☏Chapter 9☏

207 21 0
                                    

Noel's pov

Noel mengelamun. Dia melihat tangannya dan tersenyum sendiri. "Aydan...".

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar pejabatnya. Lamunan Noel mati.

"Masuk"

Pintu dibuka dan assistant Noel menundukkan badannya. Noel memandang asisstant nya.

"Ada apa-apa yang urgent ke sampai awak tak call saya?",Noel memerli assistantnya halus. Asisstant nya seperti menggelabah. "Maafkan saya! Telefon pejabat dah rosak... tapi saya sudah maklumkan pada bahagian pengurusan". 

Noel ketawa kecil. "Janganlah takut. Saya gurau je", Noel mengayunkan tangannya. Asisstant Noel malu sendiri.

"Ada apa-apa perjumpaan yang saya perlu hadiri ke?", tanya Noel. Assistant nya menggelengkan kepala. "Tuan Harry nak jumpa tuan". Sekelip mata wajah Noel berubah.

"Okey", hanya sepatah yang diberikan dan assistant Noel keluar daripada bilik pejabatnya. Dia mengeluh berat. Malas nak gerak sebenarnya.

Ada sebab kenapa Noel malas nak pergi ke pejabat ayahnya. Pejabat 'pelik'. Itulah yang Noel gelarkan.

Apa yang uniknya pejabat ayah Noel ni kan, tempat itu takde sesiapa pun yang boleh masuk! Ada salah seorang staf syarikat cuba untuk menggodam pintu masuk pejabat ayahnya tapi dia gagal dan menjadi gila. Tak tahu apa puncanya.

Ayahnya selaku pengerusi Airnine juga tidak pernah menunjukkan wajahnya. Tiada siapa dapat membayangkan wajahnya. Beliau juga tidak pernah terserempak dengan mana-mana pekerja di syarikat. Sangat pelik tapi itulah hakikatnya. Sungguh menepati masa. Betulkah?

Semua orang tahu kedudukan bilik pengerusi namun nak pergi ke bilik itu hanya ahli keluarga dan orang yang berkepentingan dalam hidup dia je boleh masuk. Pelbagai jenis security code hanya untuk masuk ke dalam pejabat ayahnya. Itulah sebab Noel tidak suka berjumpa dengan ayahnya. Payah! Kalah Perdana Menteri.

Bila ada aktiviti syarikat, adik Noel yang akan menjadi wakil bagi pihak pengerusi. Satu benda yang Noel kurang gemar adalah bila dia sering dibandingkan dengan adiknya. Sudahlah adiknya itu perempuan. Nampaklah macam Noel ni tak boleh diharap. Padahal adik dia tu bukannya adik kandung pun.

Noel ada abang tapi ayahnya kata abang dia kemalangan masa Noel berusia 2 tahun akibat kebakaran rumah kediamannya dahulu dan tidak dapat diselamatkan. Noel tidak ingat sangat tentang peristiwa itu tetapi dia ada parut di bahagian bahu kirinya.

Noel melangkah berat ke pejabat Tuan Harry selaku ayahnya. Jam 2 petang ada mesyuarat dengan bahagian kewangan pula. Sepatutnya dia sedang bersiap sedia untuk pergi ke mesyuarat tersebut. Noel hanya menurut sahaja.

Melangkah sahaja di depan pejabat pengerusi, Noel memerhati sekelilingnya. Pintu yang tersergam bersama aura gelap membuatkan Noel sedikit cemas. Tapi dia kenal sifat ayahnya itu. Noel menghela nafas sebelum mengetuk pintu.

Tiada jawapan, pintu itu mengeluarkan bunyi "Titt" dan pintu terbuka sendiri.

Noel melangkah masuk. Kelihatan perabot-perabot antik dengan saiz pejabat yang boleh memuatkan seramai 7 orang. Siap ada sofa, tv dan tempat memasak lagi!  Dah macam rumah sahaja. Maklumlah pengerusi ini tidak suka makan di luar dan sangat pembersih.

