☏Chapter 13☏

159 16 0
                                    

"Sebenarnya, selepas insiden kebakaran itu, papa suruh Uncle Joy jaga Noah. Ingat tak, rumah kita habis terbakar", luah Harry.

Semua pandang silih berganti. Tiada respon langsung. Hanya jelingan daripada dua beranak yang masih tidak boleh menerima hakikat tentang kewujudan abangnya. Harry mengeluh berat.

.
.
.
Noel dan Hyorim masih memandang Noah. Harry pula bergosip dengan dua pegawai polis itu dan Aydan pula sekali sekala menjeling pergerakan pegawai itu. Dalam benaknya ada sedikit penyesalan sebab terima pelawaan Noel untuk sertai makan malam ini.

"Hei, kau tahu tentang pembunuh yang digelar sebagai pembunuh diri?", tanya Inspektor Joy. Harry mengangkat kening kemudian dia memandang Inspektor Joy. "Pembunuh diri? Oh, itu kes yang kau tengah siasat tu, kan??", Harry membalas dengan pertanyaan. Inspektor Joy mengangguk.

"Ceritalah, apa yang berlaku? Kenapa orang ramai panggil dia macam tu?", perasaan ingin tahu Harry membuak-buak. "Sebenarnya... kami masih siasat lagi.. Tapi ada sesuatu yang kau perlu tahu", Inspektor Joy merapatkan wajahnya dengan telinga Harry.

"Mereka dibunuh dengan ngeri",bisik Inspektor Joy. Pegawai Shyn menyiku ketuanya. "Rasanya... tak manis kalau kita cakap benda ni depan makanan, kan?", Pegawai Shyn memandang Inspektor Joy.

Harry memberi isyarat tangan. "Takpe... Saya okey je lagipun anak saya bukannya dengar", sekali sekalai Harry melirik pergerakan anak beranaknya. "Oh Aydan... awak okey ke?", tanya Harry apabila menyedari kewujudan Aydan. Aydan menggelengkan kepalanya. Sebenarnya dia pun minat untuk tahu. Dia nak tahu apa dapatan kajian yang dua polis ini dapat.

"Macam ni... dua hari lepas, kami temui mangsa baharu.. Kau mesti terkejut. Kitorang tak nak sebarkan lagi perkara ini sebab penyiasatan ini sulit", Inspektor Joy memulakan bicara. Aydan ralit makan padahal telinganya ligat memasang topik hangat yang dibicarakan itu.

"Ada tak salah seorang pekerja kau yang tidak datang kerja?",tanya Inspektor Joy. Harry memandang rakannya. Kemudian, dia pandang Noel. "Saya rasa ada salah seorang pekerja daripada bahagian pemasaran yang tidak datang kerja hampir seminggu... betulkan Noel?", tanya Harry. Lamunan Noel mati lalu dia mengiakan. "Namanya En. Merb",ringkas Noel. Noah melihat Noel kemudian dia tersenyum.

"Bingo! Kami jumpa mayat dia kemarin", semua terkejut. Aydan memandang InspektorJoy. Dah jumpa rupanya. "Seperti biasa, corak pembunuhan yang sama namun kali ni mulut mangsa kena jahit", Inspektor Joy perlahankan suaranya. Lagi sekali Noah memandang Noel.

Pegawai Shyn melihat Aydan yang masih tercengang mendengar berita sebegitu. "Awak okey ke?", tanya Pegawai Shyn kepada Aydan. Aydan memandang pegawai tersebut dan mengukir senyuman.

Senyuman tersebut membuatkan pipi Pegawai Shyn kemerahan. Handsomenya! 

"Saya okey sahaja... saya harap awak dapat tangkap pembunuh tu", Aydan memberi semangat. Lagi sekali Pegawai Shyn senyum malu lalu dia mengangguk.

Cubalah tangkap aku kalau boleh. Aydan senyum sinis dalam diam.

Noel melihat gelagat Aydan. Dia berasa kurang senang dengan reaksi yang Aydan berikan.

Harry membuat gaya seolah-olah terkejut. "Nampaknya pembunuh itu semakin melampau... Kami kena tangkap dia dengan segera", Inspektor Joy menggenggam tangannya kuat. Nampaknya dia seperti sudah tekad dengan keputusannya.

Selesai sudah makan malam. Inspektor Joy dan Pegawai Shyn menunggu Noah yang ingin jumpa Harry di dalam bilik kerja.

"Papa... kenapa Noah ada kat sini...", bisik Hyorim kepada Harry. Harry tersenyum dan mengusap kepala Hyorim. "Dia cuma datang untuk makan malam sahaja... takpela... korang pon dah lama tak jumpa dia, kan?", Hyorim tidak membalas kata-kata ayahnya. Kemudian Noah muncul dan mengetuk pintu bilik. Hyorim tersentak lalu dia keluar dari biliknya.

