☏Chapter 8☏

227 22 2
                                    

Buku.

Sebuah buku hitam yang bukan buku nota biasa. Buku yang menjadi bukti-bukti segala perbuatan jahat Aydan. Dia membelek buku tersebut dengan ralit macam sedang membaca buku novel pula galaknya.

Mungkin sesiapa akan menganggapnya sebagai seorang otaku yang tergilakan buku novel tapi dia hanyalah seorang manusia gila yang sangat gilakan darah manusia. Bukan macam drakula tu.

Aydan lebih suka memanfaatkan darah tersebut berbanding menghisap cecair merah gelap yang busuk itu. Sudahlah darah itu milik manusia yang dia benci, inikan pula nak hisap. Yekkkk! Jijiklah!

Aydan pergi ke tempat kerjanya. Syarikat  Airnine yang dengarkan sahaja sudah menunjukkan betapa gahnya bangunan tersebut. Aydan bekerja di bahagian pemasaran jadi dia menguruskan hal-hal jualan syarikat dan sebagainya. Malas nak terangkan lebih lanjut.

Noel merupakan salah seorang anak kepada pengerusi Syarikat Airnine yang digeruni ramai. Sebut sahaja nama ayahnya, terus aura hitam berubah. Ada mulut-mulut kata beliau seorang yang serius dan sukar untuk tersenyum walau sedikitpun. Tak tahu macam mana cerita itu tersebar sebab pengerusi tak pernah menunjukkan wajahnya. Namun, lain pula dengan Noel. Dia seorang yang peramah dan ketua bahagian pemasaran Aydan. Semua pekerja amat sukakannya terutama pekerja wanita. Sudahlah kacak, baik pula tu!

Aydan bertembung dengan Noel di hadapan lif. Dia menunduk hormat dan Noel menganggukkan kepalanya. Senyuman Noel tak pernah hilang dari wajahnya. Mereka berdua masuk ke dalam lif bersama-sama.

☏☏☏
Aydan mengemaskan mejanya. Tiada lagi cacian daripada Encik Merb. Dia melihat pejabat Encik Merb itu. Tersengih je mampu Aydan berikan. Mana tak gembira? Encik Merb dah mati. Girangnya hatiku~

Dua jam sudah berlalu tapi kelibat Encik Merb masih lagi tidak muncul. Takkanlah dia masih mabuk sebab semalam kot? Itulah andaian pekerja di bawah seliaan Encik Merb. Sudahlah ada mesyuarat jam 2 petang nanti tapi kelibat supervisor mereka masih tidak kelihatan.

"Weh, kau dah call dia belum?", tanya Natrah. "Ish! aku dah call dia banyak kali dah ni! habis top up aku",geram Andy. Mereka mundar mandir di hadapan bilik Encik Merb. Kemudian Aydan bangun untuk pergi ke mesyuarat tersebut. Natrah dan Andy memandang silih berganti. "Mungkin Encik dah ada di sana kut", teka Andy. "Mana boleh main teka! Kalau dia ada, mestilah dia akan call kita", geram Natrah. "Alaaa... Kau ni.. Macam tak kenal dia tu..", Andy sudah meluat kemudian meninggalkan Natrah yang tercengang.

☏☏☏
Noel memandang fail yang berada di hadapannya. "Mana rekod jualan untuk bulan Mac kumpulan Encik Merb?",tanya Noel kepada pekerjanya. Semua resah apabila disoal. Hanya Aydan sahaja yang tidak memberikan apa-apa reaksi lalu bangun untuk menghulurkan rekod jualan tersebut. Noel membelek rekod itu kemudian dia berkerut seribu. "Kenapa tiada tandatangan pengesahan ketua awak?", tanya Noel kepada Aydan. "Saya mahu minta pengesahan tetapi dia tidak datang kerja hari ini", jujur Aydan. Semua melopong.

Noel memicit kepalanya. "Hari ini korang tak nampak kelibat dia ke?", semua pekerja teragak-agak untuk menjawab.

Aduh! Habislah.

"Saya akan ambil tindakan. Dia membuat kerja sambil lewa. Jika diteruskan, pasti dia akan besar kepala",tegas Noel. Natrah dan Andy sudah mengetap bibir. Mereka menjeling Aydan dengan perasaan geram. Aydan pula masih dengan sifat tenangnya. Dia hanya membiarkan rakan sekerjanya memberikan reaksi sebegitu.



Habis sahaja mesyuarat, semua sambung kerja seperti biasa. Noel memanggil Aydan. Aydan menoleh dan pergi ke arah Noel. "Kenapa ya tuan?", tanya Aydan. "Hujung minggu ni awak sibuk ke?", pertanyaan di balas pertanyaan oleh Noel.


Aydan membisu seketika kemudian dia menggelengkan kepala. "Takde tuan", balas Aydan. Noel seperti sedang berfikir. "Kalau macam tu saya nak awak teman saya untuk makan malam dengan pengerusi", melopong Aydan. Pe... pe...ngerusi?! Aydan hanya jerit dalam hati sahaja dan Noel meninggalkan Aydan yang tercengang.

