☏Chapter 5☏

268 24 3
                                    

"Selamat pagi semua. Saya Executive baru korang, nama saya Noel George", Noel memandang setiap seorang pekerjanya dengan senyuman di bibir.

Aydan mengangguk-angguk seolah-olah dia minat tapi sebenarnya fikiran dia sudah jauh menerawang. Noel melihat Aydan dan menghampirinya. Aydan berasa aneh namun dia tetap memberikan senyuman.

Tiba-tiba Noel merapati wajahnya ke telinga Aydan seperti hendak berbisik sesuatu. "Aku suka bau kau",Noel memperlahankan suaranya supaya pekerja lain tidak mendengar. Aydan tergamam. Pekerja lain yang melihatnya tercengang. Terkejut mungkin.

Noel yang menyedari telah diperhati oleh pekerjanya segera mengalih pandangan kemudian dia ketawa. "Jangan fikir bukanlah! hahahah",Noel ketawa terkekeh-kekeh.

Dia menepuk bahu Aydan spontan. "Saya suka pekerja rajin macam awak. Teruskan ya", Noel mengenyitkan mata.

Semua orang menjeling Aydan meluat. Menyampah! "Bukannya dia dah lama kerja dengan si lembik ni", walaupun mereka berbisik antara satu sama lain, Aydan tetap dapat mendengar. Dia hanya mengabaikan cemuhan netizen. Malas nak ambil tahu.

Namun selepas executive barunya beredar, Aydan tiba-tiba terasa tekanan. Tangannya menggeletar. Darah Aydan Berderau sekelip mata. Siapa dia ni? Apa yang dia tahu pasal aku? Pelbagai persoalan bermain di dalam minda Aydan.


"Aydan. Tolong siapkan portfolio ini. Saya mahu awak siapkan sebelum habis kerja",arah Encik Merb. Aduh lagi sorang ni. Maka keadaan pun berjalan seperti biasa.


"Oh ya, by the way... kita ziarah keluarga si cengal lepas habis kerja. Jadi pastikan semua kerja yang saya minta awak semua siapkan hari ini selesai dengan segera", tegas Encik Merb. Mood dia tak berapa bagus hari ini. Semua pekerja di situ tahu bahawa hubungan Encik Merb dengan si Cengal sangat rapat.

Aydan masih dalam keadaan yang tenang. Seronok lihat mereka yang masih tidak tahu bahawa dalam kalangan mereka itu adalah seorang pembunuh. Aydan hampir sahaja mahu ketawa tapi dia segera menahannya.

"Kalaulah aku tahu siapa pembunuhnya.. Siaplah aku kerjakan",bisik Encik Merb.

☏☏☏☏

Aydan seperti biasa, pergi ke atas bangunan untuk melepaskan segala penat lelahnya. Sambil membawa air kopi segera dari mesin di kafeteria, Aydan mengeluh berat.

Kemudian dia melihat kawasan bertentangan tempat dia berdiri. Dia melihat Noel. Nampaknya lepas ni dia akan selalu bertembung dengan majikannya di atas bangunan.

Noel menghentakkan tangan di atas pagar besi yang menjadi dinding untuk mengelakkan daripada orang jatuh bangunan.

Alaaa... faham kan? Okey fokus balik kepada cerita.

Reaksi Aydan berubah saat melihat tingkah Noel dari jauh.

"Lembap",muka Noel kemerahan akibat menahan amarah.

Noel mengeluh kuat. Dia menggenggam tangannya seperti penumbuk. "Tak habis-habis nak menangkan budak mentah itu"

"Encik buat apa di sini",sungguh Noel tidak perasan akan kehadiran Aydan di belakangnya. Noel segera menoleh dan melihat gelagat Aydan yang berdiri kaku.

"Ohh... saya... ambil angin kejap",Noel cuba berbasi-basi.

Tipu.

"Masalah? Takpe... saya faham.. Saya dah selalu nampak orang buat macam tu kat sini... Ada yang sampai gaduh", Aydan cuba menahan tawa. Lembap betul diorang.

"Hahahahah serius la sampai gaduh?",tanya Noel dengan tawa. Aydan mengangguk-angguk.

"Jadi... kau mesti selalu lepak di sini, kan?", tanya Noel. Kini Aydan pula yang memberi senyuman. "Ya"

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now