19:M U Z I K A

82 8 0
                                    


Onyx melihat dirinya dari biasan cermin yang retak seribu. Terpacul sengihan tajam dibibirnya.

Dua bekas kaca yang mempunyai jiwa Ainaure dijeling sinis. Satunya memiliki separuh jiwa Ainaure manakala satu lagi mempunyai kuasa sakti permata Amethyst!

Krekk!

"Bagaimana perempuan itu?"

Tanpa menoleh, Onyx menyoal. Dia sudah tahu siapa melalui aroma tubuh. Makhluk itu menghampiri Onyx kemudian menilik isi dalam bekas itu.

"Sudah sedar. Dia masih keliru dengan apa yang terjadi."

Onyx ketawa. Bahu lelaki itu dipeluk bangga. Kakinya dibawa ke rak-rak yang menempatkan pelbagai jenis posyen.

Sebotol posyen bewarna kelabu dicapai kemudian diteguk perlahan.

Matanya dipejam menikmati cecair posyen itu mengalir di rongga tekaknya.

"Ayahanda tak rasa apa yang kita buat ini melampau?"

Wajah anak lelakinya itu direnung tajam. Tangannya yang ingin mencapai bekas kaca ditarik kembali.

"Apa maksud kau?"

Garnet menelan air liur kesat. Aura kegelapan mula memenuhi ruangan itu sehingga menyesakkan dadanya.

Wajah dingin ayah kandungnya dijeling sekilas. Cecair kemerahan mula timbul di permukaan kulitnya.

Gigi diketap menahan pedih.

"Ainaure sudah menolong kita bukan? Mengapa ayahanda masih mengambil hak dia dengan kejam?"

"Aku tak mahu bicara tentang perkara ini dan jangan kau persoalkannya lagi!"

"Kasihan dia ayah!"

Onyx terus berlalu keluar.

Garnet menunduk. Tangannya menyeluk kocek seluar belakang. Sekeping gambar yang memaparkan dirinya dan seseorang diusap lembut.

---
Jaide memegang dadanya. Sejak dua menjak ini, kawasan sekitar dadanya terasa seakan tidak kena.

Tiba-tiba dia mengerang kecil. Dadanya bagai dihentak kuat dari dalam. Badannya melorot jatuh sebelum dipangku dengan sebelah lututnya.

Kepalanya diangkat perlahan apabila dirasakan ada sesuatu yang menghampirinya dengan sangat pantas!

Belum sempat dia berbuat apa-apa, terasa sesuatu yang dingin menghentam dadanya kuat.

Matanya terbeliak apabila dadanya menjadi kebas. Berkerut dahinya cuba mencerna apa yang telah terjadi.

Tidak lama kemudian, rasa itu hilang. Tubuhnya menjadi segar dan lebih bertenaga namun tidak diendahkan.

Jaide berdiri sebelum meredah kembali hutan larangan yang terletak di kerajaan Muzika.

Semak samun ditumbuhi sejenis pohon yang mengeluarkan cahaya solar dari setiap daunnya.

Pohon ini merupakan tanda yang telah ditinggalkan oleh satu makhluk yang dijejak menjadikan dia mudah untuk menamatkan pencariannya.

Pohon ini merupakan tanda yang telah ditinggalkan oleh satu makhluk yang dijejak menjadikan dia mudah untuk menamatkan pencariannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ssup!

Telinga Jaide tegak. Dengan pantas dia melompat ke sisi. Kelihatan sebuah tali panjang bercahaya yang melilit sebatang pokok di tempat dia berdiri tadi.

Jaide menoleh. Terlihat sekumpulan makhluk yang merenungnya tajam.

"Berani kau menceroboh kawasan larangan diraja kerajaan kami!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Berani kau menceroboh kawasan larangan diraja kerajaan kami!"

Bunyi alunan muzik yang dipetik oleh salah satu dari mereka mula memenuhi ruangan hutan. Lama kelamaan bunyi itu menjadi nyaring sehingga membuatkan pendengaran Jaide menjadi berdesing.

Jaide menutup telinganya. Sayapnya dibuka sebelum mengibas kuat ke arah mereka.

"Siapa kau?"

"Kami pasukan elit yang mengawal kerajaan Muzika! Kau penceroboh, apa tujuan kau kemari?"

Jaide menutup matanya sesaat kemudian dibuka kembali. Kakinya digerak ke hadapan secara spontan.

'Kenapa dengan aku?'

Matanya meliar ke sekeliling. Kakinya berhenti melangkah apabila tubuhnya betul-betul berhadapan dengan seekor makhluk yang menutup matanya.

 Kakinya berhenti melangkah apabila tubuhnya betul-betul berhadapan dengan seekor makhluk yang menutup matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tiba-tiba dia dapat merasakan kepalanya dipenuhi dengan bisikan halus. Makhluk dihadapannya sedang menelaah fikirannya! Bibir diketap rapat.

Dengan perlahan, mata makhluk itu terbuka. Sengihan halus tersumbing di bibirnya.

"Jaide Darren Raph?" Makhluk itu ketawa halus.



ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now