3 6

268 30 0
                                    


Selepas menjamu selera di Jeju Dongmun Tradisional Market, Baekhyun membawa Jisoo ke Tangerine Picking Farm.

Sebaik sahaja mereka berdua keluar daripada kereta, Jisoo merenung wajah Baekhyun tajam. Dia memeluk badannya. Sebelah keningnya diangkat meminta penjelasan daripada Baekhyun.

Kedua-dua tempat ini pernah dia lawati sewaktu menjalani penggambaran rancangan realiti ‘Blackpink House’ bersama-sama Jennie, Rose dan Lisa.

❝ kebetulan atau rancangan you? ❞ soal Jisoo.

❝ apa maksud you. I tak faham ❞ jawab Baekhyun. Muka tidak bersalah ditunjukkan.

Keluhan kecil terlepas dari bibir Jisoo. ❝ ok. I akan anggap perkara ini sebagai kebetulan ❞ kata Jisoo. Dia kemudian memegang tangan Baekhyun dengan erat dan beriringan masuk ke dalam ladang oren itu.

Kehadiran mereka berdua disambut oleh Encik Kim yang merupakan pekerja ladang oren tersebut. Dia menunjukkan cara-cara untuk memetik buah oren dan tips-tips untuk mendapatkan buah yang manis.

❝ kalau nak tahu buah tu manis, awak kena rasa. Kalau sebiji buah tu manis, semua buah pada pokok itu rasanya manis ❞

Jisoo teringat tips yang diberikan oleh Encik Kim tadi. Sebiji buah oren yang dia petik, dirasanya.

Hmmm.. Sedap

Gumamnya perlahan. Matanya terpejam-pejam menikmati rasa buah oren tersebut.

Secara tiba-tiba buah oren yang berada di tangannya, diambil oleh seseorang. Matanya terus dicelik.

Jisoo menjegilkan matanya pada Baekhyun apabila buah oren yang dipetiknya tadi selamat masuk ke dalam mulut lelaki itu.

❝ hmmm. Sedapnya. You ambil dekat pokok mana? ❞

❝ situ ❞

❝ okay. I nak ambil buah kat pokok ni. You ambil kat pokok lain ❞ arah Baekhyun.

Jisoo ternganga.

Sudah kenapa pula dia perlu ambil buah di pokok lain sedangkan dia yang menjumpai pokok ini dulu?

❝ tapi ke— ❞

❝ shhh. Ikut je cakap I

Jisoo mencebik. Dia beredar dari situ. Sambil-sambil itu kakinya dihentakkan tanda protes.

Kenapa perangai Baekhyun pada hari ini sungguh menyakitkan hati?!

Tak matang langsung!
Tak suka lah macam ni!

°•°•°

❝banyak ke you petik? ❞ soal Baekhyun apabila Jisoo berada di tepinya.

Jisoo hanya menyerahkan bakul yang berisi buah oren kepada Baekhyun tanpa memandang wajah lelaki itu.

Mulutnya juga tidak bersuara. Dia masih merajuk!

❝ uishhh. Banyak juga you petik. Tapi I petik lagi banyak ❞ ujar Baekhyun. Dia tergelak.

Jisoo menjeling Baekhyun.

Nak buat lawak bodoh pun agak-agaklah.

Baekhyun mengeluarkan telefon pintar di dalam kocek seluarnya. Kamera telefon dihalakan pada Jisoo.

hey, I nak tangkap gambar you ni.❞ beritahu Baekhyun. Jisoo segera berposing di hadapan kamera dan membuat gaya yang dia mahu.

Kachak!
Kachak!
Kachak!

Selesai mengambil gambar, Baekhyun menunjukkan skrin telefonnya kepada Jisoo.

Jisoo tersenyum gembira melihat gambar yang diambil oleh Baekhyun.

Cantik-cantik semuanya. Pandai dia berposing!

 Pandai dia berposing!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ cantik kan gambar ni? Biasalah tengoklah siapa yang ambilkan ❞ kembang kempis hidung Baekhyun apabila dia memuji dirinya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ cantik kan gambar ni? Biasalah tengoklah siapa yang ambilkan ❞ kembang kempis hidung Baekhyun apabila dia memuji dirinya sendiri.

Jisoo mencebik.
Ceh, perasan.

Dia terus melangkah menjauhi Baekhyun.

Kemudian mukanya didekatkan pada kamera yang merakam dirinya.

❝ Baekhyun tu annoying lah hari ini. Kan kamera kan?❞ soal Jisoo. Jurukamera tersebut menggerakkan kameranya ke bawah dan ke atas sebagai tanda ya.

Jisoo tersenyum. Nampak tak, kamera pun menyebelahi dirinya.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now