2 8

268 37 1
                                    


Jisoo segera membuka pintu kereta sebaik sahaja kereta Baekhyun diberhentikan di hadapan bangunan kondonya. Kakinya melangkah keluar dari kereta Baekhyun.

Kepalanya langsung tidak menoleh untuk melihat lelaki itu.

Baekhyun berdecit. Dia tidak tahu sama ada mahu mengejar gadis itu atau tidak.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar daripada keretanya. ❝ jisoo wait! ❞ jeritnya.

Jisoo memberhentikan langkahnya. Tetapi kepalanya langsung tidak ditolehkan ke belakang.

you nak cakap apa? ❞ soal Jisoo.

Baekhyun teragak-agak untuk mendekati Jisoo. Namun, kakinya tetap bergerak untuk mendekatkan dirinya dengan gadis itu.

Kini, jaraknya dengan Jisoo hanya tinggal beberapa langkah sahaja.

Keadaan mula senyap sunyi.

Jisoo menolehkan kepalanya ke belakang. ❝ you nak cakap apa? ❞ tanya Jisoo buat kali kedua. Sebelah keningnya diangkat.

I-I

you apa? ❞ Jisoo memusingkan badannya menghadap Baekhyun. Tangannya disilangkan pada dada.

Baekhyun merenung wajah Jisoo. Mahu sahaja dia meluahkan perasaannya pada Jisoo tetapi suaranya seperti tidak boleh keluar.

Dalam erti kata lain, dia takut.
Dia takut sekiranya gadis ini mahu menjauhkan dirinya daripada dia sekiranya dia membuat pengakuan tersebut.

❝ hmmm. It's nothing. You can go up now ❞ ucap Baekhyun. Seusai itu, Jisoo segera berjalan masuk ke dalam rumah kondonya. Dalam erti kata lain dorm milik Blackpink.

Baekhyun mengeluh. Matanya hanya menghantar kelibat Jisoo yang semakin hilang.

i'm sorry

°•°•°

Sebaik sahaja Jisoo masuk ke dalam rumahnya, dia segera bergerak masuk ke dalam biliknya.

Ahli Blackpink yang lain hanya mampu melihat perbuatannya.

Mereka semua mengerutkan dahi apabila melihat ekspresi wajah Jisoo yang muram itu.

Pelbagai soalan yang timbul di fikiran mereka seperti ada sesuatu yang terjadi ke sewaktu Jisoo bersama dengan Baekhyun? Ataupun adakah terdapat seorang netizen yang menyerangnya sewaktu dia keluar tadi?

Tetapi semua persoalan tersebut mereka tolak tepi. Bilik Jisoo menjadi destinasi.

Tombol pintu bilik Jisoo dipulas. Namun berkunci.

unnie ❞ panggil Lisa. Tangannya mengetuk pintu bilik Jisoo.

Selang beberapa saat, pintu bilik Jisoo dibuka. Tersembul wajah Jisoo yang sudah dibasahi dengan air mata.

unnie! ❞ kata Rose, Jennie dan Lisa seretak. Mereka terus memeluk erat Jisoo.

°•°•°

❝ Baekhyun, are you sure tak ada benda yang terjadi sewaktu awak dan Jisoo unnie keluar malam tadi? ❞ soal Jennie tegas. Matanya merenung wajah Baekhyun tajam. Kakinya disilangkan.

Disebabkan Jisoo menangis malam tadi, Jennie dan Lisa terus mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat Baekhyun pagi itu.

Manakala Rose berada di rumah untuk menemani Jisoo.

Baekhyun mengeluh. Muka Jennie dan Lisa dilihat silih berganti.

❝ jisoo unnie tak bagitau pada kami apa yang berlaku malam tadi. Jadi, awak dah buat apa pada Jisoo unnie sampai dia menangis teruk semalam? Tak pernah saya tengok dia menangis sebegitu semalam ❞ kata Lisa pula. Dia sangat terdesak mahu mengetahui Jisoo menangis pada malam tadi.

Dia bukan mahu menjadi busybody tetapi dia perlu tahu kenapa Jisoo menangis dengan teruk malam tadi.

Baekhyun bangun dari duduknya. Fikirannya kini bercelaru.

D-Dia tidak tahu mahu memberitahu tentang perkara semalam atau tidak.

Dia takut jika kedua-dua gadis ini mengamuk apabila mereka berdua mengetahui tentang rancangannya mahu berkahwin dengan Irene.

i can't tell you guys. But I swear nothing bad happened last night. Dia cuma salah faham. Nanti saya cuba berbincang dengan dia ❞ kata Baekhyun. Perkataan itu sahaja yang selamat diucapkan.

are you sure? ❞ soal Jennie seperti tidak mempercayainya. Tetapi Baekhyun menganggukkan kepalanya.

❝ okay. We trust you. But please selesaikan salah faham tu secepat mungkin. Kitaorang dah tak sanggup tengok keadaan Jisoo unnie sekarang tu ❞ kata Jennie lagi. Dia memandang Baekhyun dengan penuh pengharapan.

❝ okay. I will

°•°•°

Tbc


[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now