12:B A H A S A A S I N G

137 13 2
                                    


"Kakanda!"

Wajah risau Kaseh yang memeluk Mutiara dipandang lega.
"Kaseh, Mutiara! Kalian baik-baik sahaja bukan?"

"Ya, ada yang tercedera?"

"Tidak, Dousky si kuda itu telah menyelamatkan kami sekali lagi."

"Syukurlah." Senyuman kecil terukir.

"Sekarang kita harus segera. Buat bulatan."

"Dimana Krystal?"

"Dia diluar. Katanya akan masuk sebentar lagi."

"Dia ada serahkan sebilah pedang ini pada kakanda. Dia minta supaya kakanda cacakkan ditengah-tengah bulatan."

"Kakanda mulakan sekarang, ya?"

Mereka hanya mengangguk.

Aurora berdiri ditengah bulatan. Hatinya yang gundah ditenangkan sebaik mungkin . Mahu tidak mahu, dia harus mencacakkan pedang itu segera.

Dengan segala kudrat yang ada, dia menekan pedang itu terus ke perut bumi.

Sebuah cahaya terang muncul disebalik pedang itu. Tubuh mereka terasa ringan dalam panahan cahaya yang menyilaukan.

Sekelip mata cahaya itu hilang. Mata mereka membulat apabila suasana sudah berubah!

"Selamat datang ke kerajaan Tanzanite."

Mereka menoleh ke arah seorang lelaki yang memakai pakaian sutera dihadapan mereka.

Wajahnya dimaniskan bersama sebelah tangan yang diletakkan didada tanda hormat.

"Ayah!"

Wajah Krystal tersembul di sebalik dinding sebelum berlari anak ke arah lelaki yang digelar ayah olehnya.

"Krystal? Kamu sudah sampai? Bagaimana? Ayah..?"

Krystal yang berada dalam dakapan lelaki itu ketawa kecil.

"Patik minta tolong Dousky hantarkan dan ya, ini ayah patik."

"Patik dengar, kamu bertujuh merupakan anak kepada Raja Xavier dan Permaisuri Stella? Benarkah?"

"Ya, kami dari kerajaan Kemboja."

"Patik berbesar hati dapat menyambut kedatangan tuan puteri bertujuh yang dinanti-nanti. Boleh patik tahu, bagaimana keadaan permaisuri Stella?"

"Bonda.. boleh beta berjumpa dengan permaisuri Melissa, banyak urusan yang beta perlu kemukakan." Lelaki itu tersenyum nipis.

"Patik rasa, baik puteri masuk beradu dahulu. Tidak elok rasanya mengganggu permaisuri yang sedang beradu waktu ini."

"Kalau begitu baiklah."

Krystal memberi isyarat kepada dayang yang berada disitu sejak tadi. Dia membawa puteri Kemboja keluar lalu dibawa ke kamar yang telah disediakan.

Hilang sahaja puteri Kemboja dari pandangan, pipi Krystal terus ditarik.

"Aduh, ayahanda!"

"Ayah, ya?"

"Hehe, maafkanlah anakandamu yang comel ini! Anakanda terpaksa."

"Apa yang kamu rancangkan ni?"

"Saja, mahu buat kejutan pada mereka. Sebenarnya Krystal mahu lihat, bagaimana tingkah laku kerabat Kemboja. Itu sahaja."

"Jadi, mereka bagaimana?"

"Krystal tak boleh beri kata putus dahulu tetapi buat masa ini, mereka baik, dan kuat!"

"Really?"

"Ya! Krystal pun terkejut juga. Tapi tak sekuat dalam ramalan."

"Mungkin mereka tak keluarkan sepenuhnya kuasa mereka."

"Maybe." Krystal mengangkat bahu.

"Your majesty, may I ask you something?"

"Yes, princess?" Leron tersenyum melihat wajah puteri kesayangannya. Tidak ubah seperti wajah Melissa ketika di dunia manusia.

"Where is the queen? Don't tell me she's sleeping right now?"

"No honey, she's at your room."

"My room? Why?"

"Bahasa asing itu lagi?" Mereka menoleh ke arah satu suara.

"Ah, Putera Jaide!"

Jaide menunduk sedikit memberi hormat.

"Kau orang tak sudah lagi berbicara dengan bahasa itu? Sudah muak aku mendengarnya."

"Tak akan pernah sudah! Krystal harus mahir supaya senang di dunia manusia nanti!" Jaide tersenyum kecil. Kepala Krystal diusap perlahan.

"Bonda kau panggil."

"Baik! Krystal pergi dahulu, ayahanda, Jaide." Bersinar wajah Krystal. Laju langkahnya dibawa ke ruang beradu.

"Kau buat apa disini, sudah habis tugas kau?"

"Ada sedikit lagi, tapi aku kan Leron? suka hati akulah!"

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now