☏Chapter 20☏

145 12 0
                                    

Tubuh Badan Natrah ditarik oleh Aydan ke kamar tidurnya. Aydan menyediakan semua peralatannya di atas lantai. Dia mengikat tali dan gantungkan di kipas. Badan Natrah diikat dengan tali dan kemudian dia gantungkan badannya dalam keadaan berdiri. Tali yang digantung di kipas tersebut di masukkan kebahagian leher Natrah.

Natrah berdiri sambil diikat oleh tali yang mengikat badannya. Aydan membuka buku nota hitam miliknya dan menulis tarikh.

22 Mac 2020.
Natrah.

Tulisan tersebut menggunakan darah Natrah sebagai dakwat. Aydan mengambil picagari dan cucuk di bahagian lengan kanan Natrah sebelum dia ikat Natrah.


Tak lama kemudian, Natrah mengerang kesakitan. "Cepatnya kau bangun", Aydan bermonolog. Kepala Natrah berpinar-pinar.  Dia memandang sekeliling mengharapkan ianya mimpi sahaja namun harapan dia musnah apabila melihat tubuh badan Aydan yang tinggi lampai di hadapannya sambil memegang pisau.


Natrah menggeliat seperti cacing. Dia tak nak mati. Dia cuba untuk melepaskan diri.


Aydan mengabaikan Natrah sebab dia tahu wanita itu takkan dapat lepaskan diri.


"Nak tahu sesuatu, tak?", tanya Aydan. Natrah tidak membalas. Dia tiada masa untuk mengambil tahu memandangkan dia akan dibunuh.


"Cakaplah.... nak tahu sesuatu? hmmm... takpelah.. aku beritahu juga...", Aydan mengasah pisaunya.

"Kau nak tahu tak bahagian apa yang aku nak sangat toreh kat badan kau?", tanya Aydan. Natrah menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu tahu!

"Cakaplah sesuatu... aku bukannya saletip mulut kau...", Aydan menampar lembut pipi Natrah. "Aku... aku... tak tahu...", Natrah membalas dengan tangisan.

"Aku nak belah bahagian perut kau", dengar sahaja perkataan perut, Natrah sudah cuak. "Sebab aku nak tahu, macam mana rupa bayi dalam tu... agak-agak dia hodoh macam Encik Merb.... atau lawa macam kau?", Aydan menongkat dagu.


Kemudian Aydan mengeluarkan alat penguji kehamilan. "Tada~! Tengok ni. Aku semangat nak tahu betul atau tak kau ni mengandung... tapi rasanya benda ni tak diperlukan lagi", Aydan mencapak alat tersebut ke penjuru bilik tidur Natrah.

Tanpa belas kasihan. Aydan menghunus pisau tersebut ke arah perut Natrah. Darah mengalir keluar, Natrah menjerit kesakitan.

"Alamak! Aku lupa nak saletip mulut kau!", Aydan membiarkan pisau itu ditusuk ke dalam perut Natrah dan mengambil saletip. Mulut Natrah sudah disaletip.

"Siap pun!", Natrah sudah tidak bermaya.  Aydan mengangkat kening. "Dah tak jerit? cepatnya", Aydna berasa kecewa.


"Kau nak mati, tak?", Aydan tanya soalan yang sama lagi. Natrah memandang Aydan. Dia sudah tidak mampu untuk bergerak. Darah mengalir dengan banyak.


"Jadi... Matilah kau dengan dosa-dosa kau...", Aydan merenung tajam mata Natrah.


Natrah memejamkan matanya dan tidak bernafas lagi. Aydan mengemaskan peralatannya untuk bergegas pulang. Dia pastikan tiada kesan atau bukti aktiviti dia sebelum keluar daripada rumah.


Bunga ros emas diletakkan di atas katil Natrah.


Tiba-tiba bunyi siren polis kedengaran. Aydan memandang sekeliling.


Kemudian Aydan teringat tentang telefon pintar Natrah. Dia segera mengambil telefon tersebut. Dia melihat senarai panggilan dan nampak nombor pihak kecemasan a.k.a polis. Aydan menggenggam tangannya. Bila dia telefon?


Tak guna!



Aydan bergegas ke dapur dan melihat sekeliling. Dia memandang tingkap dapur dan cuba untuk keluar. Boleh ke dia keluar? Yang pasti dia kena selamatkan diri daripada polis tak guna itu.



Pintu diketuk kasar. Aydan sudah tiada masa lagi. Saat dia ingin melompat, pintu rumah Natrah telah pecah di tendang oleh polis. Aydan melompat keluar tingkap tanpa rasa gusar.



Tingkat berapa je pun! bisik hati kecil Aydan.


Aydan meninggalkan Natrah yang sudah tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan.


Apabila sudah mendarat, Aydan segera menyorokkan diri di sebalik dinding. Dia perlu berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Aydan mengusap peluhnya. Dia menanggalkan topeng muka hitam miliknya. Lengan bajunya dilipat. Sarung tangan hitam juga ditanggalkan lalu disimpan dalam begnya.


Aydan keluar daripada tempat persembunyiannya. Beberapa polis memandang Aydan. Aydan juga memandang polis tersebut. Agak lama.



"Awak dari mana?", tanya salah seorang anggota polis tersebut. Aydan memandang sekeliling. "Saya dari---"

"Tak nampak ke peluh-peluh dia tu, mestilah daripada bersenam, kan?", seorang pegawai polis menghampiri Aydan.


"Ahh.. yea... saya baru habis latihan badminton di gelanggang belakang bangunan...", Aydan menunjukkan gelanggang tersebut. Beberapa lelaki keluar daripada gelanggang tersebut sambil membawa beg roket badminton.


Fuh selamat!



Walkie talkie anggota polis tersebut berbunyi. "Ada seorang perempuan tergantung dalam bilik. Nampaknya dia sudah tidak bernyawa lagi. Detektif kena datang segera"


"Okey,saya datang", lelaki yang bergelar detektif itu meminta diri untuk pergi melihat mayat. Aydan mengangguk dan menuju ke arah kereta miliknya.

☏☏☏☏
Akhirnya Aydan sampai juga di hadapan rumahnya. Dia mengemaskan barangnya dan membuka pagar rumah. Tiba-tiba seorang lelaki memunculkan diri dan memukul kepala Aydan. Aydan mengerang kesakitan dan pengsan.
.
.
.
.
Kemudian Aydan tersedar daripada pengsan. Matanya berpinar akibat pukulan sebentar tadi. Dia melihat sekeliling sebelum ketahui keadaan sebenar.



Ini bukan rumah aku ke?



Aydan melihat dirinya yang sedang diikat. Lehernya juga dililit oleh tali. Dia berdiri dan ada tali yang mengikat tubuhnya menyebabkan dia terpaksa berdiri. Dia tidak boleh tersilap langkah. Jika Aydan bergerak, kerusi tersebut akan jatuh dan badan dia pasti akan terapung-apung macam rama-rama.

"Kau lupa ke?", Aydan mencari gerangan suara itu.


"Siapa kau?", tanya Aydan.



"Aku? hahahaha...", seorang lelaki keluar daripada kegelapan ruang tamu Aydan. Mata Aydan tidak berkelip apabila melihat lelaki itu.

Tak mungkin!




Noel?!

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now