1 0

415 47 0
                                    

Jisoo membetulkan posisi pembaringannya berulang kali, tetapi matanya tetap masih segar.

Jam sudah menginjak ke angka 2 pagi dan dirinya masih tidak dapat tidur.

Kejadian sewaktu dia berada di pejabat CEO Hwang masih segar di ingatannya.

CEO Hwang menamatkan panggilannya bersama dengan salah seorang staf daripada rancangan realiti yang akan Jisoo sertai.

CEO Hwang kemudian kembali semula ke tempat duduknya. Dia mengukirkan senyuman sejak dari tadi.

staf rancangan realiti tu beritahu saya yang mesyuarat akan diadakan pada hari esok di bangunan sbs. Awak akan berjumpa dengan penulis skrip, penerbit, pengarah dan staf-staf yang lain beritahu CEO Hwang.

❝ dan nama rancangan realiti ni adalah ' We Are Dating '. Staf rancangan itu kata akan ada empat pasangan selebriti yang akan sertai rancangan tersebut termasuk awak dan Baekhyun. Setiap pasangan mempunyai lima episod. Jadi secara keseluruhan rancangan tersebut mempunyai 20 episod ❞ terang CEO Hwang.

Rose mendengar penerangan daripada CEO Hwang dengan penuh khusyuk. Manakala, tumpuan Jisoo sudah lari.

Dirinya masih di situ, tetapi fikirannya sudah melayang.

Dia berfikir, adakah tiga pasangan kekasih yang lain juga seperti dirinya. Terpaksa bercinta untuk menaikkan populariti?

Tapi kadang kala, dia tidak boleh kata bahawa dia dipaksa kerana dalam pada masa yang sama hatinya mula terbuka untuk Baekhyun.

Hatinya mudah tertarik dengan semua perkara manis yang dilakukan oleh Baekhyun.

❝ awak dan Baekhyun merupakan pasangan yang pertama. Jadi, lima episod pertama menjadi milik awak dan Baekhyun. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin untuk menaikkan populariti awak dan juga kumpulan Blackpink.❞ kata CEO Hwang.

❝ did you hear what I say? ❞

Jisoo mengendahkan pertanyaan CEO Hwang. Dalam erti kata lain, dia tidak mendengar pertanyaan yang disoal.

Rose yang berada di sebelah Jisoo menepuk perlahan paha Jisoo. Jisoo menolehkan kepala memandang Rose dan CEO Hwang silih berganti.

❝ awak dengar ke apa yang saya cakap tadi kim jisoo shii? ❞

sajangnim cakap tentang apa tadi?❞ soal Jisoo.

CEO Hwang mengeluh. ❝ look, Jisoo. I know you are nervous. But please do your best for this time. Show to your fans that your love with Baekhyun are real. ❞

Jisoo mengeluh. Dia sudah menerima tawaran tersebut dan tidak boleh mengundurkan dirinya lagi.

❝ i will ❞

Ya, dia terpaksa.

Jisoo bangun dari pembaringannya. Pelipis kepalanya dipicit sebentar. Sakit akibat berbaring terlalu lama dan memaksa mata untuk terlelap.

Telefonnya yang berdiri di atas katilnya diambil. Kemudian butang on ditekan.

Tiada sebarang notifikasi baru dihantar. Kemudian, telefonnya ditutup kembali.

Kakinya dijejakkan ke lantai dan melangkah keluar daripada bilik tidurnya. Ruang tamu menjadi destinasinya.

Televisyen dibuka dan punggung milik Jisoo dilabuhkan di atas sofa. Terpampang movie korea yang bertajuk on your wedding day lakonan Kim Young Kwang dan Park Bo Young.

Jisoo melihat movie tersebut dengan penuh khusyuk.

Setelah 2 jam 30 minit melihat filem tersebut telah sampai ke penghujungnya.

after all love is all about timing

Jisoo membaca perkataan yang terdapat dalam credit scenes filem tersebut.

Jisoo melihat jam yang terdapat di dinding. Jarum jam sudah menginjak ke nombor 4.30 pagi.

Jisoo menguap. Dia berasa amat mengantuk sekali.

Akibat perasaan mengantuk dan malas, Jisoo membuat keputusan untuk tidur sahaja di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.

°•°•°

Tbc




[C] The Truth Behind | BaekhyunHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin