2 0

341 37 0
                                    


Jisoo membuka matanya apabila terasa seseorang menyentuh wajahnya. ❝ o-omma ❞ kata Jisoo perlahan.

Puan Kim mengusap muka anak gadisnya itu. ❝ patutlah omma call banyak kali tak angkat. Demam rupanya ❞ ujar Puan Kim. Jisoo tersenyum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut ommanya.

macam mana omma tahu Jisoo demam? ❞ soal Jisoo. Dia bangkit dari pembaringannya dan kepalanya disandarkan pada katil. Jam yang berada di tepi katil dilihat sekilas.

Pukul 10.00 pagi. Maknanya dia sudah tertidur hampir 13 jam kerana Baekhyun menghantar makanan kepadanya pada pukul 7.00 malam.

omma call Jennie dan dia kata Jisoo demam. Cepat-cepat omma datang sini balas Puan Kim. Cool fever yang tertampal di dahi Jisoo dicabut.

Kemudian, sehelai kain dicelupkan ke dalam besen yang berisi air. Kain tersebut digunakan untuk mengelap muka anaknya itu.

Muka anak gadisnya itu kelihatan agak comot kerana sudah seharian tidak mandi.

❝ malam tadi makan tak? ❞ soal Puan Kim prihatin. Jisoo mengangukkan kepalanya.

❝ makan apa? ❞ soal Puan Kim lagi.

❝ makan bubur. Baekhyun hantar- ❞ kata Jisoo lantang. Selepas itu suaranya diperlahankan apabila nama Baekhyun disebut.

Muka ommanya dipandang takut takut. Sejak berita percintaan antara dirinya dengan Baekhyun berlaku, dia langsung tidak menghubungi keluarganya.

Dia takut dengan penerimaan keluarganya terhadap berita tersebut.

❝ baguslah tu. Nampaklah sikit dia tu seorang yang bertanggungjawab ❞ balas Puan Kim.

omma tak marah Jisoo bercinta dengan Baekhyun? ❞ tanya Jisoo. Dia merenung wajah ommanya.

Puan Kim menggelengkan kepalanya. ❝ buat apa omma nak marah kalau itu yang membuatkan Jisoo bahagia ❞ ujar Puan Kim. Jisoo segera memeluk tubuh Puan Kim.

❝ sayang omma












°•°•°














❝ masuklah Baekhyun. ❞ kata Jennie sebaik sahaja dia melihat Baekhyun berada di hadapan rumahnya. Baekhyun menggelengkan kepalanya.

Plastik makanan yang dibawa diberikan kepada Jennie. ❝ eh tak apa. I cuma nak hantar makanan ni je ❞ kata Baekhyun.

Secara tiba-tiba Puan Kim menuju ke arah mereka berdua lalu berdiri di sebelah Jennie. Puan Kim melihat Baekhyun. ❝ masuklah Baek, kita makan tengah hari sama-sama ❞ arah Puan Kim.

Baekhyun menggelengkan kepalanya. ❝ tak apa Puan, saya pun tengah sibuk sekarang ni ❞ kata Baekhyun. Dia cuba untuk menolak pelawaan itu secara lembut. Puan Kim berdecit apabila mendengar jawapan daripada Baekhyun lalu dia beredar dari situ.

❝ masuk je lah Baekhyun. Omma Jisoo dah marah dah tu ❞ tutur Jennie. Baekhyun melepaskan keluhan berat.

Dia segera membuka kasutnya lalu melangkah masuk ke dalam dorm Blackpink.

Makanan yang dibawa olehnya diletakkan di atas meja.

Matanya dialihkan memandang ke arah ruang tamu. Terdapat meja rendah berbentuk segi empat tanpa kerusi di sana. Beberapa jenis aneka makanan juga sudah diletakkan di atas meja.

❝ jemputlah duduk ❞ Kata Rose. Baekhyun terus berjalan ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Rose dan Lisa.

Jennie dan Puan Kim masing-masing duduk di sisi meja. Hanya tinggal Jisoo sahaja yang belum menyertai mereka.

Secara tiba-tiba, pintu bilik Jisoo terbuka. Jisoo keluar daripada biliknya dengan tuala kecil yang berada di bahu. Sambil-sambil itu, rambutnya yang basah dilap sedikit.

❝ eoh, Baekhyun? ❞ matanya membulat. Dia agak terkejut dengan kehadiran Baekhyun di sini. Sudahlah bajunya agak selekeh sekarang ini.

Nanti jatuhlah maruahnya sebagai visual kumpulan Blackpink. Jisoo terus memusingkan badan agar masuk ke dalam biliknya kembali.

Tuala kecil tadi disangkut dan rambutnya disikat dengan kemas. Bajunya dibetulkan agar nampak bergaya dan kemas.

Setelah beberapa ketika, Jisoo keluar daripada biliknya. Dia terus mengambil tempat di sebelah Baekhyun.

Penyepit dan sudu terus dipegang. ❝ terima kasih untuk makanan ini! ❞

Mereka semua terus menjamu selera kecuali Baekhyun. Setelah beberapa saat melihat Jisoo makan , barulah dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

 Setelah beberapa saat melihat Jisoo makan , barulah dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


°•°•°

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now