1 9

335 38 1
                                    


Jisoo merebahkan badannya di atas katil sebaik sahaja dia berada di dalam rumah. Kedua-dua belah matanya ditutup. Sakit dan pening kepalanya masih tidak menghilang semenjak menaiki roller coaster tadi.

Akhirnya dia meminta diri selepas menaiki dua lagi permainan bersama dengan Baekhyun. Lagipun, banyak juga babak menarik yang dapat dirakam oleh jurukamera.

Krek

Seseorang membuka pintu biliknya secara tiba-tiba. Dan sudah tentu individu tersebut adalah salah seorang ahli kumpulannya.

unnie ❞ panggil satu suara. Dia kemudian menapak ke arah Jisoo.

Jisoo membuka matanya secara perlahan-lahan. ❝ Chae-ahh. Wae? ❞ soal Jisoo perlahan. Dia tidak larat untuk mengeluarkan suara.

Rose terus merebahkan badannya sebelah Jisoo. Kemudian, badan Jisoo dipeluk olehnya. Jisoo hanya merelakan sahaja perbuatan Rose itu.

❝ seronok ke pergi theme park dengan Baekhyun? ❞

❝ seronoklah juga tapi dia paksa unnie naik roller coaster ❞ adu Jisoo. Suaranya seperti mahu tidak mahu sahaja keluar.

Rose segera bangun dari pembaringannya. Ada sesuatu perkara yang pelik tentang Jisoo sekarang ini. Perangai Jisoo tidak seperti selalunya yang aktif. Sekarang ini, perangai Jisoo agak pasif.

Dan Rose tahu, jika perangai Jisoo seperti ini. Pasti unnienya ini mempunyai masalah ataupun sakit.

Dahi milik unnienya disentuh terus. Agak panas. ❝ unnie. Unnie demam ❞ kata Rose. Tetapi kata-kata daripada Rose itu tidak didengari oleh Jisoo kerana dia sudah terbuai di alam mimpi.








°•°•°








Pintu bilik Jisoo dibuka dari luar. ❝ chae-ahh. Unnie tak lapar ❞ kata Jisoo perlahan. Suaranya serak menandakan tekaknya kurang air. Matanya masih terpejam rapat.

Tetapi individu tersebut tidak membalas kata-kata daripadanya. Jisoo hanya membiarkan kerana dia malas mahu berfikir.

Kepalanya masih pening dan sakit. Bertambah pula dengan dirinya yang sedang demam ini. Lagilah dia malas untuk bangun dari pembaringannya. Pintu biliknya ditutup semula.

Secara tiba-tiba kedua-dua belah pipinya disentuh perlahan. Terdengar keluhan yang keluar daripada individu tersebut.

I'm sorry. I'm really really sorry ❞ kata individu tersebut. Kemudian dia melabuhkan punggungnya pada sisi katil Jisoo.

Jisoo termangu. Suara itu bukan milik salah seorang ahli kumpulannya. Tetapi suara lelaki. Dan dia seperti sudah terbiasa mendengar suara tersebut.

Secara perlahan-lahan Jisoo membuka matanya. ❝ B-Baekhyun? ❞

Baekhyun mengukirkan senyuman apabila Jisoo menyebut namanya.

Jisoo pula agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu di sini. Dia terus bangun dari pembaringannya dan bersandar pada katil.

Baekhyun membantu Jisoo untuk melakukan perkara tersebut. Setelah selesai, Baekhyun kembali duduk di tempatnya tadi.

you buat apa dekat sini? ❞ tanpa teragak-agak Jisoo menyoal. Dia pelik. Setahunya, dia tidak ada pun menelefon atau mesej lelaki ini tentang keadaan dirinya.

Baekhyun menunjukkan plastik makanan yang tertulis McDonald's kepada Jisoo. ❝ I ada bawa makanan untuk you. Rose call I tadi guna telefon you. Dia bagitau I tentang keadaan you ❞ Baekhyun berhenti berkata. Matanya merenung wajah Jisoo.

then dia kata you demam. I pun pergi McDonald's untuk belikan you bubur ❞

I tak ada selera ❞ tegas sahaja Jisoo berkata. Matanya kembali dipejamkan. Sakit dan pening kepalanya kembali. Kali ini lebih teruk.

serious you tak nak? Ada chickin ni ❞

Jisoo menggelengkan kepalanya perlahan. Baekhyun mengeluh. Dia ingat bolehlah pujuk Jisoo untuk makan memandangkan gadis tersebut begitu menyukai ayam.

Baekhyun menggelengkan kepalanya. Boleh tahan degil juga Jisoo ini sewaktu dia demam.

Tanpa disuruh, penutup bekas bubur tersebut dibuka. Kemudian, bilik tersebut dipenuhi dengan bau bubur itu.

Jisoo meneguk liurnya apabila bau tersebut masuk ke dalam hidungnya.

B-Bau bubur tersebut agak enak.

❝ aaaa ❞ arah Baekhyun. Bubur tersebut ditiup dan disuakan pada mulut Jisoo. Jisoo terus mengangakan mulutnya. Sesudu bubur McDonald's berjaya masuk ke dalam mulut Jisoo.

Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak. Nanti dia kempunan pula.

Setelah selesai menelan, Baekhyun menyuap sesudu lagi bubur kepada Jisoo. Bekas bubur dan sudu terus diambil oleh Jisoo. Dia tidak puas hendak makan apabila orang lain menyuap dirinya.

you ni memang manja eh? ❞ soal Baekhyun.

Senyuman tidak lekang daripada bibirnya apabila melihat perangai Jisoo ini. Serupa macam budak kecil. Tadi jual mahal sangat, kata tak lapar lah, kenyang lah. Sekarang ini, satu bekas bubur tersebut diambilnya.

Jisoo merenung diri Baekhyun. Besar kecil besar kecil sahaja dia lihat diri Baekhyun. Yang Baekhyun ini pun satu, suka mengusik diri Jisoo.

I anak bongsu. Mestilah manja ❞ jawab Jisoo. Kemudian kotak ayam goreng McDonald's yang dibawa oleh Baekhyun dibuka.

Dia memakan ayam tersebut bersama bubur yang dibawa oleh Baekhyun.

❝ ni I ada beli cool fever dan panadol untuk you. Jangan lupa pakai dan makan ❞ arah Baekhyun. Kemudian dia bangun dari duduknya.

I balik dulu. Jaga diri ❞ kata Baekhyun lagi. Dahi milik Jisoo dikucup sekejap. Kemudian, kakinya melangkah menuju ke pintu bilik.

thank you, Hyun ❞ kata Jisoo. Baekhyun mengukirkan senyuman. ❝ most welcome, sweetie.


°•°•°

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now