☏Chapter 14☏

152 16 0
                                    

Apa yang berlaku. Aydan hanya melihat kereta yang sudah terbalik dan lori yang berhenti di tengah jalan. Kemudian, Aydan melihat Noel yang masih terkejut. "Kau oke---"
"Telefon... telefon ambulans!", tanpa membantah Aydan terus mengangguk dan menelefon pihak hospital.


Tak lama kemudian, ambulans datang. Noel seperti bercelaru. Keadaan mangsa macam teruk apabila lihat cara kemalangan ini berlaku. Apabila dia melihat mangsa kemalangan, barulah dia mengerti semuanya.


Mereka dah musnah. Gembiranya! Takde lagi orang nak menyibuk dengan urusan dia. Aydan cuba menyembunyikan rasa gembiranya.

Mereka pun di bawa ke hospital. "Kau tak nak pergi hospital? Ada abang---"

"Dia bukan abang aku!",ringkas Noel. Aydan terkelu lidah. Noel sedar yang dia mungkin sudah terkasar bahasa. "Sorry... Aku konfius... Jomlah aku hantar kau balik.. Aku dah call ayah aku pasal ni.. Nanti dia uruskan", Noel memberikan senyuman hambar.


Suasana sepi. Kini, Aydan pula yang berasa kekok. Padahal dia lagi suka jika begini.


"Aydan.. aku nak tanya...", kata-kata Noel tiada nada langsung. Aydan menoleh. "Apa dia?", tanya Aydan.


"Apa rancangan kau?",pertanyaan tersebut membuatkan Aydan terdiam seribu bahasa. Apa maksud dia? Aydan langsung tidak mengerti dengan persoalan itu.


"Maksud kau?",tanya Aydan. Noel langsung tidak membalas namun dia hanya merenung tajam Aydan. Aydan berasa kurang selesa. Persoalan itu hanya dibiarkan sepi.

Setiba di hadapan rumah Aydan, dia keluar dari kereta tersebut. Aydan melambaikan tangannya namun Noel langsung tidak menoleh dan terus memandu. Langsung tiada ucapan selamat tinggal. Aydan hanya mengangkat bahu.


Selepas Noel pergi, Aydan buka pagar kemudian dia rasa seperti diperhatikan. Dia menoleh ke kiri dan ke kanannya. Namun tiada sesiapa pun.


Sejak kebelakangan ini, dia selalu rasa macam diperhatikan.

♔♔♔
Seorang lelaki sedang memerhatikan dia dalam senyap. Lelaki itu mengukir senyuman dan jelas kelihatan darah yang mengalir dari kepalanya walaupun dia menutup kepalanya dengan hoodie hitam.

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now