☏Chapter 21☏ ☆End☆

227 14 5
                                    

Akhirnya.. Aydan ditangkap. Siapa yang tangkap dia?

Pembunuh bersiri yang paling kuat.

Aydan merenung Noel. Kepala Aydan masih berdarah tapi kesakitannya seolah-olah tidak dapat dirasakan saat melihat kelibat Noel.

Kenapa dia ada di sini? Apa dia buat? Siapa dia ni? Pelbagai persoalan hadir dalam diri Aydan.

Noel berjalan mundar mandir sambil membaca buku nota hitam milik Aydan.

"Aku dah tengok papan hitam kau kat ruang tamu... Tengok daripada semua catatan itu...", Noel memberhentikan langkah.

"Maknanya syarikat Airnines bukan target pertama kau, kan?", sambung Noel. Aydan tidak menjawab.

Noel mengeluh. "Aku tahu kau takkan jawab"

"Sebab itulah aku dah selidik semuanya dengan teliti"

"Dah berapa lama kau buat kerja ni?", tanya Noel.

Aydan mencebik. "Bukan ke kau kata kau dah selidik? Kenapa tanya aku lagi?", Aydan menjeling Noel.

"Hmm... sebab... Aku lagi suka dengar pengakuan daripada si pelaku itu sendiri", Noel mencuit pipi Aydan.

"Ada pepatah... pembunuh takkan berkurangan kalau kita bunuh seorang pembunuh... tapi aku tak setuju... nak tahu kenapa?", Noel mula berteka-teki.

Untuk seketika suasana sunyi. Aydan langsung tidak bersuara.

"Bosanlah... apa kata kau buka mulut sikit... haih... takpelah.. aku beritahu juga...", Noel mengusap kepala Aydan.

"Sebab aku bukan bunuh seorang sahaja..."

Aydan tersenyum. "Jadi, aku ni mangsa ke berapa?", Aydan merenung Noel.

"Hmmm.... berapa eh? kelima? Tak ingat", Noel ketawa sendirian.

"ohh... lima orang je... ramai lagi aku punya...", Aydan berasa bangga.

"Tapi aku bunuh pembunuh... Kenalah ada usaha lebih sikit sebab diorang ada pengalaman membunuh..", Noel memandang Aydan dengan reaksi suci.

Meluat.

"Kau bunuh orang sombong je... dasar keanak-anakan", perli Noel.

"Kau bunuh diorang sebab mereka buat kau teringat dekat Tuan Harry, kan?", tanya Noel lagi.

Mendengarkan nama Harry sahaja sudah buat Aydan benci.

"Jadi kau bunuh orang lain dahulu sebelum kau datang kat Syarikat Airnines... Sebab kau tahu kekuatan musuh sebenar kau..."

"...Tapi kau lupa, aku pun cari kau..", sambung Noel.


Aydan mengeluh. Noel kehairanan. "Kenapa? aku banyak sangat cakap ke?"

"Kau nak bunuh aku kan... kenapa tak bunuh aku terus...", Aydan menggoyangkan sedikit badannya. Rimas!

"Sebab aku cuba ikut teknik pembunuhan kau... aku suka teknik kau.. unik", mata Noel bersinar. Aydan tidak bersuara lagi.

"Bila fikir balik... Kaulah yang selalu menghendap rumah aku, kan?", tiba-tiba Aydan bersuara. "Kau perasan? Maknanya aku tak sesuai la jadi penghendap", Noel menepuk dahinya.

"Apa-apa pun, aku dah baca semua benda yang kau tinggalkan kat dalam rumah ni. Aku pun dapat tahu yang kau ada kaitan dengan pembunuhan Tuan Harry.. Aku bersimpati atas kematian mak kau...", Noel mengusap air mata palsunya.

Aydan senyum sinis. "Nampak macam tak ikhlas je"

"Kejujuran perlu ikhlas ke?", Noel memandang Aydan.

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now