0 7

494 50 2
                                    

Seperti tersedar akan sesuatu, Jisoo terus mencipta ruang antara dirinya dengan Baekhyun.

Dia merenung wajah Baekhyun.❝ siapa yang benarkan you masuk dorm kumpulan I? ❞ soal Jisoo secara tiba-tiba. Bukannya apa, dia pelik bagaimana Baekhyun boleh masuk ke dalam rumah ini. Sedangkan kunci rumah ini hanya terdapat pada pengurus dan ahli kumpulannya sahaja.

Baekhyun tergelak perlahan apabila mendengar soalan yang diutarakan oleh Jisoo. Dia menjongketkan keningnya. ❝ you rasa siapa yang buka pintu untuk I? ❞ soal Baekhyun. Dia cuba untuk bermain teka-teki bersama Jisoo.

Jisoo mengecilkan kedua-dua matanya. ❝ you ni kan. I tanya betul-betul ni ❞ ucap Jisoo separa marah. Kemudian, tangannya terus memukul lengan milik Baekhyun.

Dia tengah serious, Baekhyun pula pergi main-main. Memanglah dia naik angin.

Baekhyun segera memegang lengan Jisoo untuk menghentikan perbuatan tersebut. Kemudian, dia merenung muka Jisoo. ❝ hey, I suruh you teka sahaja. Nak marah-marah kenapa? ❞ lembut sahaja nada yang digunakan oleh Baekhyun untuk bertanya.

Jisoo terkaku apabila matanya bertembung dengan mata Baekhyun.

D-Dia agak malu sebenarnya.

❝ ehem ❞ jisoo berdehem untuk menghilangkan perasaan malu yang berada di dalam diri. Mukanya segera dialihkan agar memandang ke tempat lain.

❝ Jennie? ❞ Jisoo menebak.

Baekhyun tergelak kecil, ❝ you tak ada nama lain ke nak sebut? ❞

❝ habistu Rose? ❞ Teka Jisoo lagi.

Baekhyun menggeleng perlahan masih ketawa kecil dengan tekaan salah Jisoo.

❝ Lisa?! ❞ terjerit kecil Jisoo apabila menyebut nama Lisa. Mana tidaknya, suka hati dia sahaja membenarkan Baekhyun masuk ke dalam rumah mereka.

❝ siaplah Lisa tu nanti. I cubit-cubit pipi dia sampai lebam. Ikut suka dia sahaja bagi you masuk rumah ❞ omel Jisoo. Baekhyun tergeleng perlahan mendengar omelan Jisoo.

❝ sebenarnya ada baiknya juga dia bagi I masuk. Tak adalah you menangis sampai esok pagi ❞ perli Baekhyun.

Jisoo menolehkan kepalanya memandang Baekhyun. Kemudian dia tersengih.

Ada benarnya juga kata-kata Baekhyun itu.

Secara tiba-tiba Baekhyun menarik badan Jisoo agar masuk ke dalam pelukannya. Kepala milik Jisoo diletakkan di atas dada bidangnya. Baekhyun memejamkan kedua-dua belah matanya. Belakang badan Jisoo diusap.

Jisoo terkedu dengan perbuatan Baekhyun. Secara tiba-tiba jantungnya mulai berdegup dengan laju.

❝ B-Baekhyun ❞ kata Jisoo perlahan.

❝ hmmmm ❞

❝ Boleh tak you jangan buat perkara yang macam ni? ❞

why?

Jisoo terdiam seketika. Bibirnya dikemam.
Perlukah dia mengungkapkan perkara ini kepada Baekhyun?

Setelah sekian lama berdiam diri, Jisoo membuka mulutnya.

y-you buat hati I berdebar ❞

Baekhyun terus mencelikkan matanya. Kepalanya ditundukkan ke bawah agar memandang Jisoo. Pandangan yang redup diberikan kepada Jisoo.

Mata milik Jisoo menjadi tumpuannya.

❝ Baguslah kalau begitu. I really want you to feel that especially now ❞ ucap Baekhyun.

Sejurus itu, dia terus melekapkan bibirnya pada bibir milik Jisoo.




•°•°•

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now