0 8

467 47 0
                                    

❝ seronok dating dalam bilik malam tadi? ❞ soal Lisa sebaik sahaja Jisoo keluar daripada biliknya pagi ini.

❝ mana ada dating

❝ habis tu buat apa? ❞ soal Lisa lagi. Dia menjongketkan keningnya.

Jisoo mengeluh.

Haih. Busybody betullah dia ni.

❝ Dia cuma tenangkan unnie je. ❞ jawab Jisoo.

❝ Lisa ingatkan dia tak nak balik. Yelah dah jumpa girlfriend kan? ❞ usik Lisa.

Jisoo merenung diri Lisa.
Besar kecil besar kecil dia lihat Lisa sekarang ini.

Nasib baiklah Baekhyun segera mengangkat kaki sebaik sahaja 'kejadian' itu tamat.

Kalau tidak, mahu mukanya pipinya kemerah-merahan akibat perasaan malu.

Mengingatkan kejadian malam tadi sahaja sudah membuatkan jantung Jisoo berdegup kencang. Apatah lagi bila kejadian itu sedang berlangsung.

Rasanya mahu juga dia mati di situ jika Baekhyun tidak menamatkan ciuman mereka malam tadi dengan segera.

Jari miliknya terus mencapai pipi Lisa. Dicubitnya kedua-dua pipi Lisa sehingga Lisa mengaduh kesakitan.

❝ eeeee.. Siapa suruh bagi Baekhyun masuk semalam kan sudah kena. Lagi satu sejak bila Lisa ni jadi busybody sangat ni haa? ❞ kata Jisoo meleret. Kemudian, jarinya dilepaskan daripada mencubit pipi Lisa.

Lisa mengusap kedua-dua pipinya. Kemudian bibirnya dimuncungkan. ❝ sakit tahu? ❞ adu Lisa.

Jisoo kemudian tersengih. ❝ maaf ❞ ucap Jisoo sepatah.

Ting!

Telefon milik Jisoo berbunyi tanda dia mendapat mesej daripada seseorang.

Jisoo segera mengambil telefonnya yang berada di atas meja. Dia kemudian membaca mesej yang terpapar di skrin telefonnya.

From: Manager Jung

CEO Hwang mahu berjumpa dengan awak pada jam 10 pagi di pejabatnya. Jangan lewat.

Selesai membaca, Jisoo menunjukkan mesej tersebut kepada Lisa.

Lisa membaca satu persatu perkataan daripada mesej manager Jung. Kemudian, Lisa mengerutkan dahinya.

❝ kenapa CEO Hwang nak jumpa dengan unnie? ❞ soal Lisa.

Jisoo hanya mengangkat bahunya sebagai jawapan kepada pertanyaan Lisa. Dia sendiri juga tidak tahu mengapa CEO-nya itu mahu berjumpa dengan dirinya.

Adakah dia sudah membuat kesilapan besar sehingga dia dipanggil oleh CEO Hwang?

Rasanya tidak.

Hubungan antara dirinya dan Baekhyun juga sudah diberitahu awal-awal kepada CEO Hwang.

Jadi bukan kerana isu itu lah kan? Tebak Jisoo.

Dia hanya mampu berharap CEO Hwang memanggilnya kerana hal-hal kecemasan dan bukan kerana untuk memarahi dirinya.


°•°•°


Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now