☏Chapter 6☏

246 25 3
                                    

Seminggu sudah berlalu sejak menziarahi kubur si cengal. Encik Merb masih murung dan suka cari fasal dengan Aydan dan Noel yang selalu support nya. Macam anak buah sahaja galaknya.

"Bila difikirkan balik... kita tak buat pun parti sambutan Tuan Noel kan?", tanya salah seorang staf. Aydan mengeluh berat. Kebetulan Noel dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Encik Merb.

Semua pekerja membuat tanda setuju. Noel memerhati setiap gelagat pekerjanya kemudian beralih pandangan ke arah Aydan.

"Idea yang menarik. Takpe, kali ini saya belanja!", kata-kata Noel menaikkan semangat pekerjanya. Aydan hanya mendiamkan diri. Kalau dia membantah, dia tetap akan dipaksa pergi juga.

Untuk seketika mereka semua lupa tentang kematian si cengal.

☎☎☎☎

Usai sahaja jam 5:15 petang, mereka semua bergerak serentak ke sebuah restoran barbeque.

Noel memulakan parti tersebut dengan sepatah dua kata kemudian mereka menyambut dengan segelas air karbonat.

Aydan yang sedari tadi tidak memberi apa-apa reaksi segera berdiri untuk mengambil angin di luar. Dia tahu yang Noel sedang melihat gelagatnya. Nak ikutlah tu.

"Buat apa sorang-sorang tu?", haish dia ni. Annoying lah. "Ambil angin sekejap",jawab Aydan ringkas.

"Kau bosan kan sebab join parti ni?",teka Noel.

Aku lagi bosan tengok kau ikut aku.

"Bolehlah...",Aydan mengiakan sahaja.

"Kalau takde undang-undang bagi seorang pembunuh...",Noel membiarkan ayatnya tergantung.

"Kau nak tak membunuh orang?",sambung Noel.

Lagi sekali dia tanya soalan pelik.

"Apa maksud Tuan?", Aydan berasa kurang selesa.

Dia tidak faham dengan majikannya ni.

Noel menghampiri Aydan. Sekelip mata riak muka Noel berubah. Matanya menjadi tajam. Tangannya mengusap bahu Aydan. Aydan tergamam.

"Aku bersimpati dengan nasib kau... Tapi kau jangan lupa undang-undang negara",bisik Noel.

Tangan Aydan cepat mencapai tangan Noel. "Saya tahu Tuan ni majikan saya tapi saya harap tuan tak sentuh bahu saya lagi".

Noel mengalah. "Sorry, my mistake",balas Noel bersahaja. Noel memalingkan wajahnya untuk sertai pekerjanya di dalam restoran barbeque.

"Tuan"
"Ya?",Noel terus toleh ke arah Aydan.
"Macam mana Tuan tahu si cengal bunuh diri?",tanya Aydan.
"Bunuh diri?"
"Hmmm..... bukankah semua tahu yang dia bunuh diri?",pertanyaan di balas tanya.

"Saya tak tahu",jawab Aydan ringkas.

"Saya cuma tahu dia kena bunuh sahaja",sambungnya. Noel mendiamkan diri. Kemudian dia tiba-tiba ketawa terbahak-bahak.

Aydan memandang Noel kosong.

"Siapa kau?", tanya Aydan.

"Wahhh, nampaknya kau dah selesa dengan aku, kan?",jawapan tersebut membuatkan Aydan semakin keliru.

"Oh ya, lagi satu.. Kenapa tuan kadang kala bercakap formal dan kadang kala tidak? Lagi-lagi dengan saya", tanya Aydan.


"Ye la kan.. baru perasan..", Noel menepuk dahinya.

"Mungkin sebab saya keliru samada perlu hormat awak sebagai manusia atau tidak..", sambung Noel.

Dahi Aydan berkerut.



Tidak lama kemudian, salah seorang staf memanggil Noel untuk masuk ke dalam. Noel pun masuk meninggalkan Aydan yang tersengang.

☆☆☆☆
Nampaknya semua pekerja sudah selesai menjamu selera. Mereka semua sudah kekenyangan. "Terima kasih Tuan sebab belanja kami!", Encik Merb menundukkan kepala ke arah Noel. Noel hanya mengangguk-anggukkan kepala.



Setelah parti kecil ini tamat, semua pekerja pun bersurai. Encik Merb memanggil Aydan untuk mengambil sesuatu di dalam keretanya. Mereka berdua berjalan di kawasan yang sunyi dan agak jauh daripada restoran tadi.

"Boleh ambilkan barang ni? Tolong letakkan dalam pejabat saya", arah Encik Merb. Aydan melihat fail-fail yang berselerak dalam kereta Encik Merb. Sudahlah dia badmood lepastu kena kerah tenaga malam-malam buta. Padahal fail ni boleh je bawa esok masa nak pergi kerja.

"Saya tak bawa kereta",Aydan membantah. Encik Merb mula merengus. "Saya tak suka tengok barang berselerak dalam kereta saya"

"Saya tak boleh angkat fail-fail ini seorang diri"

"PANGGIL SAHAJA TEKSI!! APA YANG SUSA----",

PANG!!

Kepala Encik Merb dihentakkan oleh Aydan ke arah pintu kereta.

GEDEBUK!

Aydan menarik tali lehernya untuk dilonggarkan. Rasa panas. Wajahnya kemerahan.

"Bising betul orang tua ni"

Bodoh betul orang tua ni. Parking kereta kat tempat gelap takde lampu. Senanglah kerja aku nak culik kau. Aydan merengus geram. Dia ingat aku taktau ke kegiatan dia. Setiap hari berdiri di kawasan ini sambil tunggu mana-mana gadis yang jalan keseorangan untuk memuaskan nafsu binatangnya. Sebab itu dia yang ajak nak pergi restoran kawasan ini.


Sekaranglah masanya. Misi berdarah akan berlangsung lagi. Aydan berasa girang. Sungguh tak sabar!



☎☎☎☎
Hi guys! Ayin harap korang sukalah kisah Aydan si pembunuh ini 🤭
Jangan lupa vote dan komen ya. Kasi lah Ayin tenaga sikit ☹️

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now