☏Chapter 1☏

700 54 3
                                    


"Maafkan aku...!  aku janji takkan tengking kau lagi! Aku janji takkan buli kau! Tolong lepaskan aku!!", rayu seorang pemuda dengan badan yang penuh luka. Pemuda tersebut berlari sekuat hati untuk menyelamatkan dirinya yang sangat tipis untuk diselamatkan. Namun, malang tidak berbau, dia akhirnya jumpa jalan mati. Dia tidak tahu ke mana lagi dia perlu pergi. Nak panjat dinding yang tinggi tetapi gagal kerana badan dia yang gempal dan pendek.



"Nak pergi mana tu?", suara garau yang semakin menghampiri lelaki malang itu semakin jelas kedengaran. Hembusan nafasnya yang kuat menunjukkan betapa takutnya dia untuk menghadap ajal maut.


Tak lama kemudian sesusuk tubuh manusia tinggi lampai menghampiri lelaki malang tersebut. Tangannya memegang erat kapak yang berlumuran darah.


Darah manusia.



"Aydan.. aku merayu sangat.. Jangan bunuh aku... please...", pinta lelaki itu.
Pemuda tinggi lampai itu mulai tersenyum apabila namanya disebut. Mahu sahaja dia ketawa ketika itu. Kenapa baru sekarang mahu pinta pujuk rayu? Sudah terlambat wahai rakan sekerja. Atau bekas rakan sekerja.


"Shhh..."

"Aku dah kata... Jangan lari... Kalau kau lari... Makin susahlah aku nak buat kerja... Dan makin sakitlah keperitan yang kau akan alami", Kata Aydan.


Aydan mengangkat tangannya kemudian dihayun ke arah lelaki malang tersebut.



Tepat di leher. Percikan darah membanjiri kawasan. Ibarat hujan.



Bersama senyuman yang puas, akhirnya lelaki itu sudah tidak bersuara. Tiada pujuk rayu dan paling penting dia tidak lagi memunculkan diri di hadapannya. Aydan memandang mayat yang terkulai di atas jalan dengan wajah yang sangat gembira.


"MATI MATI MATI MATI!", ilai ketawa Aydan terpampang riak kagum dan bangga. Nasib baik jalan itu sunyi atau boleh dikatakan tempat yang tak ada manusia mahupun cctv. Pandai dia cari lokasi pembunuhan.


Aydan tak berhenti menikam lelaki malang itu dengan kapak besinya. Makin banyak darah yang memercik pada wajah Aydan, makin puas dia.

Aydan mengeluarkan buku kecil hitamnya lalu menulis sesuatu. Senyumannya tak lengkang dari bibir munggilnya. Kulit buku itu terdapat hiasan glitter emas berbentuk bunga ros.

Dia melihat sekeliling sambil merengus geram. "Tak guna.. disebabkan engkau lari, tak pasal-pasal aku kena buat banyak kerja", Aydan melepaskan geram dengan menyepak perut lelaki tersebut. Atau mayat.

Dia mengemas kawasan pembunuhan tersebut. Walaupun menyusahkan tapi dia tetap gembira kerana salah satu hajatnya telah terlaksana.

Mayat itu dimasukkan ke dalam bonet keretanya. "Aku ingat nak gantung kau tapi kepala kau tercabut.. macam mana ni?", bingung Aydan. Namun, dia tetap memulakan langkah dan pergi daripada kawasan tersebut.

Kenderaan yang dibawanya semakin hilang dek kabus.

★★★★★
Coretan Author
Hai! Silalah support saya dengan tekan butang vote hahahahahahha.  Saya harap ramailah yang mahu baca story ini. Harap sangat!

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now