☏Chapter 15☏

165 14 0
                                    

Aydan melangkah ke kamar tidurnya dan terus melabuhkan badannya di atas katil. Penat! Tak lama kemudian dia pun terlelap.

☎☎☎
Noel pandu dengan pecut seperti orang gila.

Sejauh mana kau nak pergi? bisik hati kecil Noel. Matanya kemerahan jelas menunjukkan bahawa dia sudah hilang sabar. Dia pergi ke suatu tempat yang pernah dia cipta kenangan dengan seseorang yang dia sayang.

Rumah lama dia.

Tempat dia banyak menghabiskan masanya bersama ibu kandungnya sehinggalah nafas terakhir dia. Ketika itu, Noel berusia 6 tahun. Dia masih ingat lagi peristiwa itu.

♔♔
19 tahun lalu...
"Kau benci abang aku ke?", tanya Noel kepada seorang budak lelaki. Budak itu langsung tidak memandang Noel. Dia hanya membelakangi Noel sahaja.

"Aku benci seluruh keluarga kau...", balas budak itu dan terus berlari meninggalkan Noel di ruang tamu yang sudah semakin hampir dijilat api. Noel langsung tidak berasa terkejut mahupun sedih. "Aku pun... benci keluarga aku...", Noel bermonolog sendirian.

♔♔♔

Pada pandangan orang lain Noel hanyalah budak kecil yang hilang ingatan tapi sebenarnya dia telah merahsiakan perkara itu. Dia tidak pernah beritahu sesiapa tentang peristiwa itu sebab dia telah berjanji bahawa dia tidak akan mempercayai sesiapa pun.

Lagipun rumah itu terbakar disebabkan abangnya, Noah. Patutnya dia mati sahaja dalam kebakaran itu. Noel mengomel sendirian.

Rumah lamanya terletak di tengah-tengah padang yang dikelilingi dengan pokok yang tinggi. Sungguh tenang sebab boleh lihat keindahan alam semula jadi dan jauh daripada bunyi bising trafik.

Apabila sampai di hadapan rumahnya, Noel melihat pagar tersebut. Pagar itu sahaja yang masih kukuh mungkin sebab api sempat dipadamkan sebelum menghampiri pagar rumah lamanya. Dia membuka pagar tersebut dan melangkah masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Kawasan rumahnya sudah sedikit roboh dan mungkin macam rumah yang berhantu.

Noel melihat sekeliling. Dia terus mengimbas semula memori lamanya. Mama...

Dia menaiki tangga menuju ke bilik tidur emaknya. Bilik tidur emak dia dan ayahnya diasingkan. Lagipun ayahnya selalu tidur di hotel bersama perempuan simpanannya.

Sesungguhnya itu bukanlah keluarga yang diidamkan oleh semua orang.

"Oh... inilah hobi kau...", satu suara menerjah menyebabkan Noel terkejut. Dia segera memandang sekeliling dan melihat sesusuk tubuh lelaki memakai hoodie berwarna hitam.

"Kau... Macam mana kau ada kat sini?", Noel seakan-akan tidak mempercayainya.

Noah hanya tersengih melihat gelagat adiknya yang masih bingung dengan kehadirannya. Dahinya yang berlumuran darah akibat kemalangan tadi langsung tidak membuat dia jatuh tersungkur dengan mudah.

"Kau rasa? Mestilah aku datang nak bunuh kau...",Noah membalas bersama ugutan manisnya.

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon