih itu kelihatan bertukar warna. Cahaya kelabu ungu itu ditarik terus lalu digenggam erat sebelum lesap.

"P- puteri Flora?" Nadanya kedengaran keliru.

"Ya, beta Flora."

"Ampunkan patik." Perlahan-lahan kaki Flora dan Amber menjejak tanah. Akar yang melilit tubuh mereka juga mula melonggar.

Akar yang menjalar mula berkumpul menjadi gulungan besar. Cahaya merah seperti tubuhnya menyinari kawasan sekitar sebelum hilang disambut dengan wajah makhluk kerdil yang kebingungan.

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Onde histórias criam vida. Descubra agora