0 9

425 47 1
                                    

Gementar.

Hanya itu sahaja perkataan yang mampu dijelaskan mengenai diri Jisoo ketika ini.

Sekali sekala matanya melihat ke arah jam dinding yang terdapat pada pejabat CEO Hwang.

Secara tiba-tiba, tangannya terasa disentuh oleh seseorang. Jisoo menoleh ke sebelah kanannya. Kemudian, dia tersenyum nipis.

unnie jangan risau. CEO Hwang mesti nak beritahu sesuatu yang penting pada unnie ❞ pujuk Rose. Jisoo mengangguk membenarkan kata-kata Rose sebentar tadi.

Pintu pejabat milik CEO Hwang dibuka dari luar. Muncullah muka individu yang dinantikan oleh Jisoo.

Jisoo dan Rose bangun dari duduk dan menundukkan sedikit badan mereka tanda hormat kepada CEO Hwang.

❝ ahhh, Rose pun ada di sini? ❞ mesra sahaja nada yang digunakan oleh CEO Hwang untuk bertanya soalan tersebut. Punggungnya kemudian dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan Jisoo dan Rose.

Rose tersengih apabila mendengar soalan yang diutarakan oleh CEO Hwang. ❝ Jisoo unnie suruh Rose teman dia ❞

Jawapan Rose membuatkan CEO Hwang tersenyum.

Dia kemudiannya melihat Jisoo. ❝ kenapa macam tertekan je? Rileks sahaja. Saya tak marah awak pun ❞ ujar CEO Hwang.

Tetapi kata-kata tersebut tidak mampu untuk melegakan debaran yang berada di hati Jisoo.

❝ jadi kenapa Cik Hwang nak berjumpa dengan saya? ❞ soal Jisoo.

Yelah. Kalau CEO Hwang tidak mahu memarahinya, mana mungkin beliau menyuruh Jisoo berjumpa di dalam pejabatnya.

Nak kata CEO Hwang merancang mahu membuat kemunculan semula bagi kumpulannya, tentu sahaja kesemua ahli kumpulannya dijemput ke pejabat CEO-nya pada hari ini.

Tetapi hanya Jisoo sahaja yang dijemput pada hari ini. Rose pula datang sekadar untuk menemani dirinya.

CEO Hwang bangun dari duduk dan bergerak ke arah meja kerjanya. Beberapa helai kertas diambil oleh CEO Hwang. Kertas tersebut kemudian diletakkan di atas meja kopi yang berada di hadapan Jisoo.

Jisoo mengambil kertas tersebut dan membacanya bersama-sama dengan Rose. Satu persatu perkataan yang terkandung di dalam surat tersebut dibaca dengan teliti.

❝ rancangan realiti? ❞ tanya Jisoo setelah dia selesai membaca kertas tersebut. CEO Hwang mengangukkan kepalanya.

❝ rancangan realiti ini berkisarkan tentang percintaan awak dengan Baekhyun. Lebih kurang macam rancangan realiti 'we got married' . Sebuah syarikat rakaman mahu awak dan Baekhyun membintangi rancangan ini memandangkan hubungan awak berdua masih baru dan segar ❞ terang CEO Hwang.

Jisoo mengurut pelipisnya. Dia agak tidak berpuas hati tentang rancangan realiti yang akan merakam kehidupan peribadinya nanti.

Berbagai-bagai soalan yang berada di benak fikiran Jisoo.

Bagaimana penerimaan orang ramai terhadap rancangan realiti tersebut?

Adakah orang ramai akan membenci dirinya setelah mengetahui bahawa hubungannya dengan Baekhyun adalah palsu semata-mata?

Mr Baekhyun dah tahu tentang rancangan realiti ni dan dia akan bersetuju jika awak bersetuju untuk membintangi rancangan ini ❞ kata CEO Hwang.

Jisoo mengiggit bibirnya. Dia sedang buntu untuk membuat keputusan.

Rose yang duduk di sebelah melihat dirinya. Nampaknya Rose juga sedang menunggu keputusan yang akan keluar daripada mulutnya.

Satu detik.

Dua detik.

Tiga detik.

❝ s-saya setuju ❞ dengan nafas yang berat Jisoo menuturkan kata-kata tersebut.

CEO Hwang mula tersenyum apabila mendengar keputusan yang keluar daripada mulut Jisoo.

Dia terus bangun dari duduk dan mencapai telefon bimbitnya. Nombor seseorang dihubungi. Mungkin nombor salah seorang pekerja di syarikat rakaman yang membuat rancangan realiti tersebut.

Jisoo memandang Rose yang duduk di sebelahnya. Keluhan yang berat dilepaskan.

❝ adakah keputusan unnie ini betul? ❞

•°•°•

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now