Seorang lelaki berbadan tegap menghadap tingkap sambil kerusinya menutup belakang badannya. Jadi Noel tidak dapat melihat wajah ayahnya mahupun badannya.  "Kenapa panggil saya,  Tuan?",tanya Noel. Akhirnya lelaki itu memalingkan wajah ke arah Noel.

Wajahnya seperti lelaki berumur 30-an walhal beliau sudah mencecah 50 tahun. Wajah Noel juga tidak banyak beza daripada wajah ayahnya terutama bahagian mata dan kening. Mungkin itulah wajah Noel apabila dia seusia ayahnya suatu hari nanti.

Tuan Harry merenung Noel kemudian dia mengeluh sendiri. "Janganlah tegas sangat.. Bukan ada sesiapa yang nampak pun", bebel Tuan Harry. Ternyata perangai pengerusi Airnines bukanlah seperti sangkaan orang ramai. Beliau adalah lelaki yang hanya tahu berseronok dan mengagihkan tugas kepada adik perempuannya sahaja.

Tak tahulah macam mana khabar angin begitu boleh tersebar. Masa pertama kali Noel menjejakkan langkah ke syarikat Airnines, dia pun terkejut mendengarkan khabar angin itu dan ketawa terbahak-bahak.

"Jarang Tuan panggil saya.. Ada apa-apa perkara mustahak ke sampaikan 'dia' tak boleh urus?", Noel masih dengan sikap profesionalnya terhadap kerja. Kalau boleh dia tidak mahu memasukkan hal peribadi dalam pekerjaannya.

"Takdelah... cuma kita dah lama tak makan malam bersama", Tuan Harry menongkat dagu sambil melihat Noel. "Ohh... jadi Tuan nak ajak saya makan malam bersamakah?", Noel sengaja memberi persoalan walhal dia faham akan keinginan pengerusinya itu.

"Noel.. awak tak rindu kat ayah awak ke..  Awak tak pernah lawat saya", Harry membuat muka sedih. Meluat. "Maafkan saya. Saya sibuk sejak bekerja di syarikat Tuan", Noel sekadar berbasi-basi. Tiba-tiba Harry ketawa terbahak-bahak. Noel tidak senang duduk.

"Saya baru sahaja arahkan awak bekerja di bahagian pengurusan kewangan, belum lagi kerja di bahagian adik awak tu", perli Harry. Noel cuba untuk mengawal air mukanya. Kalau ikutkan, dia mahu sahaja menoreh wajah ayahnya.

Noel tidak membalas kata-kata ayahnya. Harry mengeluh sendiri. Tak seronoklah.

"Hujung minggu kita makan malam bersama di rumah. Sekali-sekala awak kenalah lawat penghuni di rumah kita", tegur Harry. Noel menganggukkan kepalanya. "Kalau tiada apa-apa lagi mahu cakap, saya pergi dahulu. Saya ada mesyuarat", Noel membongkokkan badannya sehingga 90° dan menoleh ke belakang.

Air muka Noel berubah saat melihat seseorang yang berada di hadapannya. "Hyorim...", bisik kecil Noel. Hyorim juga seakan-akan terkejut dengan kehadiran abangnya, Noel.

"Oh Hyorim! kamu dah siapkan laporan itu?", Harry melambaikan tangannya ke arah Hyorim. Lamunan Hyorim mati dan terus melangkah ke arah pengerusi. Noel tercengang di situ.

Kemudian dia pun berlalu pergi meninggalkan dua beranak itu.

Walaupun mereka satu syarikat, Noel tidak pernah terserempak dengan adiknya, Hyorim.

☎☎☎
Hai readers!! Jangan lupa vote dan komen chapter kali ni okeyy 😉😉 Makin banyak persoalan pula kan 😆😆😆 Nantikan!

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now