☏Chapter 18☏

152 12 0
                                    

"Giliran kau pula Aydan..."

Noel mengemaskan barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Dia membersihkan diri dengan mandi. Takkanlah nak jemput 'tetamu' dengan bau hanyir darah pula, kan?

"Kesian dia... Kalaulah keluarga aku tak menjadi penyebab mak dia bunuh diri, Aydan takkan jadi macam ni...", kata Noel. "Tapi dia tetap pembunuh... Jadi, dia kena ikut protokol aku",sambungnya.

Noel menghidupkan enjin keretanya. Dia membawa diri untuk bertemu Aydan.

☎☎☎☎
Aydan pula sedang lena dibuai mimpi atau lebih kepada mengalami igauan mimpi ngeri.

Hakikatnya Aydan merupakan anak luar nikah. Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa lelaki yang selalu mendera ibunya itu adalah bapa kandungnya sendiri.

Dengar cerita lelaki itu berasal daripada keluarga kaya. Ibunya selalu memuji lelaki durjana itu. Adakah kekayaan sedemikian membuatkan ibunya buta dengan apa yang lelaki jahat itu buat terhadapnya?

Kalaulah ibunya tidak curang terhadap suaminya sehingga melahirkan anak luar nikah, pasti ibunya tidak akan dihalau. Tapi kalau perkara sebegini tidak berlaku, maka Aydan juga tidak akan wujud di dunia kejam ini.

Pada malam itu, Aydan hanya bertemankan mimpi ngeri.

20 tahun lalu,
Waktu itu, semua orang bersorak gembira menyambut Hari Natal. Tapi Aydan pula hanya disambut bersama tangisan dan kerisauan. Ibunya seringkali terdapat bengkak di bahagian belakang badannya. Lelaki itu selalu memukul ibunya di belakang.

Ada ayat yang dia tidak akan lupa. "Rupa awak cantik... sayang kalau saya pukul... Walaupun awak dah ada anak... awak tetap cantik..", lelaki itu selalu mengulangi ayat tersebut sebelum memukul ibunya. Aydan pada ketika itu hanya mampu menyorok di dalam kabinet dapur.

Ibunya pesan, jika lelaki itu datang, dia kena nyorok di dalam kabinet dapur. Kalau tidak, nyawa ibunya akan melayang. Sebab itu Aydan hanya akur. Sungguh dia takut apabila dengar teriakan ibunya.

Kalaulah mama dapat diselamatkan....

Aydan berasa menyesal kerana tidak keluar daripada kabinet dapur itu.

Suatu hari,
"Mama, Aydan dah pulang~!", Aydan pulang dengan gembira. Tapi kegembiraan dia mati apabila dia pergi ke bilik tidur ibunya. Sesusuk tubuh wanita bersama darah di bahagian perut sedang berdiri kaku sambil lehernya diikat dengan tali.

"Mama...?", Aydan menghampiri ibunya. Dia memegang kaki ibunya. "Kaki mama sejuk... mama... kenapa mama gantung kat atas?", tiada balasan.

"Mama...?"

Aydan menangis semahu-mahunya. Dia pasti bahawa ibunya bukan bunuh diri. Semuanya salah lelaki durjana itu!

Sehari selepas sambutan tahun baru, Aydan melawat tanah perkuburan ibunya. Kemudian, dia ternampak seorang lelaki berdiri kaku depan kubur ibu kesayangannya. "Sayangnya.. wajah yang cantik tapi mati begitu sahaja...", Aydan kenal suara itu!

Dia mengekori lelaki itu senyap-senyap. Inilah masanya untuk membalas dendam!

Hairannya, lelaki itu hanya berjalan kaki. Aydan mengekori dia tanpa ada syak wasangka. Tak lama kemudian tersergam sebuah rumah agam yang besar. Aydan takjub dengan reka bentuk rumah tersebut. Macam istana!

Tiba-tiba bayang lelaki itu hilang. Aydan kelam kabut kerana dia sendiri tidak tahu macam mana nak keluar daripada laluan hutan ini. Rumah agam itu terletak di tengah-tengah hutan. Malahan, tanah perkuburan ibunya juga terletak berhampiran rumah tersebut. Mungkin lelaki itu yang sengaja letak mayat ibunya berhampiran rumahnya kut.

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now