21:P E R M A T A

71 9 0
                                    


"Bangkit!"

Terlihat Ray menolak tubuh belakang Raja Xavier dengan kasar. Raja Xavier terbaring lemah dengan tubuh yang dipenuhi luka.

Aku hanya mampu melihat sementara merangka strategi. Bunyi erangan halus dari Raja Xavier buat aku tidak senang. Lantas sahaja aku menolak tubuh Ray kemudian cuba memapah tubuh Raja Xavier untuk bangun.

"Kenapa kau bantu dia!"

"Dia ini penceroboh!"

"Dialah Xavier!"

Kumpulan Elit berpandangan sesama sendiri dengan mata yang membulat.

"Ini makhluk yang kau cari? Melihat dari pakaiannya sahaja sudahku boleh agak, dia ini keturunan kerabat!"

Jaide terdiam. Xavier menggeleng kecil. Dengan payah dia cuba menyedut udara. Kepalanya disengetkan bagi melihat wajah makhluk yang membantunya.

"Apa tujuan sebenar kamu kemari!"

Tanpa mempedulikan Ray yang semakin memberontak akibat pertanyaannya bagai angin lalu, Xavier bersuara halus. Cukup sampai dipendengaran Jaide.

"S-si-apa ka-u?"

"Aku Jaide, putera kepada Raja William dari Kerajaan Amethyst. Aku dititahkan untuk menyelamatkan kau oleh Raja Leron dari Kerajaan Tanzanite." Jaide berbisik perlahan. Sambil itu, mindanya cuba untuk memikirkan tindakan yang akan dilakukan olehnya ketika ini.

Tiba-tiba pandangan matanya terpaku ke arah May yang sedang memandang tajam ke arahnya.

Tidak.

Melihat sahaja langkah kecil yang dibuka oleh May, lantas Jaide mengeluarkan pelindungnya.

Langkah May terhenti, Ray mula tidak senang duduk. Serulingnya ditarik dengan tergesa-gesa. Keadaan mula menjadi kabut.

"Kau! Ahli sihir?!"

"Aku bukan ahli sihir. Tujuan aku kemari hanya mahu mencari Xavier dan aku telah menemukannya. Sekarang izinkan kami pulang ke kerajaan asal kami."

"Kau fikir senang untuk keluar masuk dari kerajaan ini? Kau silap."

Satu makhluk dari kumpulan mereka yang memegang gitar mula memetik tali itu halus.

Bunyi dari petikan gitar itu mula menghasilkan not-not yang tampak dan membesar ke ruang udara.

Not-not itu mula merapat dan membentuk seperti sebuah kurungan.

Sudah boleh mengagak apa yang akan terjadi, lantas Jaide membuka sebuah portal lalu menolak Raja Xavier melepasinya. Kakinya yang turut mahu melangkah terkaku.

Perlahan-lahan portal itu menghilang.

"Apa semua ini, Darren?"

Pandangan Jaide menjadi gelap.

---

Suasana ruangan utama istana Tanzanite meriah dengan kehadiran kerabat dari seluruh dimensi permata.

Dinding yang bewarna biru sudah berubah warna menjadi kelabu terang. Alas kaki yang melingkar di setiap penjuru pula bewarna kerabat yang hadir pada hari itu terus menyusur sehingga ke potret keluarga mereka satu persatu.

Sayup-sayup kedengaran tawaan kerabat disebalik dinding kaca disebalik takhta. Luarnya yang dikaburi dengan mantel(?) berlogo kerajaan Tanzanite manakala dalamnya merupakan bilik rahsia untuk penghuni diraja Tanzanite.

Melissa mundar-mandir sambil ditemani oleh Krystal yang hanya diam memerhati bondanya yang ternyata gelisah menanti kepulangan Jaide.

Leron pula sebagai Raja melayan saudara maranya dengan penuh adat istiadat. Ingin membuang masa sebenarnya sebelum Jaide tiba dan itu sahaja akan berjaya menenangkan hati permaisuri hatinya.

Pintu utama yang sedia terbuka menjadi perhatian apabila kelibat 7 makhluk melepasi ruangan itu dengan sopan.

Kelihatan wajah-wajah kerabat berkerut melihat puteri Kemboja yang sepertinya asing bagi mereka.

Leron yang sudah sediamaklum akan reaksi yang akan diberi, memetik jarinya sehingga lampu menjadi malap manakala tempatnya berdiri dan puteri Kemboja sahaja menjadi terang.

"Perkenalkan tetamu kehormat kerajaan dimensi permata, Puteri Kemboja dari kerajaan dimensi bunga,"



~Sha cuba!💪🔥

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now