☏Chapter 10☏

202 21 3
                                    

Noel Pov
Noel menghadiri mesyuarat bersama pekerja bahagian pengurusan kewangan sebab nak selesaikan data kewangan syarikat.

Mood Noel tidak berapa bagus akibat perjumpaannya dengan Tuan Harry ditambah pula dengan pertembungan yang tidak disangka-sangkakan. Betul tu. Hyorim. Adik tirinya.

Kemudian pekerjanya buat masalah pula. Noel mengeluh berat. "Kenapa ketua awak tak sign laporan ni? Mana dia?",tanya Noel. Sebenarnya dia dah tahu perangai sebenar ketua jabatan Aydan tu. Sebelum dia melangkah masuk ke pejabatnya lagi, dia telah menganalisis setiap pekerjanya.

Apa yang menghairankan Noel adalah kenapa Encik Merb masih tidak dilucutkan jawatan.

"Dia tidak datang kerja Tuan",jujur Aydan dengan tenang. Noel merenung Aydan. Dia ni boleh tahan berani. Bisik hati Noel.

Pekerja lain sudah memandangnya tajam. Tak macam profil yang aku baca. Noel mengangkat kening. Budak ni mencurigakan.

"Okey. Kalau macam tu saya akan ambil tindakan yang tegas terhadap Encik Merb",tegas Noel. Noel tersenyum kecil. Bagus juga dapat pekerja seperti Aydan. Maka mesyuarat pun berakhir dengan tidak berapa lancar.

Noel mengarahkan pekerjanya pergi dahulu sebab dia nak duduk sebentar dalam bilik mesyuarat. Aydan pula menjadi orang terakhir yang meninggalkan bilik tersebut. Noel merenung Aydan seperti sedang berfikir sesuatu.

"Aydan", akhirnya Noel bersuara. Aydan memandang Noel terkejut. "Ya?", tanya Aydan.

Hairan pula majikannya ni ganggu dia di pejabat. Selalunya bukan main lagi dia kacau bila habis waktu pejabat. Aydan bingung.

"Hujung minggu ni free tak?",tanya Noel. Dia mengabaikan riaksi Aydan sebentar tadi.

Lama juga tunggu respon Aydan. Noel masih menunggu dengan penuh kesabaran. Kemudian Aydan menggelengkan kepalanya. "Rasanya takde apa-apa aktiviti", seloroh Aydan. YES! Noel bersorak dalam hati tapi dia cuba sedaya upaya untuk menyimpan keterujaannya.

"Kalau macam tu, awak teman saya makan malam dengan pengerusi", jelas Noel. Aydan nampak seperti sedikit kaget. Tanpa menunggu jawapan Aydan, Noel terus bangun dan berlalu pergi.

"Eh Tuan---",Aydan tak sempat nak memberi jawapan. Dia berlalu pergi dengan keadaan bingung.

Noel berjalan dengan teruja. Tak sabarnya hujung minggu ni. Selalunya bila pengerusi ajak dia untuk makan malam bersama, pasti Noel akan memberi seribu alasan untuk tidak menghadiri perjumpaan tersebut.

Kemudian, Noel tersedar sesuatu. Dia memeriksa fail-fail yang dipegangnya.

"Eh, mana laporan kewangan tu ek", Noel baru sedar yang laporan kewangan jabatan Encik Merb tiada dalam tangannya. Noel berfikir sejenak. "Mana aku letak ni", cuai betul. Mungkin Aydan terpegang? Ha sudah...

Noel mencari Aydan di tempat pertembungan terakhir mereka. Mana pula dia ni. Laju betul jalan. Noel mengeluh berat. Mungkin dia di pejabatnya kut. Sebab sekarang bukan waktu rehat. Noel melihat jam tangan miliknya. Jam 3:15 petang.

Noel pergi ke pejabat Aydan. Pada mulanya dia mahu menegur Aydan dari jauh namun tiba-tiba Aydan kena tarik dengan dua orang pekerja pula. Lelaki dan perempuan pula tu. Noel mengerutkan dahinya. Siapa eh nama pekerja tu? Nadrah? Natrah? Apa-apa sahajalah!

Noel tetap melangkah menuju ke meja kerja Aydan. Mungkin fail itu ada di atas mejanya.

Apabila tiba di meja kerja Aydan, Noel cuba mencari fail tersebut. Tanpa sengaja, dia telah menjatuhkan bekas pen milik Aydan.

Aduh! Noel dengan berat hati, terpaksalah mengutip pen-pen tersebut. Kemudian dia cuba untuk mencapai pen terakhir yang terletak di bawah meja Aydan namun tangannya seperti menyentuh sesuatu yang pelik. Noel cuba sedaya upaya untuk mencapai buku tersebut.

Pekerja yang lain memandang aneh akan gelagat majikannya itu.

Noel menarik keluar benda itu. Dia menemui buku hitam berhiaskan bunga ros berwarna emas. Noel tanpa teragak-agak membuka buku tersebut.

Noel terkesima. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Macam lakaran sekuntum bunga. Bunga Ros?

Tak sangka pula Aydan ni minat melukis. Rupa-rupanya dia mempunyai jiwa yang romantis. Kenapa pula dia nak sorokkan kepakaran dia ni. Noel membelek setiap helaian dengan penuh takjub sehinggalah matanya tertancap pada satu nota di bawah lakaran itu.

Senyuman dia terus mati.
18 Mac 2020. Merb mati dengan tenang.

Noel terkejut dengan apa yang dia baca sebentar tadi. Buku tersebut terlepas dari genggamannya.

Noel mengambil buku hitam itu semula dan meletakkannya di tempat asal.

Noel memandang sekeliling. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia baca. Sedaya upaya dia menahan tawa. Tidak tahu punca tetapi rasa geli hati.

Noel berjalan ke arah pantry yang terdapat di dalam pejabat Aydan. Setiap jabatan mempunyai satu pantry. Tanpa teragak-agak, Noel memecahkan loceng kecemasan yang terletak dalam pantry tersebut. Semua pekerja terkejut dan keadaan menjadi huru hara. Tidak tahu siapa yang memberi khabar angin palsu yang menyatakan bahawa pantry jabatan kewangan terbakar. Tetapi, Noel masih berdiri kaku tidak berganjak.

Sedang asyik melihat pekerja yang berlarian untuk 'menyelamatkan' diri daripada 'api', mata Noel tertancap dengan sesusuk tubuh lelaki.

Aydan memasuki pejabat dengan tenang lalu mengambil buku nota hitam miliknya di bawah meja. Noel memerhati gelagat Aydan sambil tersenyum.

"Dah jumpa...",Noel tersenyum nakal.

"Kau jenis manusia yang macam mana eh..."

"Aydan...?"

Noel tersenyum sehingga menampakkan garisan giginya yang putih.

☎☎☎
Hai readers sekalian!
Ayin nak ucapkan terima kasih sebab korang rajin baca story ini walaupun cerita ni mengarut dan pelik 😂
Jangan lupa vote Ayin ye~

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now