8:P E L A N G I A M B E R

141 11 0
                                    


Berhenti sahaja kereta kuda utama, serta-merta kereta kuda yang berbaris dibelakangnya berhenti sama.

Mereka turun dari kereta tanpa was-was. Awal lagi, mereka sudah siap sedia mengarahkan agar yang lain tidak turun sehingga diberitahu.

Mereka hanya mengangguk patuh arahan permaisuri mereka. Seorang dayang yang diamanahkan untuk menjaga mutiara juga dikurung sementara dalam kereta kuda puteri Kemboja bersama Mutiara yang masih nyenyak diulit mimpi lena.

Tanpa mereka sedar, seorang berjubah putih sedang memerhati mereka dari atas gua. Dia hanya diam memerhati tindak-tanduk mereka tanda disedari.

Apabila melihat puteri Kemboja berkumpul, terus sahaja dia berlalu masuk ke dalam gua melalui jalan rahsia.

---

Puteri Kemboja berulang alik memerhati dinding di hadapan mereka. Rekahan di bawah dinding meyakinkan mereka bahawa
disebalik sana merupakan dalam gua.

Pelbagai cara sudah dicuba namun tetap sahaja tidak berjaya.

"Adinda sudah penat."

"Kita tidak boleh mengalah sebelum mencuba. Pasti ada jalan penyelesaiannya."

"Kakanda tidak dapat sebarang petunjuk kah? Bukan kakanda beritahu kami bahawa Dousky si kuda itu ada beritahu kakanda sesuatu?"

"Dousky?"

"Baginda mahu tuan puteri bertujuh bersegeralah ke bukit pelangi. Dipenghujung terdapat sebuah gua yang digelar gua cabang lima. Patik sudah menanam azimat yang diberi oleh baginda. Jadi, kawasan itu sudah terlihat seperti tiada jalan keluar. Dan bagi memasuki kawasan itu, Puteri Amber mempunyai kuncinya."

"Amber."

"Ya?"

"Kemari." Aurora terus menghampiri dinding itu semula. Mereka berpandangan sebelum terpaku ke arah Amber.

"B-baik!"

Aurora menilik dinding itu sekali lagi. Matanya meliar ke setiap sudut. Pelik. Masih tiada lubang atau apa-apa petunjuk yang kemungkinan boleh dijadikan kunci.

Dia mengeluh kecil sebelum matanya terpaku ke arah hiasan yang terbentuk elok. Bentuknya seperti hexagon dan mempunyai bentuk pelangi di tengahnya.

Bila diperhati, rupanya bentuk itu wujud disepanjang jalan yang telah dilalui mereka tanpa disedari. Aurora mula mendapat akal.

"Amber, tolong gunakan kuasa warna. Pastikan guna kesemua warna yang terdapat dalam pelangi. Halakan kuasamu ke arah ukiran itu."

"Tapi kakanda, bergunakah kuasa adinda ini?"

"Kakanda pasti."

"Baiklah kalau begitu."

Amber menarik nafas dalam. Kedua tangannya yang tergenggam diangkat separa dada. Satu-satu jarinya dibuka. Jari telunjuk kanan ditutup.

"Merah."

Tiada apa-apa. Amber memandang Aurora. Aurora hanya mengangguk. Amber menggigit bibirnya.

Jingga." Kali ini, jari manis dan ibu jari ditutup. Masih sama. Tiada perubahan.

"Kuning."

"Hijau."

Mereka mengeluh kecewa. Amber menunduk cuba menenangkan diri. Kepala diangkat bersama mata yang tertutup rapat. Matanya dibuka bersama wajah serius.

"Biru."

Puf!

Puf, puh! Puf! Puf!

Setiap corak tadi mula memancarkan cahaya biru. Mata mereka membulat. Mereka memerhati cahaya yang baru muncul disetiap corak. Sedikit demi sedikit, cahaya itu menjauh sebelum menghasilkan satu cahaya biru yang panjang.

Amber memandang Aurora dengan senyuman lebar. Aurora ketawa kecil.

"Tahniah, Amber."

Amber melihat kiri dan kanannya. Tidak kelihatan apa-apa cahaya. Entah mengapa, dirinya dihurung perasaan hiba melihat jalan cabang lainnya kelihatan suram.

Tanpa sedar, dirinya sudah terapung ke angkasa. Dia melihat jalan cabang lainnya dengan senyuman tipis.

Di bawah sana, kelihatan Salju cuba untuk memanggil Amber namun ditegah oleh Aurora. Akhirnya, dia membiarkan sahaja Amber di atas sana.

Tiba-tiba, enam cahaya yang datang dari pelbagai arah terarah kepada mereka. Kelibat Amber yang semakin dekat dipandang dengan tanda tanya.



ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now