☏Chapter 19☏

142 13 0
                                    

Noel berdiri kaku di hadapan rumah Aydan. Dia memegang parangnya dengan kemas kemudian menekan punat loceng. Namun tiada jawapan. Noel berasa hairan. Dia menjongketkan sedikit kakinya untuk mencuri tengok rumah Aydan.

Gelap.

Dia tidur mati atau dia tiada di rumah?

Kereta di garaj Aydan juga tiada.

Dia keluar?

Patutkah dia telefon Aydan? Noel menggelengkan kepalanya.

Tak boleh! Aku akan tunggu dia!



Mana perginya Aydan?!!


☎☎☎☎
Aydan mengenakan hoodie dan sarung tangan hitamnya. Tangan dia memegang beg hitam. Dia memakai topeng muka dan topi supaya orang lain tidak dapat melihat wajahnya.

Aydan berdiri di hadapan salah satu rumah apartment. Yang pasti orang yang dia target akan dalam bahaya. Kemudian, Aydan terdengar lif terbuka lalu dia dengan segera berpaling daripada pintu rumah tersebut.

Seorang wanita bertumit tinggi jalan terhuyung hayang menghampiri rumah yang Aydan berdiri sedari tadi. Natrah membuka pintu dalam keadaan mabuk. Apabila dia buka pintu rumahnya, Aydan memegang pintu tersebut daripada tertutup.

Disebabkan Natrah dalam keadaan mabuk, dia tidak perasan akan kehadiran Aydan.

Aydan tersenyum dan berjalan dengan perlahan-lahan di belakang Natrah. Natrah pula berjalan ke arah biliknya dan mencampakkan beg tangannya di atas lantai.

Dalam keadaan yang senyap, Aydan sudah bersiap sedia untuk memulakan aktivitinya. Tangannya memegang tukul kayu yang dia jumpa di tempat rak kasut Natrah. Mungkin tukul ini sebagai kaedah pertahanan diri untuk Natrah kut.

Tapi sayangnya, tukul ini akhirnya akan mencederakan tuan punya badan. Natrah sempat menoleh kebelakang dan saat itu mata Aydan dan Natrah bertembung. Natrah membeliakkan matanya. Dia mahu menjerit namun Aydan segera menerkup mulut dia untuk senyap. Natrah tersedu sedan sambil mengangguk faham.

Lalu Aydan melepaskan tekupan itu.

"Kau dah nampak aku... Maknanya aku kena hapuskan kau", Aydan mencangkung sambil melihat wajah Natrah yang sugul. "Kau... Aydan kan... Apa kau nak dari aku?", Natrah memeberanikan diri untuk bersuara. Dia kenal suara Aydan macam mana. Aydan mendiamkan diri seketika.



"Aku... nak apa ye?"






"Ah aku nak bunuh kau...", Aydan menarik topeng mukanya. Jelas wajahnya kelihatan senang apabila melihat reaksi mangsa seterusnya.


Natrah memejamkan matanya. Dia sangat takut. "Tolong... jangan apa-apakan aku... Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau", rayu Natrah.

"Kau tak nak panggil superhero kau?", tanya Aydan.



Natrah terkejut. Seluruh badannya menggeletar.




"Berapa lama korang buat hubungan sulit ek? Pergi hotel.... korang buat apa?", Aydan seperti ingin tahu.




Natrah sangat takut sehinggakan dia tidak berani untuk memandang Aydan.


"Aku tanya ni... jawablah", Aydan menarik muka Natrah dengan kasar. Air mata Natrah berjuraian bersama peluhnya.


Sungguh senang hati melihat mangsa seterusnya memberi reaksi sebegitu.



Aydan menolak kepala Natrah dengan kasar.



"Jangan apa-apakan bayi aku...", tiba-tiba sahaja Natrah bersuara. Dia melutut di hadapan Aydan. Aydan memandang Natrah dengan pandangan kosong.


"Biarlah aku bunuh korang... supaya korang boleh bahagia bersama....",Aydan  memegang tukul kayu tersebut.





Natrah menangis dengan kuat. Aydan menghampiri Natrah. "Shhh... Janganlah nangis.. Aku nak bahagiakan korang... Kenapa nak nangis...", tanya Aydan sambil meletakkan jari telunjuknya ke arah mulut Natrah.



"Apa maksud kau... ", Natrah cuak.



"Oh ya, lupa nak bagitau.. Aku bunuh dia", balas Aydan.



"Aku bunuh Encik Merb", sambungnya.



Sungguh jawapan tersebut menybabkan hati Natrah seperti berkecai. Dia memandang perutnya. Apa patut dia buat? Patutkah dia gugurkan? Dia tidak boleh biarkan sesiapa pun tahu pasal kandungan ini.. Semuanya sia-sia sahaja.



Pada mulanya, Natrah merancang mahu mengugut Encik Merb tentang bayi tersebut dengan memberikan wang atau sebiji rumah banglo namun, semua hasratnya musnah.


"TIPU!! KAU TIPUUU!!!", tengking Natrah. Dia menolak kasar Aydan lalu pergi ke arah ruabg tamu untuk mengambil telefon bimbitnya. Dengan segera dia menekan punat dail.

Aydan masih berdiri kaku di dalam bilik.

Tak lama kemudian---
Trutt---Trutt----

Peluh semakin banyak di dahi Natrah. Dia menoleh kebelakang. Aydan memegang telefon pintar milik Encik Merb.

Natrah menjauhi Aydan.


"Hahahahaha.... lembap juga ya kau ni", Aydan mengusap wajahnya.


"Kenapa kau tak nak telefon polis je? Daripada telefon pakwe kau yang dah mati ni...", Aydan segera mencengkam leher Natrah. Telefonnya dilepaskan. Aydan menyepak telefon tersebut menjauhi Natrah.



"Biar aku bunuh kau dan kandungan ni... kau boleh bersabar....", makin lama cengkaman tersebut semakin kuat. Natrah kehilangan daya untuk berlawan. Dia tidak mampu untuk bernafas.


Dalam beberapa minit, Natrah tidak memberi apa-apa tindak balas. Aydan melepaskan cengkaman tersebut apabila sudah pasti akan keadaan Natrah.


Natrah diusung oleh Aydan ke kamar tidur. Dia menggantungkan Natrah seperti mana dia lakukan terhadap mangsanya yang lain.


Aydan membetulkan sarung tangan hitamnya dan topeng muka.


"Baiklah... kita mulakan operasi..."

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now