"Ada sebab papa jemput makan malam..",Harry menghampiri pintu bilik lalu mengunci dari dalam. Noah melihat gelagat Harry dan masih dengan senyumannya. Memang keluarga ni suka senyum ke?

"Pelik pula kalau Tuan panggil saya tanpa sebab", kata Noah.

Aydan melihat bunga rumah pengerusinya. Sesungguhnya bunga ros itu memberikan banyak nostalgia dalam hidupnya. Noel menepuk bahu Aydan. Lagi sekali Aydan terkejut dengan kehadiran Noel. Haishh.

"Jom balik, aku hantar kau", Noel dah bersiap sedia dengan kunci kereta miliknya. Aydan hanya menuruti sahaja.

☏☏☏
"Papa dah lama kenal kamu.. Daripada masa pertama kali kamu membunuh lagi...", sekelip mata riak wajah Noah bertukar serius. "Jadi Tuan nampaklah pembunuhan itu... Habistu, kenapa Tuan lepaskan saya?",tanya Noah hairan.

"Siapa kata saya lepaskan kamu?", Harry mengusap dagunya dan mengangkat kening. Noah memandang Harry dengan tidak selesa. "Papa cuma tunggu waktu yang sesuai sahaja", Harry menghampiri Noah.

Kemudian Harry mengangkat bahu. "Kamu kata nak berhenti membunuh tapi hakikatnya naluri membunuh kamu tetap takkan hilang", Harry memalingkan wajahnya. "Percayalah... Lagipun kita kan sama sahaja...", Noah tersenyum melihat gelagat ayahnya yang tak sedar diri.

"Saya tak membunuh mereka..", kata Noah dengan yakin. Harry mengangkat bahunya lagi. "Mungkin", jawab Harry ringkas lalu dia keluar dari bilik kerjanya dan meninggalkan Noah keseorangan.

"Dasar orang tua lupa diri! Dia lupa siapa yang tolong dia bila dia membunuh dulu... Haishhh Noel tak guna.. Kenapa kau bunuh diorang?!", Noah menendang meja kerja Harry dengan kasar.

☏☏☏
"Aydan.. dengar tak?", Noel memandang Aydan melalui cermin belakang. "Hmmm... aku dengar",Aydan masih mengelamun jauh. "Boraklah dengan aku... aku suruh kau duduk sebelah aku",rengek Noel. Rasa macam dia ni pemandu peribadi Aydan pula. Aydan berasa rimas.

Kereta yang dipandu oleh Noel berhenti di persimpangan untuk menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau. "Aku tahu siapa yang bunuh En. Merb", penyataan tersebut membuatkan Aydan berminat untuk mendengar. "Apa maksud kau?",tanya Aydan kurang selesa. "Ohhh... berita macam ni kau minat nak dengar pula?",perli Noel.

Sesungguhnya Aydan tiada masa untuk melayan lawak hambar Noel.

Aydan mengeluh sendirian lalu dia melihat kedai serbaneka. "Aku nak beli barang...", tanpa menunggu jawapan Noel, dia terus keluar dari perut kereta.

Noel pun mengeluh. Dia lupa ke siapa majikan dia ni? Kereta yang dibawanya di letakkan di sebelah kedai tersebut. Noel mematikan enjin kereta dan duduk di hadapan kedai. Ada tempat duduk, selesa sikit sebab boleh lihat langit.

Kedai serbaneka ni terletak betul-betul di sebelah persimpangan lampu isyarat mereka berhenti tadi. Aydan pula mengambil alat penguji kehamilan. Wait, what???! Anak dara mana dia dah buat mengandung ni.

Noel memandang kereta yang lalu lalang di hadapannya. Apabila lampu isyarat bertukar merah, sebuah kereta berhenti. Noel memandang kereta tersebut sebab dia rasa macam kenal kereta itu. "Eh, itukan Inspektor Joy dan Pegawai Shyn, kan?", Noel bermonolog. Mata Noel tertancap pada satu susuk tubuh di bahagian tempat duduk belakang. "Noah...", Noel memandang Noah yang ligat bermain telefon pintarnya. Lalu lampu isyarat pun bertukar hijau dan kereta tersebut bergerak ke persimpangan kanan.

Malang tak berbau... sebuah lori balak menghampiri kereta tersebut dari persimpangan kiri dan melanggar mereka hingga terpelanting. Mungkin 2 meter kut terpelanting.

Noel terkejut sehingga dia berdiri. Aydan yang terdengar bunyi hentam turut keluar dari kedai serbaneka.

Apa yang berlaku?

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now