4 9

231 29 0
                                    


❝ ahh Jinwoo, kenapa datang rumah akak malam-malam macam ni? ❞ soal Jiyoon apabila melihat Jinwoo berdiri di hadapan pintu rumahnya sebaik sahaja dia pulang menghantar Jisoo di lapangan terbang.

Jinwoo menyerabutkan rambutnya. ❝ Jinhyuk hyung suruh Jinwoo duduk rumah akak. Secara tiba-tiba dia kata dia kena balik ke Korea.  ❞ adu Jinwoo. Dia mengerutkan dahinya sambil bercerita.

Jiyoon tersenyum mendengar aduan daripada remaja lelaki yang berumur 16 tahun itu. Dia menjemput Jinwoo masuk ke dalam rumahnya.

❝ akak nak tahu tak. Hyung tu terus keluar rumah lepas breakfast tadi. Lepas tu, baru tadi Jinwoo dapat mesej daripada dia yang dia balik ke Korea malam ini. Haishh ❞ adu Jinwoo lagi. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang terdapat di meja makan.

Manakala Jiyoon hanya mendengar bebelan daripada Jinwoo sambil menghidangkan air kepada remaja tersebut.

❝ Taeyong hyung pula tak tahu menghilang ke mana. Kedua-duanya lesap selepas bersarapan tadi. Tinggalkan Jinwoo seorang diri ❞ kata Jinwoo. Air oren yang dihidangkan oleh Jiyoon dihirup.

Kemudian cawan tersebut diletakkan di atas meja secara kasar. Kemarahannya masih belum reda walaupun sudah minum air.

❝ dahlah ambil komputer Jinwoo. Macam mana Jinwoo nak buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Haishhh. Hyung ni kan?! ❞

Jiyoon hanya tersenyum mendengar bebelan anak muda tersebut. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

°•°•°

Korea International Airport—

Jisoo tersenyum nipis apabila melihat kelibat Pengurus Kim dan Pengawal Choi yang sedang menunggu dirinya. Namun kedua-dua lelaki tersebut tidak menyedari kehadirannya. Dia segera berjalan menuju ke arah kedua-dua orang lelaki itu.

Secara tiba-tiba telefonnya berbunyi minta diangkat. Dengan kadar segera, Jisoo mengangkat panggilan tersebut dapat melihat nombor pemanggil terlebih dahulu.

❝ hello ❞ kata Jisoo sepatah. Dia memberhentikan langkahnya.

welcome back to Korea Jisoo-ahh

Jisoo terkaku. Dia melihat kembali skrin telefonnya. Panggilan daripada stalkernya.

Dia meraup rambutnya ke belakang. Kenapalah dia tak melihat terlebih dahulu nombor pemanggil?

wanna see me? Turn back around

Seram.  Itu yang Jisoo rasakan sekarang ini. Bulu romanya secara tiba-tiba naik.

❝ hai sayang ❞ bisik seorang lelaki. Jisoo pasti lelaki itu merupakan pengintip yang memerhatikan dirinya selama ini dan melefonnya tadi.

Jisoo terkaku. Peluh dingin mula menitik di dahinya.

Dia berdoa agar Pengurus Kim mahupun Pengawal Choi menoleh ke arah sekarang ini. Dia takut sekiranya diapa-apakan oleh lelaki ini.

Secara tiba-tiba Pengawal Choi terpandang akan Jisoo. Jisoo tersenyum lega. Dia terus melangkah laju ke Pengawal Choi.

Setelah selamat sampai di sisi lelaki itu, Jisoo menoleh ke belakang. Tetapi pengitip tersebut sudah tidak kelihatan lagi.

Jisoo menarik nafas. Nampaknya dia perlu berterima kasih kepada Pengawal Choi nanti.

Tetapi mengapa suara lelaki pengitip itu seperti suara yang agak familiar baginya. Dia kenal ke dengan lelaki itu?

°•°•°

unnie! ❞ jerit ketiga-tiga gadis yang tidak lain tidak bukan Jennie, Lisa dan Rose.

Mereka bertiga terus mendakap erat tubuh Jisoo. Jisoo tersenyum gembira.

❝ kitaorang rindu unnie ❞ kata Lisa manja. Wajah milik Jisoo ditenung sehingga mahu tembus. Almaklumlah, mahu melepaskan rindulah katakan.

Jisoo kemudian melihat satu persatu wajah ahlinya.

unnie pun rindu korang ❞

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now