14:A N E H

138 13 2
                                    


"Sebelum gugurnya kelopak keempat sebelum ini, terjadi satu peperangan antara ayahanda dan beberapa ekor makhluk dan satu darinya menggelar dirinya sebagai permaisuri kerajaan Carbonado. Ayahanda pergi mengejar makhluk itu namun pada masa yang sama, bonda terkena sihir sewaktu mahu menyelamatkan kami berenam. Tetapi pada ketika itu jugalah, Mutiara harus dilahirkan serta-merta kerana sihir itu mula merebak ke tubuh bonda dengan cepat."

Melissa memeluk tubuh kecil Mutiara.
"Carbonado?! Apa yang terjadi kepada permaisuri Stella?"

"Bonda menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika itu juga. Tubuhnya telah disemayam di kolam diraja istana."

Mereka menunduk.

"Beta berdukacita atas kemangkatan bonda kamu."

Leron memandang Jaide yang memandangnya lalu mengangguk. Jaide bangun lalu melangkah ke tengah istana kemudian menghentakkan kakinya ke lantai istana.

Lantai istana mula terbelah. Bunyi jeritan dan raungan membingitkan telinga mula kedengaran kuat di cuping telinga.

Beberapa saat kemudian muncul satu makhluk hitam yang dirantai meronta-ronta ingin melepaskan diri.

"Adakah makhluk ini sama seperti yang menyerang istana dahulu?" Puteri Kemboja menekup mulut.

"Y-ya, tetapi saiznya besar dua kali ganda dari yang ini manakala makhluk yang menggelarkan dirinya sebagai permaisuri itu tubuhnya seperti kita namun lebih berkuasa darinya."

"Kerajaan Carbonado. Kamu pernah dengar tentang kerajaan itu?"

"Aurora pernah membaca tentangnya. Kalau tidak silap, kerajaan itu terletak di lohong hitam . Kerajaan ini merupakan tempat dimana makhluk-makhluk buas dikurung dan tidak pernah dikunjung oleh mana-mana makhluk kerajaan lain. Kerajaan ini seperti satu tempat dimana kejahatan terlahir. Kerajaan ini hanya dihuni oleh makhluk yang pernah melanggar peraturan alam seperti ahli sihir, gergasi, pengguna tegar magik larangan dan bermacam lagi. Tiada siapa yang boleh keluar atau masuk tanpa ilmu sihir berkuasa seperti dewa langit."

Mereka berpandangan sesama sendiri. Wajah masing-masing menunjukkan emosi penuh tanda tanya.

"Jadi bagaimana mereka boleh terlepas?"

---

Di dalam sebuah gua suci yang sebelumnya menjadi tempat tinggal tabib serta tukang tilik dan kini telah menjadi kawasan larangan, beberapa bayangan hitam kelihatan berkeliaran bebas.

Air terjun suci yang mengalir air biru terlihat ditatap tajam oleh seekor makhluk. Biasan permata Tanzanite menarik perhatiannya sehingga dia bertindak ingin mencapai permata disebalik air terjun itu.

 Biasan permata Tanzanite menarik perhatiannya sehingga dia bertindak ingin mencapai permata disebalik air terjun itu

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


Dia cuba untuk menyentuh air itu namun tangannya seakan dihalang oleh sejenis sihir yang cukup kuat.

Dahinya berkerut kecil. Dengan wajah angkuhnya dia berlalu kemudian matanya meliar ke setiap pelusuk gua.

Matanya terpaku kearah sesusuk tubuh yang kaku di dinding gua yang dipenuhi dengan batu-batu besar yang bertaburan di sekelilingnya.

Kakinya melangkah menghampiri tubuh itu. Tersumbing senyuman menggerunkan di bibir hitamnya.

"Ainaure?"

Suara tawaan sinis memenuhi ruangan gua. Wajah tubuh kaku yang dipanggil Ainaure itu diusap lembut sebelum turun ke dadanya yang terlihat jantung yang masih berdegup.

"liberigu ĝin de magio."

Dia menghembus sejenis serbuk bewarna hitam tepat ke arah jantung itu sebelum ia tiba-tiba terhenti.

Dengan perlahan jantung itu mula bergerak semula kemudian berdegup kencang. Kulit dadanya yang terkoyak perlahan-lahan tercantum semula. Tubuh kaku Ainaure melembik lalu terlorot jatuh di kaki makhluk itu. Nafas ditarik dan dihembus payah.

Dia terbatuk kecil seraya memuntahkan cecair hitam pekat.

Ainaure mengangkat kepalanya. Makhluk itu tersenyum lebar kemudian mengusap kepalanya lembut.

"Mari pulang, anakku."

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora