20:P A N T A N G L A R A N G

83 6 0
                                    


Tubuh Jaide mula terhuyung-hayang. Tanda tubuhnya sudah 'dibebaskan'.

"Apa yang telah kau lakukan?"

Dia mengangkat bahu.

"Saya hanya.. mencari identiti dan tujuan awak ke mari melalui memori awak." Selesai berkata, makhluk itu menoleh ke arah seorang lagi yang memandang tajam ke arahnya.

"Kanda, Namanya Darren dan tujuannya ke mari ingin mencari seseorang yang bernama Xavier yang sesat dihutan ini."

Makhluk itu memandang Jaide atas bawah.
"Darren? Siapa yang menghantar kau kemari?"

"Kerajaan Melodi."

Jaide menoleh ke arah gadis tadi semula. Mahu tidak mahu diikutkan juga apabila gadis itu memberi isyarat. Jaide mengeluh. Wajahnya dilakar biasa.

"Kerajaan Melodi oleh Raja Noth."

"Aku Ray. Ketua Elit. Dan ini adindaku, May."

---

Jaide mengeluh lagi. Dia sedang diekori oleh Elit sepertinya pengawal yang mengawasi sekeliling.

Mahu tidak mahu terpaksa juga dia mengikut jika tidak kehadirannya bakal menjadi tercetusnya perlawanan antara mereka. Jaide harus menyimpan kuasanya untuk kegunaan waktu hadapan.

"Saya tahu awak telah mengunci memori awak dari saya kan?" May berbisik halus. Tubuh belakang abangnya yang mendahului di lihat berhati-hati.

"Awak dari mana sebenarnya? Saya cuma dapat nama awak dan tujuan awak sahaja itupun samar-samar." May mencebik.

"Mengapa kau bantu aku?" Jaide tidak menjawab malah menyoal May kembali dengan soalan yang berlegar di fikirannya sejak tadi.

"Saya rasa awak mempunyai niat yang baik!"

Jaide tersengih sinis.
"Yakin benar. Bagaimana kalau aku kemari mahu memburu kerabat?"

"Kami akan lawan awak lah!" May menjerit halus.

"Hebat sangatkah kamu semua?"

May mengecilkan mata.
"Cara awak menyoal saya ini sepertinya awak bukan calang-calang ya?"

Jaide berfikir sejenak.

"Lihat ini."

Jaide membentukkan seketul ais sebelum dilemparkan ke sebatang pokok.

Bunyi kuat terhasil sehingga mengejutkan mereka semua. Jaide hanya ketawa dalam hati manakala May sudah membulatkan mata.

"Ada serangan hendap!"

"Ahli sihir yang menyerang kita! Lihat ketulan ais ini!"

Jaide terpempan, ahli sihir?

"Ahli sihir?"

"Ya! Siapa lagi kalau bukan ahli sihir? Kami tak pernah jumpa mana-mana kerabat mahupun keturunan kerajaan kami yang menggunakan kuasa alam ini."

Jaide berkerut dahi. Dia pernah mendengar beberapa pantang larang kerajaan Muzika yang ketat tetapi tidak pula dia tahu tentang tahap magis mereka.

"Kalian pernah dengar kerajaan permata?"

"Tidak! Kami tidak dibenarkan untuk mengungkapkan tentang mana-mana kerajaan lain. Kecuali kami hanya bersahabatan dengan kerajaan Melodi kerana rajanya merupakan kanda kepada raja Eric. Kami kerajaan yang menitikberatkan pantang larang nenek moyang kami yang lebih kepada bangsa kami. Tiada makhluk luar yang boleh keluar atau masuk dari kerajaan ini hidup-hidup!"

Bunyi erangan seseorang menjadi persekitaran menjadi sunyi. Jaide melihat Ray yang menarik keluar sesuatu dari belakang tubuhnya.

Sebatang seruling panjang didekatkan di bibirnya. Dia meniup seruling itu dengan perlahan. Jaide yang perasan akan bahana yang akan terjadi. Lantas dibuat perlindungan di bahagian telinganya sehingga bunyi seruling itu terbatas di pendengarannya.

Hanya magis alat muzik sahaja dapat dibisukan manakala suara bisikan mereka masih jelas dipendengaran.

Sipi-sipi suara seorang dari ahli Elit berbicara serius.

"Aku dapat merasakan kehadiran satu tenaga magis yang tidak terkawal."

"Dia tidak jauh dari sini!"

Serentak itu Ray berlari ke satu arah. Mereka mengikuti tanpa banyak bicara. May melihat Jaide sekilas sebelum berlari mengikuti ahli kumpulannya.

Jaide seperti dapat mengagak siapa yang dimaksudkan oleh mereka tadi.

"Raja Xavier."





Nak delete laaaa~😔

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now