☏Chapter 17☏

160 15 0
                                    

BANG! BANG!

Dua das tembakan dikenakan untuk Noah. Bersama aliran darah yang mengalih keluar daripada badan Noah, Noel seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku di hadapannya. Apa yang berlaku? Siapa yang gerangannya? Aydan ke? Bertubi-bertubi pertanyaan berada di fikirannya namun masih tiada jawapannya. Seorang lelaki keluar daripada samar bayang-bayang.

Noel mengundurkan sedikit kebelakang sebagai langkah berjaga-jaga. Saat melihat gerangan itu, mata Noel seolah-olah seperti terkeluar. Terkejuk gamaknya. Melihat ayahnya berada di hadapannya kini, Noel tidak teragak-agak untuk menjawab segala pertanyaan yang berada dalam fikirannya.

Papa....?

Harry gembira apabila Noel memanggilnya 'papa'.

"Kamu tahu... Papa sayang sangat dengan mama kamu.. tapi dia yang jauhkan diri daripada papa...",Harry mula bersuara. Noel masih buntu.

Harry memandang Noel dengan penuh sinis. "Reaksi kamu tak ubah macam mama... Buat papa meluat...", Harry melangkah sedikit demi sedikit menghampiri Noel.

Noel menggelengkan kepalanya dan dia mula menjauhkan diri daripada papa. "Apa maksud tuan?", tanya Noel teragak-agak. Harry mengurut dahinya. "Kamu panggil saya tuan lagi. Cubalah panggil saya 'papa' Kita bukan orang asing", rungut Harry. Noel masih tidak bersuara. Harry melihat mayat Noah yang terbaring di atas tanah.

Mayat tersebut ditendang oleh Harry sehinggakan wajah Noah kelihatan. Noel memejamkan matanya saat mata dia bertembung dengan mata Noah yang terbeliak. Walaupun dia tidak membunuh orang lain, tapi dia sudah membunuh maknya.

Suasana sunyi seketika. "Papa tak suka lelaki yang cakap besar", Harry memecahkan kesunyian tersebut. "Sebab itu papa bunuh dia.. anak papa sendiri...", Harry senyum sinis melihat Noah diatas tanah tanpa ada bunyi hembusan nafas yang keluar pun.

Kaki Noel seperti tidak kuat untuk berdiri lagi. Dia terduduk dengan juraian air mata yang keluar. Terlalu takut dengan apa yang berlaku. Segala bayangan masa silamnya menerjah ke dalam fikiran Noel. Harry memandang Noel hairan. "Papa tak tahu pula seorang pembunuh psikopat macam kamu ni... boleh ada perasaan belas kasihan".

Wajah Noel kemerahan. Tangannya menyentuh lutut. Dia masih ingat pembunuhan pertama dia.

10 tahun lalu.
Noel menikam bertubi-tubi mayat lelaki itu sehingga terburai segala organnya. Dia mengenakan hoodie dan topeng muka berwarna hitam. Setiap tikaman yang dia lakukan tak ketinggalan juga hilaian tawanya. Darah tersebut memercik di merata tempat.

Mayat tersebut seperti daging yang sudah dicincang.

MATI! MATI! MATI!!! HAHAHAHAHHAHA! MATI KAU!

"Inilah padahnya membunuh orang! Kau takkan terlepas dari aku! Kau bukan manusia! Kau bukan binatang! Kau tak layak bergelar apa pun!", teriak Noel.

Raut wajah Noel tidak menunjukkan simpati mahupun empati. Hanya kebencian sahaja. Parut yang berada dalam dirinya tak akan sembuh. Melihatkan sahaja sudah membuatkan darahnya mendidih. Sungguh benci dia akan pembunuh. Bagaimana seorang pembunuh masih boleh bergerak bebas?

Wang.

Mereka sepatutnya dihukum membunuh. Bukannya biarkan terlepas begitu sahaja.

Sama seperti apa yang berlaku ke atas kematian emaknya. Dia akan pastikan keadilan akan terbela.

☏☏☏
Tak lama kemudian, Hyorim memunculkan diri. "Rasanya Inspektor itu sudah mati", Hyorim masih ligat memandang Ipad yang berada di tangannya. Tak tahulah apa yang dia scroll yang pasti mungkin berkaitan maklumat berkaitan dua polis itu.

"Tapi pegawai itu koma dan sedang dirawat di wad kecemasan... Tapi saya akan suruh orang sana buat apa yang patut", sambung Hyorim.

Tangan Noel menggenggam seluarnya kerana menahan amarah. Keluarga dia pun pembunuh juga rupanya. Noel ketawa kecil. Dia cuba berfikir dengan waras.

Akhirnya Noel berdiri. Harry dan Hyorim yang ligat membincangkan tentang polis tersebut segera memberhentikan perbincangan itu. "Kamu nak sertai kami?", Harry kelihatan gembira untuk mempelawa anaknya mengikuti aktiviti haram ini.

