☏Chapter 11☏

183 20 1
                                    

Kringggggggggggggggg!

Sudah hampir 15 minit loceng berbunyi. Kelibat Aydan baru kelihatan. Dia menuruni tangga kecemasan dengan tenang diikuti dengan Noel.

Semua pekerja Airnine dalam keadaan cemas. "Betulke ada kebakaran? Atau kita sekarang ada latihan kecemasan??",tanya Andy. "Ihh kau senyap boleh tak? annoying la",Natrah menjeling Andy. Dia masih ligat berfikir akan pekakas yang dia baru sahaja beli di dalam pantri itu. Mahal kot!

Pengawal itu berdehem dan minta semua pekerja untuk bertenang. "Maaf, nampaknya ada masalah teknikal dengan loceng kecemasan syarikat. Kami mendapati ada seseorang yang memecahkan loceng tersebut", pengawal itu bernada tegas. Mana boleh biarkan perkara ini berlaku. Semua pekerja berasa hairan. Mereka memandang silih berganti. Noel mengangkat tangan di hadapan pekerjanya untuk minta perhatian.

"Maafkan saya, saya lupa nak beritahu bahawa kita ada latihan kecemasan pada hari ini. Mungkin pihak yang berkaitan lupa untuk memaklumkan kepada semua pekerja. Diminta untuk anda semua bergerak ke pejabat masing-masing dengan segera",arah Noel. Mereka semua tercengang. Natrah menghela nafas kelegaan.

Tuan Harry melihat gelagat pekerjanya dari dalam pejabat. "Tuan, hasil daripada rakaman cctv, saya dapati bahawa Noel yang memecahkan loceng itu", kata setiausahanya. Harry hanya mengangkat tangan meminta setiausahanya keluar. Setiausaha itu patuh dengan arahan lalu keluar daripada pejabat itu. Harry tersengih melihat gelagat anaknya seorang ni.

"Kamu jumpa mangsa baru ke...",Harry bermonolog sendirian.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering menunjukkan ada panggilan masuk. Harry melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya sebelum menjawab. Kemudian dia tersengih. Bertuah punya anak.

"Dah lama kamu tak telefon... Jangan lupa pula hujung minggu ni kita ada makan malam bersama... Kamu mesti tak sabar nak jumpa mereka...", masih tenang Harry berkata-kata. Kemudian, telefon itu dimatikan olehnya.

Selesai sahaja rutin kerja Aydan, dia mengemas barang untuk bergegas pulang. Eh! Bukan rumah! Ada suatu tempat yang dia perlu pergi sebelum pulang.

Aydan memandu keretanya dan menuju ke destinasi yang diingini.

Kereta yang diparking elok sahaja di hadapan sebuah bangunan. Dia membuka pintu keretanya sambil memegang sejambak bunga ros. Aydan meneliti sekeliling. Sunyi. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Aydan berjalan tanpa henti sehinggalah dia berhenti di hadapan sesuatu makam. Mama dia...

Sampai sahaja dia melihat makam tersebut, Aydan meletakkan bunga ros tersebut di hadapan makam maknya. "Mama suka bunga ros kan...", monolog Aydan. Dia memejamkan matanya. Segala peristiwa manis bersama maknya menerjah masuk ke ruang fikiran Aydan.

20 tahun lalu.

"Mak lukis apa tu?", tanya Aydan. "Ni bunga ros namanya! cantikkan?", tanya mak Aydan. Aydan mengangguk setuju. "Macam real!", teriak Aydan. "Nak mak ajar lukis?"

"Mestilah nak!",Aydan seakan-akan seronok apabila diajar untuk melukis bunga ros. "Okey meh sini!",balas mak Aydan.

Aydan membuka matanya. Dia menyentuk kubur maknya. "Aku takkan maafkan mereka!",Aydan menggenggam tangannya erat. Semua orang sama sahaja.

"Mak... mak tunggu Aydan ea... Aydan akan bunuh semua orang jahat di dunia ni...",bisik kecil Aydan.

Aydan melangkah ke arah keretanya. Kemudian ada seseorang melanggarnya. Mungkin tanpa sengaja. Aydan berasa hairan sebab dia memakai hoodie hitam dan susah untuk Aydan melihat wajah lelaki itu. Namun, dia hanya mengabaikan.

Bila difikirkan semula, hujung minggu ni ada makan malam dengan pengerusi. Pekerja yang sudah berpuluh tahun kerja di bawah syarikat Airnines pun tak pernah melihat wajah pengerusi inikan pula Aydan yang baru sahaja bekerja dalam beberapa bulan. Waaa bertuahnya!

Tak lama kemudian, Aydan tersedar sesuatu.

Noel.

Dia macam tahu sesuatu pasal Aydan. Masa pertama kali bekerja di bawahnya, Noel seperti sudah mengenali Aydan lama. Aydan mendiamkan diri lalu wajah dia terus berubah dan tersenyum. Patutkah aku bunuh dia pula?

☎☎☎
Hai readers semua! Jangan lupa vote dan save story Ayin ye ♡♡♡

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now