Setakat ini, Aydan tidak pernah jumpa pengerusi. Sudahlah dia pekerja baru. Kalau pekerja lain pun tak pernah nampak kelibat pengerusi, lagikan Aydan haihh. Aydan mengeluh sendiri.

Sepanjang waktu pejabat, kelibat Encik Merb tidak kelihatan langsung. Semua pekerja berasa hairan. Biasanya kalau dia akan datang paling lewat pun jam 12 tengahari. Sekarang sudah menunjukkan jam 3:45 petang.

Aydan membuka beg galasnya dan melihat buku hitam tersebut. Dia mencapai buku itu tapi Andy menarik tangan Aydan sehingga buku tersebut terlepas di atas lantai. Aydan tidak mahu sesiapa nampak buku itu jadi dia cuba untuk menyepak buku itu ke bawah meja  supaya orang lain tidak akan nampak.

SIAL


Aydan di bawa ke pintu kecemasan.

Dia tidak sedar bahawa ada seseorang memerhati pergerakannya. Lelaki itu menyelongkar bawah meja Aydan dan hujung jarinya seperti menyentuh sesuatu. Dia menarik barang tersebut. Buku hitam milik Aydan berada di genggamannya.

☎☎☎☎

Aydan ditolak kasar ke dinding. "Siapa kau sebenarnya?", tanya Natrah. Aydan mengadu kesakitan. Dia tidak menjawab. Natrah hilang sabar.

"Kau orang terakhir yang jumpa Encik Merb. Mana dia?!", tengking Natrah. Andy hanya melihat gelagat Natrah. Kenapa Natrah ni ambil berat sangat dengan ketuanya. "Kenapa tanya aku... tanyalah keluarga dia", Aydan pertahankan diri. "Kalau aku tahu, baik aku tanya family dia je. Tapi masalahnya family dia semuanya kat luar negara!", tempiak Natrah. Aydan dan Andy hairan.


"Macam mana kau tahu keluarga Encik ada di luar negara?", tanya Andy. Natrah yang baru sahaja terlepas cakap segera menutup mulutnya. "Aku... aku... aku terdengar je", Natrah menggelabah. "Betul ke... atau.. kau ada hubungan dengan...", Andy menebak. Natrah menyiku Andy. "Kau jangan nak macam-macam eh! Aku tak teringinlah dengan orang tua tu!", tengking Natrah. "Ala tak yahlah marah-marah... Aku tanya je", Andy menjeling.



Aydan rasa tercuit hati. Dia dah lama tahu tentang hubungan sulit Encik Merb dan Natrah sebab ada satu hari dia sedang mengekori ketuanya yang berjoli-joli dengan Natrah. Bukan main mesra sampai berpelukan lagi.



"Kau! Kau mesti dah apa-apakan dia kan?", tanya Natrah. Aydan memandang kosong Natrah. Dia tidak memberi sebarang jawapan pun terhadap Andy dan Natrah. "Aku tanya ni! Jangan diam boleh tak?!",tengking Natrah. Sungguh tak seperti perempuan galaknya. Kalau bakal suami nampak dia, kene reject terus.



"Jangan-jangan kau dah bunuh dia?", tebak Natrah. Andy membulatkan mata. "Takkanlah orang macam dia nak bunuh Encik pula", Andy menepuk belakang Natrah.

"Kau... Nak tahu ke...?",akhirnya Aydan bersuara.


Natrah dan Andy pandang silih berganti.


"Aku boleh tunjuk kat korang", Aydan memandang Natrah dan Andy.

Tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. "Apa yang berlaku ni?!", Natrah menggelabah. Aydan masih kekal tenang.

"Weh ada pantry terbakar!",Andy membelek telefon pintarnya dan tertera notis kecemasan. "Ha? Pantry? Pantry mana satu?",tanya Natrah. Aydan beredar masuk ke dalam pejabat untuk mengambil bukunya.

Mata Andy terbeliak. "Pantry kita!", mata Natrah membutang. "Weh seriuslah! Aku baru beli pembakar roti untuk pantry kita", Natrah menepuk dahinya. "Jomlah blah! eh Aydan mana?", tanya Andy. "Lantak dia lah! Biar je dia tu... mati pun takpe", Natrah menarik lengan Andy untuk beredar.

Aydan perlu ambil buku hitam itu sebab buku itu penting baginya. Aydan mencari di bawah mejanya sampailah jari dia tersentuh sesuatu. Dengan segera Aydan menarik barang tersebut. Dia menghembus nafas lega apabila bukunya masih selamat di bawah meja. Kemudian Aydan meluru untuk turun ke bawah.

☎☎☎☎
Hai dan selamat petang readers^^
Jangan lupa vote dan support saya hinggalah ke penghujung cerita ♔♔

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now