23:D I S E K S A

69 5 0
                                    


Melissa mula mengalirkan air mata. Patutlah perasaannya serba tidak kena, rupanya Jaide berada dalam bahaya!

Berkali-kali dicuba tenangkan hatinya yang sesak dengan rasa khuatir, namun makin pedih.

"Kanda kuat, adinda tahu. Jangan kecewakan adinda."

Nafasnya ditarik dalam lalu dihembus perlahan.

"Bonda baik?"

Melissa melihat wajah puteri tunggalnya, Krystal. Dia mengangguk kemudian tersenyum kecil.

"Bonda tahu akan bahaya yang akan terjadi. Bonda dapat rasakannya. Kerana itulah dengan berat hati bonda ingin melihat Jaide pergi mencari Xavier namun itu sudah menjadi tanggungjawabnya."

Krystal mengambil tempat di sebelah bondanya. Tangan bondanya diambil lalu diusap lembut.

"Krystal yakin, Jaide pasti mampu bertahan."

"Kerajaan Muzika tiada talian dengan kita. Rajanya kejam, Krystal. Apapun, kita berserah sahaja. Moga-moga Xierve dapat membantu Jaide."

"Moga-moga."

---

Aku menatap wajahku dihadapan cermin retak. Kosong.

Tiada emosi terzahir diwajah yang mula memucat. Bibir mula merekah diikuti warna mata yang berubah dari magenta kepada hitam.

Krekk..

Ainaure hanya melihat beribu pantulan entiti di belakangnya. Sikat diambil sebelum diberus lembut ke atas rambutnya yang panjang.

"Aina.."

Terasa bahang mula memenuhi ruangan itu namun sedikit pun Ainaure tidak peduli.

Ainaure memejam matanya menikmati bahang panas yang membuatkan tubuhnya menjadi teruja.

Tangannya mula menggigil. Bibirnya tertarik sinis. Matanya dibuka perlahan. Sebuah botol kaca yang mengandungi cecair likat bewarna merah direnung tajam.

Tangannya mencapai botol itu. Dengan tergesa-gesa ditarik gabus penutup botol itu. Dengan sekali tegukan, licin cecair itu ditelannya.

Kedengaran suara garau ketawa halus. Perlahan kepala Ainaure terasa diusap lembut.

Tokk! Tokk!

Krekk..

"Aina.. kau buat apa disini?"

Makhluk dibelakang Ainaure tersengih.

"Aku datang memberinya minuman.."

Garnet terpandang botol kaca di tangan Ainaure yang sudah kosong. Matanya membulat.

"K-kau! Kau bagi dia darah?!"

"Ah kau jangan risau, aku bagi dia darah Gallus."

"Kalau aku tau kau bagi dia darah-!"

"Darah Homo Sapiens?," Ziost mendekatkan dirinya kepada Garnet lalu membisik perlahan.

"Tak lama lagi." Ziost menyeringai. Dia jalan melepasi Garnet lalu menghempas pintu dengan kuat.

Garnet menahan diri. Dia melihat Ainaure yang sambung menyikat rambut.

"Aina.."

Aina menoleh. Darah tadi yang diteguknya seakan mula bertindak balas.

Aina tersenyum.

"Garnet.."

"Aina!" Garnet memeluk tubuh Ainaure. Sungguh dia rindu. Wajah Ainaure dipegang lalu diusap lembut.

"Garnet, kenapa.. kenapa Garnet dah lama tak cari Aina? Kenapa.. Garnet, Aina rasa pening.." Ainaure merengek.

Garnet pantas menarik Ainaure ke tilam. Dibaringkan Ainaure lalu ditepuk belakang tubuhnya.

Dia masih belum terbiasa dengan darah.

"Aina rehat ya? Nanti Garnet bawa Aina bersiar-siar."

"Baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Baik."

Perlahan matanya terkatup.

---

Tangannya digenggam kuat. Tangannya yang digari menggunakan mantera pengunci menghalangnya menggunakan kuasa magik.

"Tadi kau kata Raja Noth yang menghantar kau kemari tapi, boleh kau terangkan apa ini?"

Sebuah loket berbentuk berlian biru ditayang dihadapan wajahnya.

Jaide hanya diam. Akalnya mula diperah, sejak bila loket itu berada bersamanya?

"Aku tanya bukan? Jawablah!"

"Apa yang kau akan lakukan jika aku tidak mahu?""

Ray mengetap giginya. Rahangnya bergerak-gerak.

"Siapa kau? Apa tujuan sebenar kau kemari?"

"Aku sudah beritahu tujuanku kemari."

"Kau penipu!"

Ray mengambil serulingnya. Seruling itu ditiup sehingga menghasilkan melodi yang mengasyikkan.

Jaide mengerang kesakitan. Kepalanya terasa bagai dihentak kebatu berulang kali.



info:

Gallus tu nama saintifik bagi ayam. Homo Sapiens tu pulak nama saintifik bagi manusia. Aaaa creepy tapi 🙆

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now