☏Chapter 16☏

151 14 2
                                    

"Sebenarnya.. aku dah tahu pasal muslihat papa tu.. Aku tak sangka dia akan rancang semua benda sejauh ini",Noah mengeluh berat.

Noel berasa tidak senang dengan suasana tersebut terutama apabila melihat luka yang terdapat pada Noah. "Oh luka ni? Luka sikit je", Noah mengusap kepalanya sendiri seolah-olah tiada kesan luka yang dalam pun.

Lama sudah menyepi, akhirnya Noah pun bersuara. "Kau dah tak bunuh lagi?", tanya Noah sambil berjalan menghampiri Noel. Noel memegang pisau yang dia simpan dengan rapi dalam poket bajunya. "Aku cuma bunuh orang yang patut mati sahaja",balas Noel.

Noah berhenti berjalan dan berfikir seketika. "Maknanya kaulah yang bunuh Encik Merb... Si Cengal... Siapa lagi eh...",Noah mengangkat keningnya. Untuk seketika Noel tersenyum sinis.

"Mungkin Natrah...?", sambungnya.

Suasana sunyi bersama kegelapan yang menemani dua beradik tidak seibu ini. "Bukan aku yang bunuh",akhirnya Noel melepaskan pisau yang disorokkannya dalam poket baju. Noah terdiam kemudian dia ketawa. "Hahahah tipulah! Selama ni kau yang beria-ia nak tegakkan 'keadilan', bukan?", Noah senyum sinis.

"Dengan bunuh mereka", sambungnya.

Noah berjalan dan menghampiri Noel. "Aku... benci ibu kau.... Aku... benci bapa kita... Aku... benci keluarga kau...",kali ini Noah bersuara tanpa ada perasaan. "Sebab kau, papa nak bunuh aku... Aku terpaksa menahan amarah kerana dia tuduh aku bunuh orang...",Noah membisik ke telinga Noel. Noel sudah berpeluh sehinggakan bajunya turut basah.

"Apa yang kau merepek ni?", tanya Noel kurang senang. "Aku dah kata yang aku bukan pembunuh itu",geram Noel. Kemudian Noah mengangkat bahunya. "Okeylah.. katakan kalau bukan kau yang bunuh..."

"...Maknanya kau tahulah kan siapa yang bunuh?",sambung Noah. Noel menggenggam tangannya. Perasaan marah, benci dan keinginan nak membunuh telah tumbuh dalam diri Noel. "Aku takkan lupa dengan perkara yang kau buat dulu", Noel cuba menukar topik.

Nampaknya Noah seperti sudah malas mahu melayan. "Aku tak ingat", itu sahaja yang dibalas oleh Noah. Darah Noel serta merta mendidih. Berani Noah lupa dengan perkara yang menjadi punca dia kehilangan ibunya sendiri.

"Ohh... aku bunuh mak kau eh...", serta merta Noel menerkam Noah. Dia mencekik sekuat hatinya.


Disangkakan Noah akan menggelabah namun dia masih berlagak tenang. "Aku akan tamatkan nyawa kau sebelum aku jumpa pembunuh diri itu!",semakin kuat cengkaman Noel. "Aku bukan sengaja pun bunuh mak kau.. lagipun budak tu pun terlibat",Noah cuba menenangkan adiknya. "Apa maksud kau?",tanya Noel.

"Budak tu"

"Siapa budak---"

"Budak yang kau lepaskan 19 tahun lalu"

Noel tergamam. Akhirnya dia melepaskan cengkaman tersebut. Noah terbatuk-batuk.

"Lagipun aku cuma bunuh sekali sahaja",Noah memalingkan wajahnya. "Walaupun mak aku hanya perempuan simpanan, papa lagi sayangkan kami daripada mak kau",perli Noah. Noel hanya mendiamkan diri.

Dia cuba memgimbas kembali peristiwa pahit itu. Kes rumah terbakar yang berkait rapat dengan kematian emak Noel. Sebab itu dia benci untuk bertembung dengan ayahnya. Macam mana lelaki macam dia masih boleh teruskan hidup berfoya-foya dengan wanita lain macam emak dia tidak pernah wujud dalam hidup ayahnya.

Oleh itu, bagi mengurangkan amarahnya, Noel berjanji untuk membunuh sesiapa yang terlibat dengan kematian keluarganya. Betul tu. Dia kembali hanya untuk membunuh ayahnya.

Noel akan pastikan tiada sesiapa pun dalam ahli keluarganya dapat teruskan hidup.






BANG! BANG!



Tiba-tiba bunyi tembakan menghiasi kesunyian rumah usang tersebut. Noel terkejut dengan apa yang dia lihat. Noah terjelupuk di atas tanah yang sejuk. Badan dia mengalirkan darah yang banyak.

Melalui bayang-bayang gelap, Noel melihat dengan mengecilkan matanya untuk melihat gerangan tersebut. Mata Noel terbuntang.

Papa....?

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang