☏Chapter 7☏ Kill

258 24 3
                                    

AMARAN!!!
Bab ini mempunyai adegan yang tidak sedap untuk dibaca. Oleh itu para pembaca tidak digalakkan untuk memakan daging ketika membaca. Sekian.
☎☎☎☎☎


Di kawasan yang sunyi. Dalam bangunan yang usang. Hanya kedengaran bunyi sesuatu yang ditikam. Bukan sekali. Bukan dua kali. Mungkin beratus kali.

Zapp! Zapp!  Zapp!

Seorang lelaki yang mengenakan pakaian serba hitam berserta hoodie dan topeng muka ketawa bersendirian sambil tangannya ligat menikam sesuatu.

Tubuh manusia.

Darah tersebut memercik di serata tempat. Tawanya tidak berhenti saat melihat mayat yang sudah seperti daging dicincang.

MATI!! MATI!! MATI!!! MATI!!! HAHAHAHAHAHHAHAHAH!!!!

"Inilah padahnya membunuh orang... Kau takkan terlepas dari aku", lelaki misteri itu bercakap sendirian. Dendamnya terhadap pembunuh sangat dalam. Parutnya tidak pernah sembuh.

Sungguh dia benci seseorang yang bergelar pembunuh.

Pembunuh sepatutnya dihukum bunuh. Mereka tidak layak menjejakkan kaki di atas muka bumi ini.

Perut mayat itu terburai disebabkan tikaman yang berkali-kali oleh lelaki misteri itu.

☎☎☎

Aydan menghentak kepala Encik Merb pada pintu kereta milik Encik Merb. Sekali hentakan sahaja sudah membuatkan Encik Merb pengsan. Mudah betul.

Kemudian Aydan mengangkat Encik Merb masuk ke dalam kereta. Kamera kereta di ambil oleh Aydan dan disorokkan dalam poketnya.

Kemudian dia memandu kereta ke suatu tempat. Lokasi pembunuhannya.

☏☏☏☏
Setelah Aydan tiba ke sebuah rumah yang tersergam indah, dia membawa Encik Merb yang masih pengsan ke dalam rumah tersebut. Itulah rumah Encik Merb. Keluarga dia sedang bercuti di luar negara. Nampaklah bahawa Encik Merb ni tak penting pun di sisi mereka. Aydan tersenyum sinis. Sudah banyak penelitian yang Aydan lakukan terhadap Encik Merb. Sangat rapi.

Aydan mengikat Encik Merb. Segala aktiviti rutinnya untuk membunuh telah disediakan. Hanya menunggu hidangan utama sahaja.

Dia mengeluarkan sebuah buku nota miliknya dan menulis sesuatu. Aydan tersenyum saat mencatit sesuatu dalam buku tersebut.

Encik Merb masih tidak sedarkan diri lagi. Aydan duduk mencangkung di hadapan ketuanya. Patutke aku tampar je dia?  Atau simbah asid kat muka dia? Lama betul dia tidur ni. Aydan berasa jelek.

Tiba-tiba Encik Merb menggerakkan badan. Aydan tersenyum melihat Encik Merb akhirnya sudah bangun. "Hei.... good morning ", sempat lagi Aydan melambaikan tangannya di hadapan Encik Merb. Encik Merb memandang sekeliling. Mata dia masih berpinar akibat hentakan tersebut.

"Di mana aku?",tanya Encik Merb.

"Kau tak kenal tempat ni? Rumah kau lah",Aydan rasa lucu dengar jawapan ketuanya.

"Aydan? Awak buat apa kat sini?",tanya Encik Merb aneh. Dia melihat sekeliling. Memang benar dia ada di rumahnya sekarang. Tapi yang janggalnya kenapa dia diikat dan ada tali di bahagian lehernya.

"Apa awak nak buat ni?",tanya Encik Merb. Peluh sudah membasahi dahi.

Aydan menggelengkan kepala. "Takkanlah tak sedar lagi... hmmmm....",Aydan berjalan di sekeliling Encik Merb. Kemudian dia pergi ke arah beg sandangnya dan mengeluarkan sarung tangan hitam.

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now