Hyorim seperti tidak selesa namun dia terpaksa akur dengan apa jua keputusan ayahnya. "Papa pun macam kamu juga... ada keinginan untuk membunuh...", Harry mengangkat bahu. Noel menggelengkan kepalanya.

"Kita tak sama... Tuan bunuh mereka atas kepuasan nafsu.. Saya bunuh mereka sebab mereka patut mati... Kita tak sama",Noel menghampiri Noah yang terbaring kaku.

Noel memeriksa setiap poket baju Noah untuk mencari peluru. Dia memeriksa pistol yang dipegang oleh Noah sama ada pistol itu cukup atau tidak. Kemudian dia berdiri dan mengacukan pistop tersebut ke arah Hyorim. Hyorim terkejut dengan tindakan drastik Noel.

BANG!

Hanya satu tembakan sahaja membuatkan satu musuh tumbang. Harry masih berlagak tenang. Mata Noel kemerahan. Terpacul keluar darah di leher Hyorim akibat tembakan Noel. Tanpa ada rasa bersalah.

Noel memandang dua mayat yang terbaring di atas lantai sejuk dengan pandangan dingin.

"Tuan memang suka buat kerja sendirian, ke?",tanya Noel. Harry mengangkat bahu. "Buat kerja berkumpulan lebih leceh. Tapi papa ada juga bodyguard untuk melindungi papa", tiba-tiba beberapa lelaki berpakian serba hitam menghampiri Noel. Harry memandang sinis ke arah Noel.

"Kacang je..", Noel mengeluarkan pisau belatinya dan bertarung nyawa dengan pengawal peribadi ayahnya. Dengan mudah sahaja dia dapat tewaskan mereka semua. Harry menepuk tangan tanda kagum.

"Hebat.. ini ke yang kamu belajar lepas pindah rumah?", tanya Harry. Noel tidak membalas.

"Tuan ingat saya tak tahu tentang hubungan tuan dengan mak Aydan?", Noel terus mengajukan soalan. Serta merta pandangan Harry bertukar suram. "Perempuan tu... Aku suruh dia gugurkan kandungan tapi dia simpan senyap-sengap daripada pengetahuan aku... Baguslah dia pilih untuk bunuh diri", Harry membetulkan rambutnya.

"Tapi dia dah bunuh mama... Apa yang tuan dapat?", mata Noel sudah berkaca. "Tuan bunuh mak dia untuk membunuh mak saya! Dia datang semula untuk membalas dendam. Tuan tak tahu ke?", Noel memgacukan pistolnya ke arah Harry. Harry mengangkat tangan.

Matanya dipenjam. Meluat betul apabila mengenangkan peristiwa itu. "Mak Aydan mati bunuh diri... mak kamu mati sebab Noah bunuh... Apa kaitan dengan papa?",tanya Harry. Sungguh, pertanyaan itu seperti memperkecilkan niat Noel.

"Kalau tuan telefon polis, agak-agak siapa yang mereka akan tangkap?",tanya Noel. "Mestilah tuan! sebab tuan dah bunuh mereka semua. Semua perempuan yang hilang adalah mayat tuan. Tuan rasa mereka akan tangkap saya ke?", Noel berteka teki.

Noel memandang tangga bawah tanah. "Mereka mesti kesejukan... Tuan tak nak selimutkan mereka?", tiba-tiba Harry menerkam Noel. Sungguh hati Noel teruja apabila melihat wajah benci ayahnya.

"Mustahil polis akan tangkap saya atas kerja kotor Tuan memandangkan Tuan bunuh mereka sejak saya kecil lagi... Atau dari sebelum lahir lagi?", Noel menongkat dagu. "Tuan... Nak tahu cara untuk lepaskan diri daripasa polis?", tanha Noel lagi.

Harry menunduk dan senyum. Dia memandang Noel dengan sinis. "Macam mana?",tanya Harry. "Macam ini", tangan Noel dengan pantas menusuk pisau belatinya ke arah leher Harry. Darah yang keluar daripada leher Harry memancut ke arah wajah Noel.

Noel tersenyum puas melihat darah-darah yang membanjiri rumah agam lamanya.

Kini, seluruh ahli keluarganya telah mati. Maka semua harta pusaka akan menjadi miliknya. Dia tak berniat pun nak teruskan legasi syarikat ayahnya. Mungkin dia akan cuba untuk membuat perniagaan lain.

Mayat Hyorim di campak ke dalam bilik bawah tanah di mana semua mayat yang ayahnya bunuh dikumpulkan. Mayat Noah dan ayahnya pula akan digantung seolah-olah mereka membunuh diri. Noel menggunakan teknik pembunuhan yang sama seperti Aydan.

Lalu, Noel membawa diri bersama keretanya ke suatu tempat.

☎☎☎
Sekarang, korang dah tahulah kan, kisah disebalik chapter 7 tu xD

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now