22:X A V I E R

69 6 0
                                    

"Perkenalkan tetamu kehormat kerajaan dimensi permata, Puteri Kemboja dari kerajaan dimensi bunga,"

"Dimensi bunga?"

"7 puteri?"

"Atas urusan apa kedatangan mereka kemari?"

Kedengaran suara-suara yang bercampur aduk mengisi ruangan itu.

Leron menepuk tangannya sekali. Sebuah meja bulat terbentang luas di ruangan itu. Tengah-tengah pula terdapat ruang bulat besar yang ternyata menjadi tanda tanya apabila kelihatan bentuk kunci yang berkelip dipermukaan lantai.

Seisi dewan seakan faham dengan situasi mula beransur ke ruangan lain. Hanya tinggal kerabat yang berpangkat tinggi sahaja seperti 'Raja' dan 'Permaisuri' serta 'putera atau puteri mahkota' sahaja yang mula mengambil tempat di setiap bangku krytal.

Tinggal enam kerusi kosong yang masih belum dihuni. Perlahan 6 puteri Kemboja mengambil tempat manakala Mutiara berlari anak ke arah Krystal yang baru memunculkan diri.

"Dimana bonda?"

"Masih di dalam. Krystal masuk dulu."
Krystal memimpin tangan kecil Mutiara.

Leron mengangguk.

Mereka memulakan mesyuarat mereka dengan wajah serius. Satu-satu perbincangan dibuka termasuklah perkara yang telah terjadi dan bakal terjadi.

"Jadi kamu menghantar Jaide untuk menjejaki Raja Xavier?"

"Ya, dan sekarang kami hanya menunggu ketibaannya semula dalam masa terdekat."

"Makhluk apa pula kali ini?"

"Makhluk dari lohong hitam. Seperti yang telah sediamaklum, makhluk dari lohong hitam bukan boleh diambil ringan. Cara mereka membebaskan diri juga masih tidak dapat kita ketahui, kita perlu siasat."

"Mereka sudah lama membuat kacau dengan mengambil jiwa-jiwa puteri dari seluruh dimensi, tidak terkecuali adindamu, Fellixe."

Raja Fellixe hanya termenung. Bayangan sewaktu kecil dahulu berputar kembali.

"Kalau begitu, kita harus menjejaki mereka walau apa jua sekalipun. Lohong hitam harus kita bersemuka dengan penjaganya. Hal ini menjadi semakin berat!"

Zzup!

"Uhuk! Uhuk!"

"Ayahanda!" Puteri Kemboja berlari mendapatkan ayahanda mereka yang terduduk lemah.

"Xavier? Bagaimana kau boleh berada di sini? Dimana Jaide?"

Dengan terketar-ketar Xavier berbicara. Dia mengangkat wajahnya memandang setiap makhluk di situ.

"Mer- mereka uhuk huk- , menangkap Darren, pas- pasukan Elite, ..."

Tangannya cuba diangkat untuk memegang wajah puterinya namun tidak kesampaian. Tubuhnya layu di pangkuan Aurora.

"Ayahanda!" Puteri Kemboja merintih pilu melihat wajah ayahanda mereka memucat.

"Pengawal! Papah Raja Xavier dan tempatkan ia di kamar tetamu diraja."
Leron berwajah serius. Suasana mula menjadi tegang.

Leron menepuk bahu Xierve kemudian berbicara tegas.

"Xierve kau tahu apa yang harus kau lakukan."

"Menjunjung perintah tuanku."

---

Setelah mesyuarat tamat, Xierve menapak ke kamar yang menempatkan Raja Xavier. Dia berdehem sehingga menarik perhatian Puteri Kemboja yang menjaga ayahanda mereka.

"Maaf, Amber. Boleh kita berbicara sebentar."

Amber melihat kakandanya. Mereka mengangguk tanda bersetuju.
Amber mengesat air matanya. Perlahan dia bangun lalu berdiri tegak di hadapan Xierve.

"Ya Dousky?"

"Begini, saya perlukan bantuan awak untuk menjejak Jaide. Saya.. awak pun tahu kuasa saya bertambah kuat apabila awak mengeluarkan aura merah. Jadi.."

"Baik. Saya mahu membalas jasanya kerana telah menyelamatkan ayahanda!"

Xierve dan Amber menuju ke luar istana. Mereka berdiri betul-betul di taman diraja.

Amber hanya memerhati kelakuan Xierve yang memejam mata.

"Ergh.."

Perlahan-lahan tubuh Xierve bertukar menjadi seekor kuda bersayap.

Mereka saling bertatapan buat seketika.

"Naiklah."

"Huh?"

"Tunggangilah aku segera. Kita harus sampai disana sebelum gelap."

"Oh, baik."

Amber melabuhkan punggungnya pada pelana di atas tubuh belakang Xierve dengan berhati-hati.





~Minggu depan tinggal 1 je paper untuk pra SPM lepastu trial ha ha saya okay😌

ii.Krystal dan Tujuh Puteri Kemboja[SU]Where stories live. Discover now