5 2

255 31 2
                                    


[BREAKING NEWS]

Comeback Blackpink terpaksa ditangguhkan kepada bulan hadapan kerana kejadian yang dialami oleh Kim Jisoo.

Pihak kami perlu memastikan gadis itu mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum melakukan comeback yang dirancang.

Kami berharap agar para peminat khususnya Blink sentiasa sabar menunggu berita daripada pihak kami.

-YG Entertaiment

°•°•°

Hari ini Jisoo berada di wad berseorangan kerana semua orang sibuk bekerja dan membuat hal-hal yang lain.

Jisoo memanfaatkan masa ini dengan membaca sekilas mesej yang dihantar oleh Baekhyun buat pertama kalinya selepas mereka berpisah. Sudah lama sebenarnya Baekhyun menghantar mesej tersebut, tetapi dia tiada keberanian untuk membuka dan membacanya.

Dan pada hari ini, dia mendapat keberanian untuk membaca mesej tersebut.

baekhyunnn
+ Thank you for saving my life
+ I really appreciate it
+ Get well soon, Jisoo ahh

Jisoo mengeluh. Itu sahaja mesej yang diterima. Tiada langsung ayat-ayat yang mampu mencairkan hatinya.

Secara tiba-tiba, Jisoo dikejutkan dengan kehadiran Taehyung di muka pintu wadnya.

S-sunbae? ❞ Kata Jisoo. Matanya dibulatkan. Dia agak terkejut dengan kehadiran Taehyung ke sini pada hari ini.

Taehyung hanya tersenyum melihat reaksi Jisoo itu. Kakinya melangkah mendekati Jisoo. Sejambak bunga yang berada di tangannya diberikan kepada Jisoo.

Jisoo mengerutkan dahinya. Sudah kenapa Taehyung memberikan bunga kepadanya. Lainlah kalau Baekhyun yang bagi tetapi Jisoo tetap menyambut pemberian bunga tersebut.

Tidak mahu dicop sombong lah katakan.

from Baekhyun ❞ ujar Taehyung.

Mata Jisoo mula bersinar.
Dia teruja kerana bunga tersebut daripada Baekhyun.

Kad yang terdapat pada bunga terus dibuka dan dibaca perlahan.

Get well soon sayang.
Sorry I tak dapat melawat you
😖

From: your bee

Jisoo tertawa perlahan. Agak lucu sebenarnya apabila Baekhyun membahasakan dirinya sebagai 'bee'

gembira?soal Taehyung secara tiba-tiba.

Jisoo tersentak. Dia hampir terlupa Taehyung masih berada di dalam wadnya lagi.

Jisoo memandang Taehyung. Kepalanya dianggukkan dengan laju. Dia benar-benar berasa gembira pada ketika ini.

Taehyung tersenyum. ❝ baguslah kalau macam tu ❞ ujar Taehyung. Dia kemudian bangun dari duduknya. Kakinya diatur ke muka pintu.

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now