☏Chapter 12☏

178 17 1
                                    

Seorang lelaki berpakaian kemas dengan badannya yang tinggi lampai seperti sedang menunggu seseorang. Dia melihat jam pada pergelangan tangan kanannya kemudian menoleh ke kiri dan ke kanan. Asap berkepul yang keluar dari mulutnya jelas menunjukkan betapa sejuknya dia ketika itu.

"Lambatnya dia...", Aydan bermonolog sendirian. Pada mulanya dia ingin menolak apabila Noel ingin menjemputnya tetapi Noel memberi alasan bahawa tidak manis jika tetamu datang sendiri walhal Aydan tidak pernah mengunjungi rumahnya. Aydan mengeluh berat.

Tak lama kemudian, sebuah kereta BMW menghampiri Aydan. Aydan malihat kereta tersebut dan membongkokkan sedikit badannya sebab dia kenal sangat dengan kereta Noel. Walaupun ketua dia ni ada banyak kereta.

Aydan melangkah masuk ke dalam kereta dan hanya membisu. Noel melihat gelagat Aydan yang mendiamkan diri dari tadi. "Kau tak gabra ke nak jumpa pengerusi", Noel sedaya upaya nak memecahkan suasana canggung di situ.

"Hmm...", Aydan menggelengkan kepalanya. "Mula-mula je gabra... lama-lama aku dah biasa... sebab dia pun manusia juga.. buat apa aku nak takut", kata Aydan jujur. Noel mengangguk faham.

'Manusia?'

Aydan memandang Noel yang sedang memandu. Apa yang majikan dia ni fikir? Dia ni sunyi sangat ke sampai ajak aku teman makan malam ni? Dia patut kahwin awallah... tch tch tch...

Tak lama kemudian mereka telah sampai di hadapan garaj rumah Noel. Noel meletakkan keretanya dalam garaj bawah tanah. Sejujurnya Aydan sedikit kagum sebab garajnya pun besar dan nampak beberapa buah kereta yang semestinya bukan kereta biasa-biasa tercongok dalam garaj dengan kemas.

Aydan keluar dari kereta dan mengekori Noel seperti anak anjing. Mereka melintasi taman botani milik keluarga Noel. Sangat besar... Kalau kena cuti kawalan pergerakan ni, mahunya tak habis jelajah rumah besar ni. Gumam Aydan. Mata Aydan tertancap pada satu bunga. Bunga Ros. Dia tersenyum sendiri.

"Boleh tahan handsome juga bila kau senyum", senyuman Aydan segera mati dek teguran itu. Dia memandang Noel yang masih tersenyum. "Senyumlah... Aku suka tengok kau senyum...", Noel menepuk bahu Aydan. Dia tidak membalas sebaliknya menuruti sahaja.

Noel menekan lonceng dan tak lama kemudian ada suara wanita yang menjawab. Mereka tidak berbual lama lalu pintu rumah itu buka dengan sendiri.

Aydan melihat setiap penjuru dalam rumah tersebut. Sangat elegen dan cantik. Macam dalam hotel pun ada. 'Kalau aku hidup dalam keadaan mampu macam ni... agak-agak aku jadi pembunuh ke sekarang?',bisik hati kecil Aydan. Sungguh dia cemburu dengan kemewahan Noel.

"Kau duduklah dulu kat ruang tamu ni, aku pergi dapur kejap",pinta Noel. Aydan mengangguk faham. Aydan melihat taman botani melalui tingkap. Memang tepat dengan pokok bunga ros itu berada. Tingkap dalam rumah ini tak banyak pun. Macam duduk dalam bawah tanah pula. Aydan melihat bunga itu dengan penuh takjub.

"Awalnya kamu datang, Noel?",satu suara menyentak Aydan. Aydan menoleh dan berasa bersalah. "Err.. Saya bukan Noel...", riak wajah lelaki itu segera berubah apabila dia mendapati bahawa ada orang asing dalam rumahnya. "Siapa kamu ni?",dengan nada tegasnya membuat darah Aydan berderau.

Bila difikirkan semula... suara ini macam pernah dengar. Aydan bermonolog. Macam kenal suara ni.

"Siapa kamu?",lelaki itu bertanya semula. Kali ini lebih dingin.

"Tuan",Noel segera menyampuk. Aydan terkesika. Tu... tu.. tuan? Mata Aydan terbeliak.

"Dia kawan sekerja saya. Aydan",Noel bantu menjawab persoalan Tuan Harry. "Oh ye ke... maafkan saya kalau buat awak tak selesa", Harry menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Dia ni lah pengerusi Syarikat Airnines",Noel menjelaskan tentang jawatab lelaki itu. Aydan masih terkejut. "Tuan Harry",Noel memandang dingin ayahnya.

"Kamu tak cakap pun nak bawa orang lain",Harry seperti tidak gemar dengan berita yabg mengejutkan ini. "Tapi takpelah sebab papa pun ada tetamu nak kenalkan pada kamu juga", kata Harry.

Kemudian seorang gadis menuruni tangga. Dia berpakaian casual. Gadis itu memandang Noel dan Aydan dengan riaksi bingung. "Siapa ni, abang?",suara gadis itu sedikit keras. Nampak macam tak suka je.

Noel tersenyum bila dia dipanggil 'abang'. "Sudahlah. Janganlah gaduh pula. Papa ajak Noel datang sini sebab kita dah lama tak makan malam sama-sama",rengek Harry.

"Jomlah borak dulu sebelum tetamu papa sampai",Harry mengajak Hyorim untuk turut serta. "Takpelah. Terima kasih je",Hyorim membalas dengan tak acuh.

Aydan masih rasa pelik. Tak tahu nak buat apa.

Tak lama kemudian lonceng rumah berbunyi. "Oh! Rasanya tetamu papa dah sampai. Kamu semua pergilah meja makan dahulu",arah Harry lembut. Semua akur termasuk Aydan.

"Hey, kenapa abang bawa dia ke sini",Hyorim bisik ke arah Noel padahal Aydan boleh dengar. "Dia kawan baik abang. Suka hati abanglah", Noel sudah jelek nak melayan adiknya.

Hyorim menjeling Aydan lagi.

"Okey, tetamu papa dah sampai, kamu semua kena berkenalan dulu"

Hyorim memandang telefon pintarnya. Dia mengabaikan apa yang Harry nak buat. Aydan masih fikirkan tentang suara Tuan pengerusi yang seperti biasa didengari. Noel pula memandang ayahnya dengan malas. Kemudian dia membeliakkan mata.

"Noa---",Noel tergagap-gagap mahu menghabiskan ayatnya. Hyorim memandang jelek pada Noel kemudian dia memandang Tuan Harry. Hyorim tidak berkelip saat melihat tetamu Tuan Harry. Aydan yang sedari tadi sunyi turut melihat wajah tetamu Tuan Harry. Dia pun tergamam.

"Hello semua! Saya Inspektor Joy dan ini Pegawai Shyn. Dah lama tak jumpa kamu semua!",Inspektor Joy mengenalkan diri. Aydan kaget dengan kehadiran pegawai polis itu.

"Tetamu yang seterusnya pula, macam yang kamu berdua kenal",Harry sengaja menggantungkan ayatnya. "Tak... tak mungkin... dia dah lama...",mata Noel tidak berkelip melihat sesusuk tubuh lelaki itu. Hyorim menutup mulutnya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Ni abang kamu... Noah.. orang yang kamu sangka dah mati waktu kebakaran hari itu", Harry memandang Noah.

"Apa semua ni papa?",tanya Noel geram. "Macam mana dia boleh... bukankah dia dah mati... Hyorim sure!" , Hyorim berdiri.

Harry tersenyum pahit. "Maafkan papa sebab tak beritahu awal-awal",jelas menunjukkan nada sayu.

Aydan berasa hairan. Nampaknya makin banyak yang cuba dikorek, makin banyak benda yang mengelirukan.

☎☎☎
Terkejut tak? Agak-agak siapalah target Aydan seterusnya, kan? Ehe
Teruskan baca ♡♡♡

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now