3 4

267 34 0
                                    

Esok adalah harinya!
Jisoo akan bertolak ke Pulau Jeju pada hari esok.

Jisoo sedang memasukkan beberapa helai baju yang akan dibawa bersama.

Tteonaji ma just stay~

Telefonnya memainkan lagu Forever young milik kumpulannya sebagai nada dering.

Ianya adalah panggilan video daripada Baekhyun. Jisoo menggeselkan ikon berwarna hijau.

hi, tengah buat apa tu? ❞ soal suara diseberang sana. Dahinya dikerutkan apabila melihat Jisoo begitu sibuk sekali membuat sesuatu.

❝ tengah kemas baju untuk bawa esok ❞ balas Jisoo.

Selepas selesai memasukkan baju di dalam bagasi, dia menarik zip bagasi tersebut. Kemudian bagasi itu diletakkan di penjuru biliknya.

Telefon dicapai. Jisoo meniarap di atas katil.

Baekhyun merenung muka Jisoo melalui skrin telefon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Baekhyun merenung muka Jisoo melalui skrin telefon. ❝ you mekap ke? ❞ soal Baekhyun.

Jisoo terdiam.

Bagaimana Baekhyun tahu dirinya bermekap? Nampak sangatkah dia bermekap?

❝ nampak sangat ke? ❞

Baekhyun menggangukkan kepalanya. Dia kemudiam tertawa. ❝ lain kali tak perlu nak bermekap. Buat penat you je nak cuci mekap tu nanti ❞ balas Baekhyun.

Jisoo memuncungkan bibirnya.

Jisoo memuncungkan bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


❝ alaaa. I nak sentiasa cantik di mata you.

Baekhyun menggelengkan kepalanya. Jari telunjuknya digoyangkan tanda tidak perlu.

you sentiasa cantik di mata I

❝ walaupun I baru bangun tidur? Dengan air lius basi tu? ❞ soal Jisoo. Dia memotong percakapan Baekhyun.

Baekhyun menganggukkan kepalanya.

❝ walaupun I dah tua? ❞ soal Jisoo lagi.

Baekhyun mengangguk.

❝ walaupu- ❞

❝ sudah sudahlah tu sayang ooi ❞

Jisoo tersengih mendengar ayat Baekhyun itu. Kemudian matanya melihat skrin telefon. Matanya difokuskan kepada pemandangan yang berada di belakang Baekhyun.

you outstation lagi ke? ❞

Baekhyun mengangguk lagi.

ah, maybe I lewat sikit esok. Sorry

❝ tak apa. I faham. Btw you kat mana sekarang ni?❞ soal Jisoo. Matanya terintai-intai tempat Baekhyun berada.

Dia berasa curiga dengan keadaan di sana. Pada saat ini, Korea pada waktu malam dan sana juga Jisoo lihat waktu malam. Takkanlah waktu Korea dan waktu di sana sama? Mestilah berlainan.

Muka Baekhyun mula gelabah apabila Jisoo menyoal. Dia segera mendekatkan skrin telefon pada mukanya.

❝ dekat hati you. Eh, dahlah sayang. I kena pergi ni. bye, I love you ❞ kata Baekhyun secara tiba-tiba. Dia segera menamatkan panggilan video tersebut.

Baekhyun menghembus nafasnya lega. Dia tidak sangka Jisoo mampu mengesan sesuatu yang lain di sini.

Pada waktu ini, dia sudah berada di Pulau Jeju, Korea untuk membuat persiapan bagi rakaman hari esok. Dia mahu membuat kejutan yang romantik untuk Jisoo.

°•°•°

Jisoo mengerutkan dahinya apabila panggilan video bersama Baekhyun secara tiba-tiba ditamatkan oleh Baekhyun sendiri.

Matanya terkebil-kebil melihat skrin telefonnya yang sudah gelap itu.

Kenapa Baekhyun menggelabah apabila dia bertanya tentang keberadaan lelaki itu?

Baekhyun ada rahsiakan sesuatu terhadap dirinya ke?

°•°•°

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now