16:J I W A

128 12 1
                                    


"Citrine?"

Gesekan biola terhenti. Makhluk yang dipanggil Citrine itu perlahan-lahan mengangkat kepala.

Raut wajahnya yang pucat dikaburi dengan senyuman nipis.

"Ainaure? Apa khabar?"

Ainaure tersengih. Kakinya dibawa mendekati Citrine.

"Aku sentiasa baik. Kau sihat? Aku lihat kau sedikit pucat. Mengapa?"

"Aku.. aku memberikan separuh jiwaku kepada Onyx."

Ainaure terkejut. Wajah pucat Citrine menjadi semakin memutih sebelum dia ketawa halus. Mungkin menyedari perubahan Ainaure yang akan mengambil masa memikirkan tawaran Onyx. Dalam diam, Citrine menelan air liur kesat.

"Tapi aku tidak apa-apa. Aku berasa lebih tenang dan gembira."

Ainaure berkerut. Gembira?

Melihat penampilan Citrine sedikit menyayat hatinya. Citrine yang dahulunya ceria, kini kelihatan lebih pendiam dan suka menyendiri. Lihat sahaja keberadaannya sekarang, jauh di dalam hutan puaka ini.

Ainaure tersenyum nipis.

"Sejak bila kau meminati biola?"

"Sejak aku tahu apa itu kebebasan."

"Kau.. tak mahu berikan separuh jiwa kau kepada Onyx? Percayalah, kau akan menjadi ahli sihir paling berkuasa di Kerajaan Carbonado ini. Jadi tiada siapa yang akan mengutuk kau dari belakang lagi." Dihujung ayatnya, Citrine menggesek biolanya dengan kuat. Bunyi bingitan dari biola itu cukup menyakitkan telinga Ainaure yang berada berdekatan.

Buk!

Ainaure menoleh. Terlihat kelibat seekor makhluk yang tumbang ke tanah di belakang sebuah pokok renek.

Ainaure melihat Citrine sekilas sebelum menghampiri makhluk itu. Setelah diteliti, makhluk itu merupakan salah satu yang mengejeknya dalam istana tadi.

Telinga gadis itu mengeluarkan cecair likat bewarna keemasan.

"Gadis itu mengekori kau dari tadi. Dan dia makhluk yang akan menyerahkan jiwanya kepada Onyx tidak lama lagi kerana mahu kuasa mutlak seperti yang dijanjikan Onyx kepada kau." Citrine menyepak kuat tubuh makhluk itu tanpa emosi. Wajahnya hanya terlakar kosong seperti tidak berperasaan.

"Kalau kau mahu tahu lagi, dia iri hati kepada kau kerana kau bakal memiliki kuasa Morion manakala dia hanya mendapat kuasa Opal. Jadi dia mahu membunuh dan menyamar sebagai kau. Namanya Rossy."

Ainaure terkelu. Dia lihat sahaja tubuh Rossy diangkat oleh asap hitam kemudian dibawa pergi.

"Kau terima sahaja tawaran Onyx itu, hidup kau bakal senang seperti aku."

Citrine tersengih sinis. Dia mula menggesek perlahan biola miliknya sehingga mengakibatkan Ainaure yang berada di situ mula terasa sakit dibahagian kepala.

Dengan langkah tergesa-gesa, dia berlari keluar dari hutan itu.

Dari kejauhan, sebuah bayang hitam muncul dihadapan Citrine. Citrine berhenti menggesek. Tubuhnya kaku disitu sebelum terbaring lemah.

Tubuhnya terangkat lalu dibawa ke sebuah gudang berhampiran. Bayang hitam itu mula jelas sesusuk tubuh tegap lelaki. Dia tersengih sinis sehingga taringnya jelas kelihatan.

 Dia tersengih sinis sehingga taringnya jelas kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Dengan langkah termengah-mengah, Ainaure menghampiri Sherl yang sedang menyantap makanan kegemarannya. Bangkai ular.

Suapannya terhenti apabila kelibat Ainaure yang jatuh terduduk hormat kearahnya. Mata Sherl berguling tajam sebelum mengukirkan senyuman palsu buat Ainaure.

"Ya?"

"A- aku.."

"Terima tawaran itu.."

"Kau akan berkuasa dari segala makhluk di galaksi.."

"A- aku.."

"Kau akan disanjung dan ditakuti.."

"Kau akan menjadi permaisuri yang dikenali.."

Kepalanya dipegang. Kata-kata yang terngiang-ngiang mula menyesakkan kepalanya.

"Kau akan menjadi lebih kuat.."

"Kau akan dapat rasa apa itu erti sebenar sebuah keluarga.."

Ainaure mengangkat wajah.

"Aku terima tawaran itu."

Sherl menyedut sejenis cecair bewarna merah dari cawan emasnya.Dia berdiri sambil tersenyum senget.

Sherl menghampiri Ainaure lalu pipi Ainaure ditepuk lembut.

"Kau akan 'miliki' segalanya, sayang."













~kalau delete cerita ni boleh tak? bila baca dari awal mcm tak best je

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now