4 1

239 30 0
                                    


Tok! Tok! Tok!

❝ come in! ❞

Jisoo membuka pintu pejabat CEO Hwang. Badannya diloloskan masuk ke dalam bilik tersebut.

CEO Hwang melihat Jisoo buat seketika. Jisoo menundukkan badannya sedikit.

please have a seat. Saya ada kerja nak disiapkan ❞ kata CEO Hwang. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

Manakala Jisoo mula mengambil tempat di sebuah sofa. Tangannya digenggam tanda gementar.

Tidak pernah lagi seumur hidupnya berhadapan dengan CEO Hwang seorang diri. Dulu, ada juga Baekhyun dan Rose menemani dirinya untuk berjumpa dengan CEO Hwang sewaktu berita percintaannya masih baharu. Tetapi kini, dia berseorangan.

Setelah beberapa minit, CEO Hwang bangun dari duduknya. Dia mula bergerak ke arah sofa yang bertentangan dengan Jisoo. Punggungnya dilabuhkan.

❝ tahniah kerana berjaya menamatkan penggambaran rancangan realiti kamu ❞ ujarnya. Wanita yang berumur separuh abad itu mula tersenyum. Tetapi senyuman tersebut terasa agak palsu. Dalam erti kata lain, senyuman tersebut nampak seperti dibuat-buat.

Jisoo hanya mengendahkan kata hatinya. Dia membalas senyuman CEO Hwang. ❝ terima kasih sebab beri saya peluang untuk sertai rancangan realiti ni ❞ kata Jisoo. Seusai itu, kepalanya ditundukkan ke bawah.

Dia agak kekok apabila wanita itu merenung dirinya seperti dia telah membuat kesalahan yang agak besar.

Keadaan senyap sunyi buat seketika. Masing-masing sedang asyik melayan perasaan sendiri.

❝ macam mana dengan hubungan awak dengan Baekhyun? ❞ soal CEO Hwang secara tiba-tiba. Jisoo mengangkat mukanya apabila soalan itu diutarakan.

Dia terdiam buat seketika.

Dia tidak tahu jika dia perlu memberitahu hakikat sebenar kepada majikannya ini. Hakikat yang hubungannya dengan Baekhyun adalah benar dan bukan palsu.

it's pretty good ❞ jawab Jisoo. Jawapan yang paling selamat untuk diberikan buat masa sekarang.

Dia rasa ada baiknya perkara itu dirahsiakan. Dia cuma takut CEO Hwang akan mengamuk jika mengetahui hal sebenar. Biarlah perkara tersebut dirahsiakan buat masa ini.

okay good. Selepas ini, please have a lot of rest sebab selepas ini, aktiviti kumpulan awak akan penuh. Jadual awak akan packed. Sebuah syarikat iklan mahu jadikan Blackpink as their model. Dan saya sudah aturkan your comeback. Your group akan buat kemunculan semula pada 5 bulan akan datang. And you and your group will busy with your recording and music video. Semalam saya dah beritahu semua ini pada Rose, Lisa dan Jennie. So today, I tell you about this. Jisoo, dapatkan rehat yang cukup. Dan kalau perlu, awak nak pergi berjumpa dengan kakak awak yang duduk di luar negara, pun tak apa. Saya benarkan ❞ kata CEO Hwang. Penuh panjang lebar dia memberikan kata-kata dan pesanan.

Jisoo bangun dari duduknya. Badannya ditundukkan berulang kali. ❝ terima kasih sajangnim ❞ kata Jisoo berulang kali. Dia bersyukur dan tidak sabar kerana dia boleh melakukan kemunculan semula lagi.

CEO Hwang hanya tersenyum. ❝ you can go now ❞ arah CEO Hwang. Jisoo kemudian keluar daripada pejabat CEO Hwang.

Setelah Jisoo keluar, CEO Hwang bergerak ke mejanya. Laci meja yang terbawah sekali dibuka.

Sampul surat yang berwarna coklat diambil lalu dibuka. Semua  gambar yang terdapat di dalam sampul surat tersebut dikeluarkan.

Ianya gambar Baekhyun dan Jisoo semasa di lapangan terbang, di taman tema dan di Pulau Jeju.

Kesemua muka Baekhyun pada gambar tersebut diconteng dengan cat berwarna merah. Terdapat juga kata-kata kesat yang tertulis di belakang gambar dengan pen berwarna merah.

Baekhyun should die!

F*ck you Byun Baekhyun!

Jisoo only mine!

Dan terdapat juga kata-kata yang agak merisaukan CEO Hwang.

I will kill Byun Baekhyun infront of Jisoo. CEO Hwang, please see it!

CEO Hwang termenung selepas membaca dan melihat gambar-gambar dan perkataan yang agak menakutkan itu. Kesemua gambar ini dihantar terus ke meja di dalam pejabatnya oleh seorang peminat fanatik Jisoo.

Dia risau sekiranya artis di bawah naugannya dicederakan. Disebabkan itulah, dia memberikan arahan kepada Pengawal Choi dan Pengurus Kim agar melindungi Jisoo.

Dia juga takut untuk memberitahu Jisoo tentang perkara ini. Dia takut jika Jisoo berasa terancam dan takut untuk keluar daripada rumah.

°•°•°

Tbc
 

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now