24:B A N T U A N

58 4 0
                                    


"Kanda.."

Ray menoleh. Dia menjeling ke arah May yang sedang memegang sebuah sfera lutsinar.

Ray mendengus. Tiupan seruling dihentikan. Wajah pucat Jaide dijeling sekilas kemudian dia berlalu keluar dari bilik tahanan yang berada dalam sebuah rumah kedap bunyi.

Rumah itu terletak jauh di belakang istana Raja Melod. Rumah itu dihuni oleh kesemua ahli Elit.

Setelah Ray berlalu, May duduk bersimpuh di hadapan Jaide yang sudah memejam mata.

Bunyi desingan di dalam kepalanya masih tidak berhenti. Kesannya membuatkan otaknya menjadi tidak terkawal dan itu membuatkan dia berasa seperti hilang akal.

May mengeluh melihat Jaide. Sfera lutsinar itu ditatap. Akar pokok dikeluarkan lalu dililit permukaan sfera itu sehingga tertutup separuh.

Hujung akar itu dilingkarkan ke tangan Jaide yang tergantung tinggi.

Tangannya dilekapkan ke atas sfera itu seraya menutup mata. Perlahan-lahan sfera itu mula menyala. Berkelip-kelip cahaya dalam sfera itu.

Sedikit demi sedikit muncul not-not muzik berpusu-pusu memasuki sfera itu melalui akar pokok itu tadi.

Sfera lutsinar itu berkelip keunguan sebelum memalap. Suara erangan Jaide kedengaran.

"Apa yang kau buat?"

Jaide mengelipkan matanya berulang kali. Bunyi desingan dalam kepalanya sudah menghilang. Hanya diganti dengan sedikit pening.

"Saya tolong awak."

Jaide mencelikkan mata. Matanya mencerlung tajam memanah ke dalam mata May.

"Tolong?"

May mengeluh lagi. Perlahan dia bangkit dari duduk dan merapati Jaide.

"Saya faham, Darren. Tapi saya tak mampu lakukan apa-apa."

May menunduk. Seketika cuma, dia mengangkat wajah dengan sinar.

"Awak kata awak kuat bukan? Apa kata awak cuba lepaskan diri."

"Sudah atau belum?" Suara Ray di bingkai pintu menyentakkan May.

May diam sejenak. Dia berbisik perlahan ke telinga Jaide.

"Saya boleh tolong." May tersenyum.

"Saya minta maaf bagi pihak kanda saya." May berlalu keluar. Ray hanya memerhati tingkah adindanya yang mencurigakan.

Jaide berkerut. Lepaskan diri?

Dan.. May akan membantunya?

---

Dari atas, Amber dapat melihat suasana di sepanjang perjalanannya keluar dari Kerajaan Tanzanite.

Bibirnya tersumbing senyuman manis melihat kemeriahan rakyat jelata sedang melakukan aktiviti harian bersama keluarga tercinta.

Tangannya makin memegang erat leher Dousky tanda teruja. Sebatang sungai yang berkilauan begitu menarik perhatiannya.

Dousky sedari tadi menahan rasa. Aura kuning yang dikeluarkan Amber sedikit menyentuh perasaan bahagia di hati. Eh?

"Amber mahu ke sana?"

"Er.." Amber terkelu. Sungguh dia tak tahu bagaimana Xierve mampu mengesan emosinya. Kebiasaan hanya Kaseh yang mengetahui perasaan semua makhluk hidup di sekelilingnya.

"Selepas kita selamatkan Jaide, saya akan bawa awak kesana."

Amber mengangguk walaupun tidak pasti antara Xierve melihat ataupun tidak.

Tidak lama selepas itu, Xierve mendarat betul-betul di hadapan pintu gerbang istana.

"Baiklah, kita berhenti di sini."

Xierve merendahkan tubuhnya. Amber menurun dengan berhati-hati. "Mengapa?"

"Saya akan buat portal disini, supaya kita sampai ke kerajaan Muzika dengan lebih cepat."

Tanpa Amber berkata-kata, Xierve menyambung lagi.

"Kuasa saya terlalu kuat sehingga saya tak boleh lepaskannya di dalam istana."

Xierve tersenyum. Kakinya dihentak ke tanah.

Bergema kawasan tanah lapang itu dengan gelombang yang cukup kuat. Serentak itu juga, sebuah simbol permata muncul di permukaan rumput.

Tubuh Xierve perlahan-lahan bertukar rupa semula.

"təyinat yerinə."

Tubuh mereka menghilang. Hanya tinggal bekas portal membakar permukaan rumput menjadi bentuk permata.

Spoiler :

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

!!

Tak pasti tapi Mutiara akan mati sksksk.







takuatt

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now