5 4

266 33 0
                                    


❝ Jisoo, ada apa datang ke pejabat saya? ❞ soal CEO Hwang. Walaupun dia masih bingung kenapa gadis ini datang ke pejabatnya, senyuman masih terukir di bibirnya.

Dia bangun dari duduknya dan bergerak ke sofa yang terletak di bahagian tengah pejabatnya. Jisoo pula mengambil tempat berhadapan dengan CEO Hwang.

Jisoo menundukkan kepalanya ke bawah. Tangannya digenggam. Ada sesuatu yang perlu diberitahu kepada wanita pertengahan usia ini tetapi keberaniannya seperti menghilang begitu sahaja.

CEO Hwang mengerutkan dahinya apabila melihat Jisoo sedang gementar. ❝ comeback awak sudah semakin dekat. Are you okay with it? Nak saya tangguhkan lagi? ❞ ramah sahaja CEO Hwang bertanya.

Jisoo mengangkat kepalanya lalu menggelengkan kepalanya.

Mulutnya dibuka untuk mengatakan sesuatu tetapi ditutup kembali. Kepalanya ditundukkan kembali.

do you have anything to tell me? ❞ soal CEO Hwang apabila melihat kelakuan pelik Jisoo.

Gadis muda ini seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi takut untuk meluahkannya.

CEO Hwang bangun dari duduknya. Dia kemudian melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Jisoo.

Tangan milik Jisoo disentuh. Jisoo mengangkat mukanya lalu memandang wajah CEO Hwang.

CEO Hwang tersenyum. Sedikit demi sedikit perasaan takut Jisoo hilang. Dia menarik nafasnya kemudian menghembuskannya untuk menghilangkan rasa gementar. Dia perlu memberitahu CEO Hwang tentang perkara ini, pada hari ini juga!

❝ saya nak keluar dari Blackpink dan YG ❞

Jisoo menghembus nafas lega setelah mengungkapkan ayat tersebut. Terasa seperti beban yang dipikul telah hilang.

Kemudian wajah CEO Hwang dilihat untuk melihat reaksi majikannya itu.

Wanita itu kelihatan agak terkejut dengan kata-kata Jisoo. ❝ tapi kenapa? Kalau sebab komen-komen yang terdapat di media sosial tu? Awak boleh sahaja abaikan ❞

Ya, Jisoo boleh sahaja mengabaikan komen-komen buruk yang terdapat di media sosial itu. Dia tak perlu ambil hati sangat dengan komen-komen tersebut kerana kebanyakkannya daripada hater.

❝ I have my own reasons

CEO Hwang terdiam. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Wajah polos milik Jisoo ditenung.

Jisoo membalas renungan CEO Hwang.

Sebab sebenar dia mahu keluar dari Blackpink adalah kerana dia tak mahu menyusahkan ahli kumpulannya dengan kecederaan yang dialaminya.

Dia baru sahaja balik dari hospital untuk membuat pemeriksaan bulanan bagi kecederaan yang dialaminya.

Dan doktornya menyarankan dirinya agar berhenti menari buat seketika kerana aktiviti tersebut membuatkan lukanya bertambah teruk.

Dia tidak mahu mengecewakan peminat dan ahli kumpulannya yang lain. Dia tak mahu kemunculan semula mereka ditangguhkan lagi.

Dan disebabkan itulah, dia membuat keputusan sebegini. Lagipun badannya juga tidak boleh mengikut tarian lagu baru mereka dengan betul. Ada sahaja silapnya walaupun sudah berlatih setiap hari.

CEO Hwang melepaskan keluhan berat. ❝ saya bagi awak masa dua hari untuk fikirkan balik. Mana tahu kalau awak nak ubah fikiran. Tolong mesej keputusan awak pada saya dalam dua hari ini ❞ arah CEO Hwang.

Jisoo mengangukkan kepalanya. ❝ kontrak kita akan terbatal. Awak tak kisah ke bayar ganti rugi? ❞

Jisoo menggelengkan kepalanya. ❝ saya tak kisah ❞

°•°•°

Setelah penat termenung di atas katilnya, Jisoo mencapai telefon yang berada di tepi katilnya.

Nombor CEO Hwang dicari. Jari-jemarinya mula menaip.

You
+ Sajangnim
+ Keputusan saya tak berubah
+ Saya nak keluar dari Blackpink dan juga YG


°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now