2 3

298 32 1
                                    


Seperti yang dirancangkan, hari ini sesi rakaman bagi rancangan realiti We Are Dating diadakan di sebuah pusat boling.

Ahli Blackpink yang lain iaitu Lisa, Jennie dan Rose juga turut berada di pusat boling itu.

Kamera-kamera sudah mula merakam mereka berlima sejak awal perjalanan lagi. Jisoo berpisah dengan ahli-ahlinya buat sementara waktu kerana dia perlu menaiki kereta Baekhyun.

Mereka berlima masing-masing mendapatkan kasut boling yang sesuai dengan saiz kaki mereka.

Baekhyun bangun dari duduknya apabila selesai memakai kasut. Kemudian, dilihatnya Jisoo yang agak terkial-kial mengikat tali kasut.

Terus sahaja Baekhyun mendekati Jisoo lalu melutut di hadapan gadis itu. Tali kasut milik Jisoo diikatnya dengan kemas. Jisoo hanya melihat sahaja perbuatan Baekhyun.

Secara tiba-tiba Baekhyun mendonggakkan kepalanya menyebabkan mata mereka berdua bertembung. Jisoo segera menolehkan kepalanya ke arah lain.

Dia takut sekiranya Baekhyun melihat mukanya yang sedang merah itu.

D-Dia agak malu dengan renungan mata Baekhyun.

Baekhyun kemudian berdiri. Tangannya dihulur kepada Jisoo dan Jisoo menyambutnya.












°•°•°









unnie jinja daebak! ❞ jerit Lisa sebaik sahaja Jennie mendapat strike. Jennie menunjukkan muka bangganya.

Jisoo mencebik. ❝ alaaa. Unnie pun hebat juga ❞ kata Jisoo pula. Bola boling dibaling.

Lalu pusat boling itu dipenuhi gelak tawa Rose, Jennie, Lisa dan juga Baekhyun. Ini kerana bola boling tersebut masuk ke dalam longkang.

Jisoo membaling bola boling buat kali kedua. Tetapi kali ini hanya satu pin sahaja yang berjaya dijatuhkan.

Rose,Jennie, Lisa dan Baekhyun terus-terusan ketawa.

Muka kecewa ditunjukkan. Punggungnya kemudian dilabuhkan di atas kerusi. Tangannya disilangkan. Wajah Baekhyun dilihat dengan ekor mata.

Tak guna punya Baekhyun! Sampai hati di gelakkan aku. Kata Jisoo dalam hati.

Kini giliran Baekhyun pula untuk bermain!

Baekhyun mengambil bola boling. Dia membaling bola boling tersebut dengan penuh gaya.

Dan

Strike!

muka bangga ditunjukkan kepada Jisoo. Sebagai balasan Jisoo menjelirkan lidah kepada Baekhyun.

Annoying gila! Taulah kita ni tak pandai main. Bisik hati Jisoo.

Sejurus itu, Baekhyun segera mengambil tempat di sebelah Jisoo.

Permainan mereka sudah berakhir. Kemenangan menjadi milik Baekhyun dan Jennie kerana mata mereka seri. Diikuti dengan Rose, Lisa dan juga Jisoo.

Ya, Jisoo mendapat tempat terakhir!

❝ jom bertanding ❞ usul Lisa secara tiba-tiba.

Jennie dan Rose masing-masing memandang Lisa. ❝ are you serious? ❞ soal Rose.

Lisa mengangukkan kepalanya.❝ kenapa? Tak boleh ke? ❞ tanya Lisa pula.

Jennie memandang Rose dan Rose memandang Jennie. Masing-masing tidak mahu menjawab pertanyaan Lisa itu. Ini kerana Lisa boleh menjadi baik atau tidak dalam sesuatu permainan.

❝ ok. Jom bertanding ❞ kata Baekhyun secara tiba-tiba. Lisa terus teruja.

❝ tapi macam mana kita kan lima orang? ❞ soal Jennie. Bukankah tidak adil jika tiga lawan dua?

nah, it's okay. I and Jisoo. And guys three. Tapi giliran I dua kali untuk adil kata Baekhyun.

❝ kumpulan yang kalah perlu bayar permainan hari ini dan belanja makan. Deal? ❞ sambung Baekhyun lagi. Jisoo terus menarik Baekhyun menjauhi Jennie, Lisa dan Rose.

you serious ke ni? ❞ soal Jisoo. Muka risau ditunjukkan.

Baekhyun menganggukkan kepala. ❝ ya,why?

Jisoo mengurut pelipis kepalanya. ❝ macam mana kalau kita kalah? ❞

❝ terpaksalah kita bayar permainan hari ni dan belanja makan ❞ kata Baekhyun. Kemudian dia terus berjalan ke arah Jennie, Rose dan Lisa.

❝ masalahnya, diorang semua tu kuat makan ❞ kata Jisoo perlahan.

unnie! Cepatlah permainan dah nak bermula ni! ❞ panggil Rose.

unnie datang! ❞

Jisoo segera berjalan ke arah mereka.



•°•°•

•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now